KAJIAN dilakukan Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) di Amerika Syarikat (AS) mendapati beg udara lutut tidak mampu mengurangkan risiko kecederaan ke atas pemandu dalam kes perlanggaran sebenar. Malah, ia didapati berisiko meningkatkan kadar kecederaan dalam beberapa kes tertentu.
Beg udara lutut biasanya disimpan di bahagian bawah papan pemuka. Fungsinya cuma satu, jika berlaku perlanggaran, ia diharapkan dapat mengurangkan daya impak kemalangan supaya kaki tidak mengalami kecederaan serius. Ia juga sepatutnya membantu melindungi dada dan abdomen dengan mengurangkan pergerakan bahagian bawah badan.
Kajian IIHS itu dibuat dengan menguji data yang dikumpul daripada ujian perlanggaran dan laporan kemalangan sebenar. Sebanyak 400 ujian perlanggaran depan dikaji untuk menilai seandainya risiko kemalangan boleh dikurangkan jika sesebuah kenderaan itu dilengkapkan beg udara lutut.
BACA >>> Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP
Contoh Ujian 'Driver Side-Small'
Contoh Ujian 'Moderate Overlap'
Sebaliknya, beg udara lutut pula meningkatkan risiko kecederaan pada bahagian bawah kaki dan femur kanan (tulang peha) ke atas pemandu dalam dua jenis ujian perlanggaran dilakukan, iaitu hujung kecil sebelah pemandu (driver-side small) dan sebahagin kereta (moderate overlap). Peliknya, beg udara itu didapati mengurangkan risiko kecederaan kepala pula.
IIHS juga melihat laporan perlanggaran di 14 negeri seluruh AS dan membandingkannya dengan risiko kecederaan antara kenderaan yang ada dan tiada beg udara lutut. Dalam kemalangan sebenar, beg udara lutut dikatakan mampu mengurangkan risiko kecederaan keseluruhan sebanyak 0.5 peratus.
Kesimpulannya, beg udara lutut tidak memberikan perlindungan yang signifikan seperti sepatutnya. Ia boleh jadi berkesan, dan mungkin juga tidak. Bagaimanapun IIHS mendakwa kajian dilakukan tidak melibatkan sama ada penumpang itu memakai tali keledar atau tidak ketika impak berlaku.
BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat
Jadi persoalan yang tinggal sekarang, adakah beg udara lutut mampu memberikan sedikit kelebihan kepada pemandu yang tidak memakai tali keledar?
Leave a Reply