Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Royal Enfield Himalayan Siap Sedia Hadapi Cabaran Ekstrem
Roda2

Royal Enfield Himalayan Siap Sedia Hadapi Cabaran Ekstrem

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/08/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

royal-enfield-himalayan-bg
ROYAL Enfield Himalayan diperkenalkan buat kali pertama di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia (GIIAS) 2016 baru-baru ini. Motosikal kembara itu dikuasakan enjin baharu LS 410 dan didokong enjin aci sesondol atas (OVC) yang mampu menghantar tork tinggi dan kuasa yang diperlukan pada putaran enjin (rpm) rendah.

Ini memberikan kelancaran tunggangan dalam gear tinggi walaupun berkelajuan rendah dan mudah juga dikekang mendaki bukit ataupun meredah lalu lintas sesak. Enjin silinder tunggal bersesaran 411cc itu berupaya menghasilkan kuasa 24.5bhp dan tork maksimum 32Nm, manakala tugas hantaran kuasa diserahkan kepada transmisi 5-kelajuan sirat malar (constant mesh).

Lebih menarik, Royal Enfield Himalayan mampu ditunggang sejauh 10,000km dengan hanya sekali gantian minyak enjin. Dibangunkan dengan kemampuan meredah laluan off-road ekstrem, Himalayan mampu meredah apa juga kondisi jalan.

TUNGGANGAN STABIL

Justeru bagi menyesuaikan dengan kegunaan lasak, Royal Enfield Himalayan menggunakan frem penyangga terpisah dupleks (duplex split cradle) rekaan Harris Performance yang menyumbang kepada tunggangan stabil dan lincah. Melengkapkan tugas berat itu ialah suspensi teleskopik 200mm travel di hadapan dan absorber tunggal (monoshock) dengan  pautan (linkage).

Kelegaan tanah 220mm memberikan keyakinan kepada Royal Enfield Himalayan untuk menempuhi apa juga cabaran permukaan bumi. Kombinasi ukuran roda tayar 90/90 R21 (hadapan) dan 120/90 R17 (belakang) menghasilkan kawalan terbaik dan dimantapkan pula jarak ketinggian pelana 800mm yang memudahkan jangkauan.

Royal Enfield Himalayan dilengkapi tayar dua kegunaan yang memberikan cengkaman terbaik dalam pelbagai keadaan. Keyakinan membrek diserahkan kepada cakera brek 300mm di depan dan 240mm, belakang. Jentera ini dilengkapi  tangki minyak bersaiz 15L yang mampu pergi sejauh 450km dengan sekali isian penuh.

Sebagai makluman, kluster instrumen memberikan informasi kelajuan, arah, suhu luar, masa perjalanan, selang servis, dan jarak perbatuan perjalanan.  Royal Enfield Himalayan ditawarkan dengan dua pilihan warna Granite (hitam) dan Snow (putih).

SPESIFIKASI

ROYAL ENFIELD HIMALAYAN

Enjin SOHC, silinder tunggal, 4-lejang, penyejukan udara
Sesaran 411cc
Kuasa Maksimum 24.5bhp @ 6500rpm
Tork Maksimum 32Nm @ 4000-4500rpm
Transmisi 5-kelajuan constant mesh
Suspensi Depan Teleskopik, fork 41 mm, 200mm travel; Belakang Monoshock dengan linkage , 180mm travel
Brek Depan: cakera 300mm, kaliper terapung 2-piston; Belakang: cakera 240mm, kaliper terapung tunggal
Jarak Roda: 1465mm
Kelegaan Tanah: 220mm
Panjang: 2190 mm
Lebar:  840 mm
Tinggi Pelana: 800mm
Berat: 182kg

GALERI

 

 

 

roda2 Royal Enfield Himalayan touring bike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Roda2

    Scrambler KTNS TT-Classic 150 Kini di Malaysia, Harga RM6,888

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.