Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 2]
Roda2

7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 2]

ZYBy ZY11/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM Siri 1 sebelum ini, hampir semua sportbike 250cc yang berada dalam senarai itu boleh didapati dalam julat harga rendah hingga sederhana. Berbeza pula senarai Siri 2, semua model di bawah ini ditawarkan dalam julat harga lebih premium, iaitu sekitar RM20,000.

BACA >>> 7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 1]

Bagaimanapun, apa boleh dikatakan, pelaburan anda pastinya berbaloi. Setiap satu ini mempunyai nisbah kuasa-berat (power-to-weight) antara tertinggi dalam kelas, dan jika tidak sekalipun, pasti dapat memuaskan hati anda dengan gaya yang memukau (dalam kelas 250cc sudah tentu).

1. KAWASAKI NINJA 250

Kuasa: 31.5hp | Berat: 172kg | Nisbah Kuasa/Berat: 0.183hp/kg

Jentera 2-silinder 250cc Kawasaki ini ialah perintis kepada populariti sportbike aras mula di Malaysia dengan prestasi tinggi dan pada masa sama menawarkan harga mampu milik, khususnya penunggang muda yang baru memulakan alam pekerjaan.

Dengan tangki bahan api sebesar 17 liter dan ergonomik lebih relaks, Ninja 250 menjadi pilihan mereka yang mahukan sportbike aras mula yang cukup berkuasa untuk perjalanan jarak jauh ke tempat kerja. Berat basah 172kg bermakna nisbah kuasa-berat jentera ini setanding Ninja 250SL yang lebih kecil, tetapi kurang berkuasa. Namun, mempunyai kelebihan dari segi kestabilan tunggangan di lebuh raya.

2. KTM RC250

Kuasa: 31hp | Berat: 154kg | Nisbah Kuasa/Berat: 0.20hp/kg

Dengan tema ‘Ready to Race’, KTM RC250 ialah pilihan terbaik kepada mereka yang inginkan pengalaman menunggang paling hampir dengan jentera perlumbaan Moto3, dan tidak bersedia memiliki KTM RC390 yang lebih berkuasa.

Rungutan kerap terdengar ialah aspek ergonomik yang terlalu fokus kepada perlumbaan, sekali gus membuatkan keputusan menjadikan RC250 sebagai jentera tunggangan harian adalah menyeksakan. Ini termasuk isu reliabiliti komponen yang tidak selasak jentera Jepun. Bagaimanapun, jika anda sudah muak menunggang motosikal buatan Negara Matahari Terbit, menunggang sportbike aras mula jenama Eropah ini semestinya memberikan pengalaman lebih segar.

BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2018) Terima 2 Warna Baharu – Harga Kekal RM20,630

3. YAMAHA YZF-R25

Kuasa: 35.5hp | Berat: 166kg | Nisbah Kuasa/Berat: 0.21hp/kg

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, sportbike aras mula Yamaha ini menguasai pasaran dengan kuasa dan rekabentuk agresif yang sinonim dengan barisan famili Yamaha terdahulu. Harga boleh dikatakan agak berpatutan untuk sebuah sportbike 250 dengan prestasi cukup cemerlang dalam kelas.

R25 ialah sportbike 250cc yang seimbang, tidak terlalu agresif seperti KTM RC250 dan tidak rasa terlalu sport-touring seperti Kawasaki Ninja 250. Ini meletakkan model ini sebagai pilihan utama penunggang yang inginkan sportbike 250cc berkuasa, menyeronokkan dan masih selesa dijadikan tunggangan harian.


[Bonus] KAWASAKI Ninja 250 (2018)

Kuasa: 39hp | Berat: 167kg | Nisbah Kuasa/Berat: 0.23hp/kg

Ninja 250 (2018) bukan sekadar naik taraf rupa, model ini dirombak total daripada versi terdahulu. Di sebalik rekabentuk lebih tajam ala Yamaha R25, versi terbaharu Ninja 250 ini menampilkan rekaan frem baharu yang menempatkan kotak angin di bawah tangki bahan api, sekali gus mengecilkan saiz tangki kepada 14 liter.

Tarikan utama sudah tentu kuasa. Dengan hamburan 39hp daripada enjin dwi-silinder 249cc, mesin ini bukan saja meletakkan sportbike Kawasaki sebagai jentera 250cc paling berkuasa dalam kelas, malah menyaingi Ninja 300 dengan nisbah berat-kuasa sekitar 0.22hp/kg.

Kepada anda yang merancang memiliki sportbike 250cc dalam masa terdekat, mungkin perlu menangguh keputusan kerana Ninja 250 (2018) khabarnya bakal dilancarkan dalam suku kedua tahun ini iaitu antara April atau Mei. Jangan cakap kami tak maklum awal-awal 😉

BACA >>> Kawasaki Ninja 250 Tiba di Malaysia Suku Kedua 2018, Siap Sedia Pecah Tabung!

autotainment Kawasaki Ninja 250 kawasaki ninja 250 2018 KTM RC250 KTM RC390 power-to-weight ratio Yamaha YZF-R25
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

23/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

21/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

18/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.