• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Porsche Panamera (2021) Facelift Kini di Malaysia, Harga RM1 Juta!

Porsche Panamera (2021) Facelift Kini di Malaysia, Harga RM1 Juta!

April 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL pengedar kenderaan Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengumumkan ketibaan Porsche Panamera (2021) versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran tempatan dengan menambah baik beberapa aspek dan dijual pada harga RM1,026,735, termasuk pengecualian cukai jualan.

Cuma varian asas diperkenalkan SDAP, manakala varian lain akan ditambah kemudian pada masa akan datang.

BACA >>> Kajian: Porsche Panamera Dahului 20 Kereta Hibrid Catat Susut Nilai Terendah di Britain

Berikut perincian Panamera (2021) facelift:

  • Trenkuasa petrol 6-silinder 2.9L V6 Twin-Turbo berkuasa 325hp @ 5,400-6,400rpm dan tork 450Nm @ 1,800-5,000rpm serta dipadankan transmisi dual-klac (DCT) PDK 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5.4 saat, manakala kelajuan maksimum 270kmj.
  • Sistem casis ditala semula untuk mengimbangi antara respons kereta sport dan keselesaan sedan eksekutif. Penambahbaikan juga membabitkan dinamik pemanduan dan kestabilan di selekoh, terdiri daripada sistem absorber, stabiliser oleng elektronik, sistem stereng dan enjin.
  • Bahagian roda menggunakan sistem brek lebih ringan, iaitu cakera 350mm dengan kaliper monoblok 6-piston di depan dan cakera 330mm dengan kaliper 4-piston di belakang.
  • Pembeli ditawarkan dua saiz rim, 20 dan 21 inci dalam tiga opsyen rekaan baharu, menjadikan jumlah pilihan rim di Porsche 10 jenis,  termasuk Rim Aloi Rekaan Eksklusif 21 inci.
  • Rekabentuk mengekalkan elemen Sport Design pada bahagian depan dengan gril ambilan udara dan paten lampu bar tunggal. Lampu belakang LED direka tirus dalam bentuk horizontal yang memanjang sepanjang but, juga pembaharuan dilakukan Porsche terhadap Panamera.
  • Stereng kini memiliki ciri multi-fungsi baharu dengan rekaan gaya sporty. Model ini juga boleh disambung kepada aplikasi atas talian Porsche Connect di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai Panamera (2021) facelift baharu boleh layari pautan ini: http://bit.ly/NewPanamera_MY

BACA >>> Porsche Panamera 2017 Lebih Umphh! Kelajuan Maksimum 289kmj, 0 -100kmj 4.4 Saat
BACA >>> Kereta Sport Elektrik, Porsche Taycan (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM725k

Porsche Panamera (2021) -5
Porsche Panamera (2021) -1
Porsche Panamera (2021) -2
Porsche Panamera (2021) -3
Porsche Panamera (2021) -4
Porsche Panamera (2021) -6
Porsche Panamera (2021) -7
Porsche Panamera (2021) -8
Porsche Panamera (2021) -9
Porsche Panamera (2021) -10
Porsche Panamera (2021) -11
305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kereta Sports, Porsche Panamera (2021) Facelift, Porsche Panamera 2021, Porsche Panamera 3.0L V6, Roda4, SDAP, Sime Darby Auto Performance (SDAP), Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my