Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»60 Peratus Jalan Persekutuan Tamat Tempoh, Perlu Dibaiki
Auto Terkini

60 Peratus Jalan Persekutuan Tamat Tempoh, Perlu Dibaiki

Han OthmanBy Han Othman29/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIRA-kira 60 peratus Jalan Persekutuan di Malaysia sudah rosak atau luput tempoh hayat dan perlu diperbaiki dengan keperluan peruntukan kira-kira RM3 bilion, menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, memandangkan peruntukan tinggi diperlukan, pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan syarikat konsesi selain mendapatkan maklum balas semua Kementerian mengenai hala tuju pembinaan dan pembaikan semula jalan yang sudah luput tempoh hayat.

Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai, tetapi yang penting kita kena bina baharu (jalan) supaya keselesaan dan keselamatan jalan itu terjamin kepada pengguna,” katanya.

Terdahulu, Fadillah menghadiri majlis tawaran cabutan kerja undi bagi Kerja-kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen Di Bawah Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia 2022.

Menurutnya, RM130 juta peruntukan tambahan sudah diluluskan Kementerian Kewangan bagi Kerja-kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen di Jalan Persekutuan seluruh negara secara one-off pada 13 September lalu.

Fadillah berkata, kelulusan peruntukan tambahan adalah bukti komitmen Kerajaan Persekutuan yang prihatin dalam isu penyenggaraan infrastruktur negara, terutama jalan raya yang seterusnya membuka peluang perniagaan kepada kontraktor kecil khususnya gred G1 hingga G4.

Beliau berkata, semua peruntukan selesai ditawarkan kepada kontraktor di negeri Semenanjung melalui 180 kerja bernilai RM113 juta dan RM17 juta lagi disalurkan kepada kontraktor di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui 17 kerja.

Semua kerja ini dianggarkan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan setengah atau November depan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kontraktor, terutama kalangan bumiputera gred G1 ke G4 supaya tidak bergantung harap kepada kontrak kerja atau projek Kerajaan semata-mata.

Kalau kita melihat konteks dalam negara, lebih banyak sebenarnya adalah kerja disumbangkan pihak swasta berbanding peringkat Kerajaan yang tidak sampai 30 peratus daripada pembangunan keseluruhan projek pembinaan negara kita.”

Justeru Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan memastikan kontraktor diberi latihan dan dihubungkan dengan pihak swasta supaya diberi peluang perniagaan. Selain itu, Kementerian juga sedang melihat sistem agihan kerja bagi memastikan semua kumpulan kontraktor dapat merasai peluang diwujudkan Kerajaan.

BACA >>> Kajian LPT3 Selesai, Sekarang Tunggu Kata Putus Unit Perancang Ekonomi, Bajet Kerajaan
BACA >>> Bersediakah Warga KL untuk Caj Kesesakan 10 Tahun Lagi?

SUMBER: Bernama

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.