Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’
Roda4

8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’

Abang GYLBy Abang GYL05/01/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

honda br-v 2017HONDA Malaysia membuka tirai 2017 dengan memperkenalkan Honda BR-V, model crossover 7-tempat duduk.

BR-V, diambil daripada singkatan Bold Runabout Vehicles ialah model yang dibangunkan khas untuk pasaran Asean dan pertama kali dilancarkan di Indonesia, disusuli Thailand, India dan Filipina.

honda br-vPersoalannya, adakah Honda BR-V bakal menjadi model crossover paling digemari ramai rakyat Malaysia?

Untuk itu, PanduLaju senarai 8 perkara penting yang perlu anda tahu mengenai Honda BR-V.

honda-br-v-2017_pandulaju-91. DUA VARIAN

Dibangunkan khas untuk rantau Asean, Honda BR-V ditawarkan dalam dua varian iaitu E dan V.

2. HARGA ‘TAK MASUK AKAL’

Lebih penting, Honda BR-V dijual pada harga mampu milik. Dengan kejatuhan wang ringgit, Honda Malaysia mampu menjual pada harga ‘tak masuk akal’. Ini kami betul-betul hairan bagaimana Honda Malaysia dapat lakukan!

  • Honda BR-V E – RM85,800
  • Honda BR-V V – RM92,800

3. LIMA WARNA MENARIK

  • Taffeta White – Putih
  • Golden Brown Metallic – Coklat
  • Lunar Silver Metallic – Perak
  • Modern Steel Metallic – Kelabu
  • Dark Ruby Red Pearl – Merah

4. ENJIN 1.5L

BR-V serba baharu dikuasai oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah “Honda Earth Dreams Technology”.

Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 118hp pada 6,600rpm dan tork puncak 145Nm (4,600rpm).

5. DESAIN MENARIK

Menawarkan kapasiti 7-tempat duduk, Honda BR-V menampilkan desain signatur Honda menerusi ‘Solid Wing Face’ bersama rel bumbung yang nyata menyerlahkah penampilan penuh bergaya dan berkarakter.

Menambahkan elemen trendy Honda BR-V ialah kehadiran lampu siang (DRL) dan rim aloi dua tona 16-inci, termasuk ciri keselamatan asas seperti kamera undur dan pelbagai sensor.

honda br-v 20176. KERUSI BOLEH DILIPAT – RUANG LEBIH BESAT

Konfigurasi kerusi direka mudah bagi mendapatkan ruang but ekstra. Ruang but standard ialah 223L dan boleh diluaskan kepada 539L menerusi pelbagai konfigurasi kerusi.

Misalnya, barisan kerusi kedua boleh diunjurkan ke hadapan dan belakang, serta dilipat dan diterbalikkan secara ‘One Touch Tilt & Tumble’ untuk mendapat konfigurasi 60:40. Cara sama juga boleh digunakan untuk barisan kerusi ketiga untuk ruang 50:50.

Kemasan kerusi menggunakan material kulit yang lembut dan tahan lasak, dan ruang belakang dibekalkan ventilator penyaman udara untuk mendapat lebih keselesaan sepanjang perjalanan. Reruai Honda turut mempamerkan Sudut Teknologi Termaju yang dibangunkan untuk mendidik pengunjung tentang sistem hibrid Honda, teknologi keselamatan dan enjin turbo.

honda br-v7. KESELAMATAN 5-BINTANG

Honda BR-V menerima pengiktirafan 5-Bintang ASEAN NCAP. Ia memiliki dua beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), kamera undur dan Bantuan Mula-Mendaki (HSA).

8. JAMINAN 5 TAHUN

Honda BR-V didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan dengan selang servis 10,000km.

Paling penting, kehadiran Honda BR-V bakal ‘menggerunkan’ pesaingnya lain berikutan harga jualan yang dikatakan lebih mampu milik dan paling murah dalam segmennya.

GALERI

honda br-v 2017
honda br-v 2017
honda br-v
br-v Crossover Honda BR-V honda br-v 2017 Honda Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.