• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Diavel 1260 Lamborghini – Superbike Edisi Terhad Ilham Huracan Siàn!

Ducati Diavel 1260 Lamborghini - Superbike Edisi Terhad Ilham Huracan Siàn!

December 1, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI dan Lamborghini berada di bawah satu bumbung Volkswagen Group dan kedua-dua jenama itu berasal dari Itali yang mempunyai sensasi tersendiri.

Apa berlaku jika kedua-dua pengeluar itu saling bekerjasama? Jawapannya ialah Ducati Diavel 1260 Lamborghini yang dikeluarkan dalam jumlah terhad, iaitu 630 unit sahaja.

Ini projek kerjasama antara Centro Stile Ducati dan Centro Stile Lamborghini. Apa yang mengujakan, pasukan pereka Ducati memilih model masterpiece Lamborghini Siàn FKP 37 sebagai ilham rekaan yang terlebih dulu ditawarkan dalam jumlah terhad, cuma 37 unit.

BACA >>> Lamborghini Sián - Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

Siàn FKP 37 ialah model Lamborghini paling berkuasa dengan output 819hp yang dicapai dengan kombinasi kuasa termal dan elektrik. Sekali pandang sudah jelas pengaruh supercar itu pada Diavel 1260 Lamborghini dengan warna hijau Gea Green sama, manakala frem, ekor dan rim tempa berwarna emas Electrum Gold.

Warna Ducati Red masih ada, tetapi digunakan pada kaliper brek depan Brembo M50. Antara identiti ketara Lamborghini ialah bentuk heksagon yang digunakan pada ekzos, dan motif Y pada perincian kerusi.

Diavel 1260 Lamborghini juga menggunakan banyak komponen gentian karbon seperti pada penutup radiator, ambilan udara,  penutup tangki tengah, madgad dan lain-lain. Penggunaan komponen gentian karbon dan rim tempa (dengan paten mirip rim Siàn FKP 37) menyumbang kepada berat motosikal 220kg sahaja.

BACA >>>  Dua Jam Saja Hantar Ginjal Derma Sejauh 480km dengan Lamborghini Huracan!

Grafik 63 menjadi nombor penting buat Lamborghini yang menandakan tahun jenama itu diasaskan, iaitu 1963. Ia juga menjadi asas Diavel 1260 Lamborghini dikeluarkan, iaitu 630 unit sahaja yang setiap satu diberikan plat nombor siri, dilekatkan pada frem motosikal.

Ciri istimewa lain pemilik Diavel 1260 Lamborghini ialah helmet eksklusif dengan grafik sama seperti motosikal, juga sentuhan Centro Stile Ducati.

Juga menarik ialah grafik pengenalan kluster instrumen yang memaparkan logo Ducati dan Lamborghini berserta siluet Diavel Lamborghini. Terasa seperti memiliki Ducati dan Lamborghini sekali gus!

Diavel 1260 Lamborghini dikuasakan enjin 1,262cc Ducati Testastretta DVT yang patuh Euro5. Superbike ini mempunyai kuasa 162hp @ 9,500 rpm dan tork 129Nm @ 7,500 rpm.

Pakej elektronik terdiri daripada Unit Unjuran Inersia enam paksi (6D IMU) Bosch, ABS Selekoh EVO, Kawalan Traksi EVO (DTC), Kawalan Wheelie Ducati EVO (DWC), kawalan luncur Ducati Power Launch EVO (DPL) dan Kawalan Jelajah. Model edisi terhad ini dijadualkan berada di bilik pameran pengedar Ducati bermula hujung Disember ini.

BACA >>> Ducati Panigale V4 SP (2021) - Jentera Pengeluaran dengan Spesifikasi Trek!

A. Ferraresi, Director Centro Stile Ducati; M. Borkert, Head of Design Automobili Lamborghini.01
Ducati Diavel 1260 Lamborghini.09
Ducati Diavel 1260 Lamborghini.08
Ducati Diavel 1260 Lamborghini.07
Ducati Diavel 1260 Lamborghini.05
Ducati Diavel 1260 Lamborghini.04
Ducati Diavel 1260 Lamborghini.03
Ducati Diavel 1260 Lamborghini.02
Ducati Diavel 1260 Lamborghini.01
lamborghini-sian-fkp-37
lamborghini-sian-fkp-37-rear
83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Centro Stile Ducati, Centro Stile Lamborghini, Diavel 1260 Lamborghini, Ducati, Ducati Diavel, Ducati Diavel 1260 Lamborghin, Lamborghini, Lamborghini Siàn FKP 37, roda2, Volkswagen Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my