Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»7 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Tentang Pusat 4S Porsche Centre Johor Bahru
Auto Terkini

7 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Tentang Pusat 4S Porsche Centre Johor Bahru

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PORSCHE MALAYSIA melebarkan sayap perniagaan ke Johor menerusi pelancaran Porsche Centre Johor Bahru sebentar tadi dengan perasmian diwakili Sime Darby Auto Performance (SDAP).

Porsche Centre Johor Bahru bukannya suatu premis konvensional kerana dibina dengan pelbagai ciri terkini yang membezakannya daripada pusat jualan Porsche lain di negara ini.

BACA >>> Pusat 3S Porsche Centre Penang Janjikan Pengalaman Eksklusif

Terletak di Danga Bay, pembinaan Porsche Centre Johor Bahru setinggi tiga tingkat itu menelan kos lebih RM28 juta atas tapak berkeluasan 5,412 meter persegi. Lokasi tepatnya adalah di  No 21, Persiaran Danga Perdana, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor.

1 . KONSEP DESTINATION PORSCHE

  • Mengetengahkan konsep seni bina korporat Destination Porsche yang menitikberatkan pengalaman jenama yang hebat.
  • Menyediakan ruang berkumpul untuk peminat Porsche dan mampu menarik minat pelanggan baharu.
  • Sarat dengan ciri kemewahan dan mesra pengunjung.
  • Rupa bangunan membolehkan ruang dalaman dilihat dari luar premis.
  • Ruang dalaman mementingkan pengalaman jenama dan berteraskan pelanggan.

2. REKABENTUK BANGUNAN

  • Berciri inovasi dengan menggabungkan elemen kelestarian dalam seni bina moden.
  • Membenarkan cahaya semula jadi memasuki ruang dalaman premis.
  • Membantu mengurangkan penggunaan jumlah lampu dan menjimatkan penggunaan elektrik, bersifat mesra alam.

3. MODUL PORSCHE CENTRE JOHOR BAHRU

E-Performance
Highlight Display
  • Ada beberapa ruangan menarik disediakan di premis terbaharu Porsche Malaysia di Johor Bahru itu iaitu:
    • Highlight Display
    • E-Performance
    • Porsche Classic
    • Fitting Lounge
    • Delivery Bay
    • Certified Pre-Owned
Stimulator e-Sports
Fitting Lounge
Porsche Pre-owned
Porsche Lifestyle
  • Selain itu, ruang istirahat baharu menawarkan tempat berkumpul dan bersosial kondusif unutk suasana selesa buat pelanggan dan komuniti Porsche.
  • Disediakan simulator e-sukan disediakan buat pengguna mengasah kemahiran pemanduan sambil membangkitkan lagi minat terhadap jenama Porsche.

4. PREMIS 4S PORSCHE PERTAMA MALAYSIA

  • Porsche Centre Johor Bahru ini ialah Pusat 4S pertama di Malaysia.
  • Menyediakan bahagian Jualan, Servis, dan Alat Ganti serta ketuk Badan dan Cat (Body & Paint) yang diperakui Porsche.
  • Menyediakan sembilan ruang servis dengan teknologi dan peralatan terkini dengan tenaga kerja terdiri daripada juruteknik bertauliah yang mahir, dan stok alat ganti Porsche tulen.

5. KUALITI CAT TERJAMIN

  • Jaminan piawaian berkualiti bertaraf dunia untuk proses baik pulih dan cat badan kereta.
  • Menggunakan cat berasaskan air yang dirumuskan Porsche AG di bengkel badan dan cat.

  • Ruangan semburan cat memiliki sistem pengudaraan dan penapisan khas untuk mengurangkan zarah bawaan udara dan mengawal kelembapan.
  • Proses pengeringan cat menggunakan pemanas inframerah mesra alam, dan suhu dipertingkat kepada 65°C mengikut piawaian Porsche AG.

6. KEMUDAHAN CAS EV

  • Dilengkapi stesen cas Arus Terus (DC) prestasi tinggi 175kW dan Arus Ulang-alik (AC), 22kW.
  • Kemudahan itu disediakan eksklusif kepada semua pemilik Porsche Taycan.
  • Lokasi kemudahan disifatkan strategik untuk menambah baik pengalaman pemanduan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

7. PORSCHE KLASIK PERTAMA MALAYSIA

  • Rakan Kongsi Porsche Classic pertama di Malaysia yang menyediakan pengetahuan, kepakaran dan khidmat nasihat untuk aspek penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih.
  • Ada pelbagai manfaat dan peluang baharu seperti sokongan teknikal, akses langsung dan interaksi dengan pihak Porsche AG Classic.
  • Boleh mendapatkan alat ganti model klasik yang sudah tiada lagi di pasaran menerusi proses perolehan khas.
  • Penggunaan alat ganti tulen dengan tahap dedikasi tinggi untuk memanjangkatkan hayat perkhidmatan kenderaan.
  • Menyediakan servis lengkap dan profesional untuk pemilik kenderaan Porsche klasik.
  • Turut dipamerkan bendera Porsche Classic dan modul klasik di bilik pameran membabitkan model warisan Porsche.
  • Berkongsi maklumat atau meningkatkan pengalaman kereta bertema warisan kepada pelanggan dan peminat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata;

Dengan pembukaan pusat jualan bandar ini, kami mensasarkan memberikan pengalaman jenama yang lebih tinggi selain memenuhi keinginan peminat kereta sport di wilayah Selatan Malaysia. Selaras matlamat untuk berkembang melangkaui pengedaran tradisional, kami berusaha menyediakan piawaian berkualiti, pengalaman dan perkhidmatan pelanggan yang lebih tinggi.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Porsche Asia Pasifik, Hannes Ruoff pula berkata;

Pelancaran kereta buatan tempatan Porsche Cayenne jelas membuktikan keyakinan kami terhadap potensi rantau Asean dan menyerlahkan hubungan kerjasama terjalin antara kami dengan Sime Darby.

“Kami amat berbangga kerana dapat memperkenalkan pengalaman jenama yang lebih unggul kepada peminat Porsche menerusi kemudahan canggih ini, dan pada masa sama meningkatkan pengalaman pemilikan Porsche menerusi tawaran perkhidmatan lebih luas berasaskan cita rasa individu.”

BACA >>> Porsche Buka Kilang Pemasangan di Kedah, Fasiliti Pertama Luar Eropah!
BACA >>> SDAP Tawar Tiga Varian EV Porsche Taycan Cross Turismo, Harga Mula RM645k!
BACA >>> Porsche Panamera (2021) Facelift Kini di Malaysia, Harga RM1 Juta!

Auto Terkini bilik pameran dan servis 4S Porsche Christopher Hunter Hannes Ruoff Porsche Centre Johor Bahru Porsche Malaysia Pusat Porsche Johor Bahru Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.