Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»7 Kemudahan Allianz Road Ranger Perlu Anda Tahu Jika Terlibat Kemalangan
Auto Terkini

7 Kemudahan Allianz Road Ranger Perlu Anda Tahu Jika Terlibat Kemalangan

Abang GYLBy Abang GYL23/01/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Allianz Road RangerBUAT pertama kali, Allianz General Insurance Company memperkenalkan Allianz Road Ranger bagi memudahkan pengguna membuat tuntutan insurans secara lebih efisien.

Menerusi Allianz Road Ranger, pelanggan akan menikmati tujuh kemudahan termasuklah Pusat Panggilan Kecemasan 24-jam.

Lebih menarik, Allianz Road Ranger ditawarkan secara percuma kepada semua pemegang polisi ‘Motor Comprehensive’.

Bagaimanapun, perkhidmatan Allianz Road Ranger buat masa ini hanya ditawarkan kepada pelanggan di Lembah Klang. Manakala kawasan lain termasuk Sabah dan Sarawak dijangka akan beroperasi sepenuhnya selewatnya 18 bulan dari sekarang.

Berikut adalah tujuh kemudahan Allianz Road Ranger yang boleh dinikmati oleh pelanggan secara percuma;

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan

Allianz Road Ranger1. PUSAT PANGGILAN KEMALANGAN 24-JAM

Sekiranya terlibat kemalangan, pelanggan boleh membuat panggilan dan meminta bantuan tanpa mengira masa.

2. PASUKAN MOTOSIKAL

Sebaik menerima laporan, unit pasukan bermotosikal akan menjadi orang pertama menuju ke lokasi kemalangan. Bantuan pertolongan kecemasan (jika diperlukan) turut diberikan dan ia akan menemani mangsa sehingga trak tunda tiba.

3. TRAK TUNDA

Kesemua trak tunda dilengkapi pelbagai ciri terkini termasuklah Sistem Kedudukan Global (GPS), kamera litar tertutup (CCTV) dan perakam suara. Untuk itu, pihak pusat panggilan kemalangan boleh memantau pergerakkan trak tunda dan sentiasa berhubung dengan mangsa jangkaan masa untuk tiba di lokasi kemalangan.

BACA >>> Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

Allianz Road Ranger4. BANTUAN TUNTUTAN

Trak tunda akan membantu menghantar kenderaan ke Balai Polis selain mengiringi pelanggan membuat laporan Polis. Selesai membuat laporan Polis, kenderaan akan dihantar terus ke bengkel panel.

5. SERVIS PENGANGKUTAN

Selesai urusan di Balai Polis, Allianz akan menyediakan kenderaan dan menghantar pelanggan pulang ke rumah secara percuma.

6. TUNTUTAN MOTOR ODX ALLIANZ

Bagi kos pembaikan tidak melebihi RM15,000 (tidak melibatkan pihak ketiga), pelanggan boleh mengetahui jumlah kos pembaikan dalam tempoh 10 minit hingga 1 jam.

7. HANTAR KERETA

Lebih menarik, pelanggan tidak lagi perlu ke bengkel untuk menuntut kenderaan. Setelah dibaik pulih, Allianz akan menghantar kenderaan berkenaan sama ada terus ke rumah mahupun di pejabat pelanggan.

BACA >>> Kemalangan Jalan Raya Tidak Perlu Lagi Lapor ke Balai Polis?

Allianz Road RangerINGAT

Harus ingat, anda tidak perlu berasa panik sekiranya terlibat dengan kemalangan. Hanya perlu hubungi talian 1800-88-6278 bagi mendapatkan perkhidmatan Allianz Road Ranger secara percuma. Ya, PERCUMA!

Allianz Allianz General Insurance Company Allianz Road Ranger Allianz Road Ranger perlu anda tahu insurans tuntutan insurans tuntutan insurans Allianz Zakri khir
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026

    2 Comments

    1. Khalilah Ahmad on 14/08/2019 07:59

      Saya ingin bertanya sekiranya sy terlibat dengan kemalangan d insuran yang dituntut adalsh dari insurans owner yang melanggar kereta saya. Pertanyaan saya semasa kereta di dalam bengkel , saya tiada kereta untuk ke tempat kerja….adakah pihak allianz insurans menyefiakan perkhidmatan meminjamkan kereta kpd pemegang polisi ini.

      Reply
      • Maira on 05/10/2019 16:09

        Salam, jika tidak silap saya Allianz ada menyediakan pakej Enhanced road warrior yang menawarkan khidmat penggantian kereta antara 5-7 hari bergantung kepada pakej. Tuan/puan boleh layari website Allianz untuk maklumat yang lebih lanjut. Harap dapat membantu. Terima kasih.

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.