• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Porsche Centre Penang Janjikan Pengalaman Eksklusif

Pusat 3S Porsche Centre Penang Janjikan Pengalaman Eksklusif

March 18, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

13
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SIME Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini melancarkan Porsche Centre Penang, iaitu Pusat 3S bagi jualan, servis dan alat ganti jenama itu yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang dan dibina pada kos RM15 juta dengan keluasan 35,575 kaki persegi atas tapak seluas 102,524 kaki persegi atau 2.5 ekar.

Pengarah Urusan Porsche Asia Pasifik, Martin Limpert berkata, SDAP ialah pengimport tunggal dan eksklusif Porsche di Malaysia sejak 2010.

Porsche Centre Penang adalah satu lagi perkembangan Porsche di Malaysia dan komitmen SDAP. Saya yakin potensi masa depan Porsche di Malaysia. Pembukaan pusat ini di Pulau Pinang akan memberikan pengalaman terbaik untuk pelanggan Porsche."

- Martin Limpert, Pengarah Urusan Porsche Asia Pasifik

PENGALAMAN MENYENANGKAN

Porsche Centre Penang mampu memuatkan 10 kenderaan pameran pada satu-satu masa dan dilengkapi kemudahan seperti dua bilik konsultansi dan diagnosis teknikal, dipanggil Dialogue Bay, ruang istirehat Carrera Lounge, ruang servis 9 kereta dan stor simpanan barangan alat ganti.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menempah kemasan dan kelengkapan khas Porsche mengikut cita rasa sendiri, termasuk mendapatkan pakaian, aksesori dan permainan Porsche.

Sempena pelancaran pusat servis berkenaan, SDAP turut melancarkan model baharu Porsche 718 Cayman dan 718 Cayman S yang masing-masing berharga RM530,000 dan RM700,000.

GALERI

Porsche Centre Penang 2017.03
IMG_0633
Porsche Centre Penang 2017.01
Porsche Centre Penang 2017.14
Porsche Centre Penang 2017.11
Porsche Centre Penang 2017.04
Porsche Centre Penang 2017.02

 

13
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Porcshe, Porsche Centre Penang, Pusat 3S Porsche, SIME Darby Auto Performance

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my