Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»9 Fakta Menarik Mengenai Nissan Navara NP300
Roda4

9 Fakta Menarik Mengenai Nissan Navara NP300

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Navara NP300-pandulajudotcom-01

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan akan melancarkan model trak pikapnya, Nissan NP300 Navara serba baharu pada 27 November 2015.

Dalam satu sesi previu khas di Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) Segambut, saya bersama rakan media lain diberi penerangan dan peluang mendekati trak pikap ini.

Nissan Navara NP300-pandulajudotcom-03 (2)

Berikut ada beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai Nissan Navara NP300.

1.) CBU THAILAND

Buat masa ini, ETCM hanya membawa masuk model diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. Walau bagaimana, Navara NP300 versi pemasangan tempatan (CKD) masih dalam perbincangan.

2.) 6 VARIAN DITAWARKAN

Nissan Navara NP300 ditawarkan dalam enam varian berbeza iaitu; Single Cab, E, SE(MT), SE(AT), V dan VL (spesifikasi tertinggi).

3.) HARGA

Anggaran harga bagi trak pikap ini adalah bermula RM85,000 sehingga RM125,000.

Anggaran harga Nissan Navara

 4.) 2,000 UNIT

Seakan ketahui Navara NP300 bakal menerima permintaan tinggi, ETCM sudah membawa masuk 2,000 unit bagi fasa pertama untuk memendekkan masa menunggu.

5.) 4 WARNA MENARIK:

  • Oren Savana (Savanna Orange serba baharu)
  • Perak (Tungsten Silver)
  • Hitam (Diamond Black)
  • Putih (Brilliant White).

6.) PRESTASI PALING BERKUASA

Navara dijana enjin 2.5L Diesel YD25Nissan yang ditambah baik. Hasil padanan transmisi automatik 7-kelajuan, ia mampu menawarkan kuasa maksimum 188hp pada 3,600rpm serta tork 450Nm (2,000rpm) yang juga paling berkuasa dalam kelasnya (Varian VL).

Nissan-Navara-NP300-Pandulajudotcom-067.) KOTAK GEAR MANUAL & AUTO

Untuk makluman, trak pikap ini ditawarkan dalam dua jenis kotak gear berbeza. Bagi varian manual, ia didatangkan dengan transmisi manual 6-kelajuan manakala 7-kelajuan bagi Auto.

Nissan-Navara-NP300-Pandulajudotcom-148.) LUARAN MENARIK

Trak pikap Navara generasi ke-12 itu berjaya mencipta penanda aras dengan rekabentuk baharu, keselesaan premium, kemudahan dan teknologi termaju.

Karakternya menawarkan fleksibiliti untuk menjadi tahan lasak dan boleh dipercayai untuk melaksanakan sebarang tugas. Malah, juga selesa dan luas untuk aktiviti hujung minggu.

Dari arah hadapan, DNA rekabentuk Nissan cukup menonjol. Lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk ‘boomerang’ adalah pertama dalam kelas, melengkapkan gril signatur ‘V-motion’ Nissan dan menyerlahkan aspek estatik. Di bahagian belakang, spoiler baharu menunjukkan sifat sporty NP300 Navara.

Nissan-Navara-NP300-Pandulajudotcom-079.) DALAMAN MEWAH

Menariknya, ia mengaplikasikan ciri tempat duduk inspirasi graviti sifar (Zero Gravity Inspired Seats) seperti model premium Nissan lain. Tempat duduk ini memberi sokongan kepada tulang belakang pemandu dan penumpang hadapan, manakala penyaman udaa dua zon dan corong udara di belakang pula memberikan penyejukan kabin optimum.

Dalam pada itu, ETCM mengajak orang ramai menyertai karnival pandu uji Nissan Navara NP300 seperti tarikh dan lokasi tersebut;

14 – 15 Nov 2015

  • ETCM Glenmarie, Selangor
  • ETCM butterworth, Pulau Pinang
  • ETCM Ipoh, Perak
  • ETCM Johor Jaya, Johor Bahru
  • ETCM Seremban, N. Sembilan
  • ETCM Kuantan, Pahang

20 – 21 Nov 2015

  • ETCM Sg. Petani, Kedah

21 – 22 Nov 2015

  • ETCM Petaling Jaya, Selangor
  • ETCM Southgate, K. Lumpur
  • ETCM Semabok, Melaka
  • ETCM Kota Bahru, Kelantan
  • ETCM Kota Kinabalu, Sabah
  • ETCM Kuching, Sarawak
Edaran Tan Chong Motor ETCM Nissan Navara NP300 Tan Chong Motor Assemblies TCMA Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.