• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aveta Bakal Lancar Supermoped 180cc?

Aveta Bakal Lancar Supermoped 180cc?

May 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ADA satu lagi motosikal supermoped bakal diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun ini, dijangka antara bulan Ogos atau September ini.

Model yang dimaksudkan ialah Aveta SVR180 atau dikenali sebagai Rato SVR180 di pasaran China. Apa yang membezakan kedua-dua motosikal ini ialah saiz enjin.

Saya menerima maklumat bahawa saiz enjin Aveta SVR180 akan dipertingkat kapasiti kepada 180cc berbanding spesifikasi asal iaitu 150cc (sama seperti Rato SVR180).

Setakat ini, model Aveta SVR180 masih menjalani ujian endurance di Malaysia dan memperlihatkan warna badan hitam dengan liveri hijau. Tiada sebarang kamoflaj untuk menyorok identitinya.

Ramai individu merasakan SVR180 ‘meminjam’ rekaan dua kapcai popular Jepun iaitu Honda Winner X dan Yamaha Exciter 155. Sebagai perbandingan, jom teliti empat gambar ini:

Rato SVR180
Bukan Modenas
Honda RS150R
Yamaha Exciter 155 VVA GP

Maklumat yang saya terima juga menyatakan enjin digunakan itu adalah jenis silinder tunggal DOHC dengan sistem sejukan cecair. Kotak gear pula ialah klac manual 6-kelajuan. Khabarnya, trenkuasa nampak ‘macam’ Honda RS150R.

Tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi kuasa atau tork didedahkan setakat ini.

Aveta SVR180 dijangka mengekalkan meter digital berwarna yang memaparkan maklumat seperti spidometer, takometer, indikator gear, suhu enjin, paras baki minyak petrol, jarak tunggangan dan beberapa maklumat lain. Paparan meter ini berbeza sedikit berbanding versi Rato.

BACA >>> Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155

Motosikal baharu itu masih menggunakan sistem kemasukan kunci konvensional. Tiada kepastian sama ada ciri ini akan dipertingkat kepada jenis keyless. Lampu supermoped ini dikatakan jenis LED penuh dan sistem henti membabitkan cakera tunggal pada kedua-dua roda.

Sistem suspensi pula ialah jenis fork teleskopik dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Rim masih 17 inci dan dibalut tayar 80/90 (depan) dan 120/70 (belakang). Komponen tempatan pada supermoped ini ialah antara 5 hingga 10 peratus.

BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aveta SVR180, Aveta SVR180 2021, Rato SVR180, Supermoped Aveta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev