Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»7 Fakta Pantas Tentang Minyak Pelincir Motosikal Caltex Havoline Baharu
Auto Terkini

7 Fakta Pantas Tentang Minyak Pelincir Motosikal Caltex Havoline Baharu

AryonBy Aryon10/01/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHEVRON Malaysia Limited sebentar tadi memperkenalkan barisan produk minyak pelincir motosikal Caltex Havoline generasi baharu tang terdiri daripada produk utama, Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, dan beberapa produk sintetik dan mineral lain untuk motosikal dan skuter.

Berikut adalah perincian mengenai produk minyak enjin motosikal Caltex Havoline generasi baharu ini:

1. APAKAH CALTEX HAVOLINE BAHARU?


Caltex Havoline baharu ialah produk minyak pelincir motosikal berasaskan Teknologi C.O.R.E. dan dibangunkan khas untuk keperluan tunggangan urban yang perlu berdepan situasi trafik sesak sepanjang masa tanpa mengira jentera baharu atau lama.

Selain teknologi C.O.R.E., Caltex Havoline turut membangunkan teknologi aditif, dipanggil ZOOMTECH untuk pelincir jenis semi-sintetik yang memapu mengoptimumkan hantaran kuasa.

2. PRODUK APA?

Ada dua kategori pelincir ditawarkan, dan salah satu daripadanya diformulasikan khas untuk motosikal jenis skuter:

HAVOLINE SUPER 4T
  • Fully Synthetic SAE 5W-40 – BAHARU
  • Semi-Synthetic dengan ZOOMTECH
  • Mineral dengan ZOOMTECH
HAVOLINE SUPER MATIC 4T
  • Semi-Synthetic
  • Mineral

3. APAKAH TEKNOLOGI C.O.R.E.?


C.O.R.E. asasnya ialah ciri khas yang menjadi objektif pembangunan minyak pelincir Caltex Havoline, terdiri daripada singkatan akronim seperti berikut:

  • [C]lean – (Bersih) – Membersihkan dan melindungi enjin untuk menghasilkan prestasi superior.
  • [O]xidation – (Pengoksidaan) – Melindungi enjin akibat proses degradasi pelincir.
  • [R]educe – (Mengurangkan) – Meminimumkan kerosakan akibat panas enjin menerusi kualiti kestabilan pelincir terbaik yang memberikan perlindungan berpanjangan.
  • [E]nhance – (Peningkatan) – Meningkatkan pecutan menerusi cengkaman klac dipertingkat walaupun dalam beban tinggi.

4. APA PULA ZOOMTECH?

Teknologi ZOOMTECH ini pula ialah formula aditif baharu dibangunkan Caltex Havoline untuk minyak pelincir semi-sintetik dan mineral yang mampu menambah baik cengkaman klac (clutch grip) bagi mendapatkan hantaran kuasa optimum.

Ujian dilakukan ke atas Havoline Super 4T Semi-Synthetic menghasilkan keputusan 13 peratus lebih baik terhadap cengkaman klac dan peningkatan pecutan berbanding pelincir lama, Havoline Super 4T Synthetic Blend SAE 10W-40.

5. KEISTIMEWAAN FULLY SYNTHETIC BAHARU?

Pelincir sintetik penuh yang dibangunkan berasaskan teknologi C.O.R.E. ini sangat disarankan untuk motosikal prestasi tinggi, dan berkapasiti besar. Bagi menangani rev enjin tinggi dan tambahan haba, pelincir ini diformulakan menjadi 50 peratus lebih superior berbanding kestabilan pengoksidaan dalam standard industri, API SN. Jadi enjin mendapat lebih perlindungan daripada kerosakan panas enjin.

Ujian dilakukan ke atas produk pelincir Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 menunjukkan kestabilan pengoksidaan sebanyak 50 peratus bagi perlindungan panas enjin akibat degradasi pelincir.

6. TENTANG PELINCIR SKUTER?


Minyak pelincir Caltex Havoline untuk skuter pula dinaik taraf supaya dapat memenuhi standard industri API SN. Kini pemilik skuter dapat menikmati minyak enjin yang lebih baik menerusi produk Super Matic 4T sama ada pelincir semi-sintetik atau mineral.

Semua produk pelincir Super Matic 4T turut sesuai dengan ciri skuter moden Jepun yang menggunakan piawaian JASO MB. Pelincir jenis ini tiada masalah melindungi skuter dengan kotak gear klac kering yang mampu mengurangkan geseran dan meningkatkan kecekapan enjin.

7. PEK PROMOSI


Sempena pelancarkan barisan produk baharu, Chevron Malaysia Limited menawarkan pek promosi istimewa buat pembeli pelincir baharu Caltex Havoline. Dengan setiap pembelian Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, atau Havoline Super 4T Semi-Synthetic 10W-40, pembeli akan menerima tuala mikrofiber ‘Ride Strong’ edisi terhad percuma.

Sebarang maklumat lanjut bnoleh layari Caltex.com/my.

Auto Terkini Caltex Caltex Havoline Havoline Super 4T Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 Havoline Super Matic minyak enjin minyak hitam Minyak Pelincir minyak pelincir motosikal motosikal roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
    Auto Terkini

    YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

    11/05/2026

    4 Comments

    1. Sharhan on 14/08/2018 23:55

      Susah nak mencari minyak hitam 4T fully synthetic di kawasan-kawasan bandar melaka, klebang, malim, taman merdeka, cheng, bukit baru dan ayer keroh.. Tolong hantar stok seberapa cepat!!!

      Reply
    2. Labu sayung on 09/10/2018 08:35

      Cari kat stesyen minyak jer bro…terjamin ori dan sentiasa ada stok

      Reply
    3. Pn. Su on 07/04/2019 23:43

      Apakah jenis myk itam yg ssuai tuk kncil(auto)..

      Reply
    4. Dzulkifli on 30/05/2020 01:57

      area kl caltex dekat mana ya

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.