Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Tidak Patuh BS6, Yamaha Tamatkan Pengeluaran 6 Model
Roda2

Tidak Patuh BS6, Yamaha Tamatkan Pengeluaran 6 Model

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP negara ada piawaian dan regulasi alam sekitar yang perlu dipatuhi pemain industri automotif. Contohnya Malaysia mengikuti regulasi Eropah, manakala India menggubal peraturan emisi sendiri.

Terbaharu, India baru saja menguatkuasakan syarat emisi BS6 bermula April ini yang dikatakan lebih ketat berbanding BS4, sama seperti Euro6. Peraturan baharu itu memaksa banyak pengeluar mengemas kini produk masing-masing.

Malah, syarat baharu itu juga menyebabkan beberapa pengeluar seperti Yamaha Motor India terpaksa menghentikan enam model kerana tidak patuh BS6.

BACA >>> Bajaj NS200 BS6 Kini Patuh BS6, Enjin Lebih Berkuasa

1. YAMAHA SALUTO RX

Yamaha Saluto RX 110cc dilancarkan pada 2016 dan bersaing model daripada Hero, Honda dan TVS. Disebabkan gagal memenuhi kehendak pelanggan, termasuk mencatatkan rekod jualan kurang memberangsangkan, model tersebut terpaksa dihentikan jualan. Harga Saluto RX ialah 52,350 rupee (RM3,010).

2. YAMAHA SALUTO 125

Yamaha Saluto 125 ialah abang kepada Saluto RX. Nampak sama, tetapi memiliki ciri premium seperti signal lebih cerah, bar belakang lebih lebar serta dipadankan grafik lebih menarik. Dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc berkuasa 8.1hp dan tork 10.1Nm, streebike ini dijual pada harga 60,850 rupee (RM3494).

BACA >>> Yamaha India Lengkapkan Saluto RX dan Saluto 125 India dengan Brek Kombi

3. YAMAHA SZ-RR 2.0

Yamaha SZ-RR 2.0 ialah model aras mula dengan ciri brek cakera depan, skup tangki dengan grafik agresif dan bar belakang serta lampu utama automatik. Enjin silinder tunggal menghasilkan kuasa 11.8hp dan tork 12.8Nm dengan kotak gear klac manual 5-kelajuan, manakala harga jualan 69,653 rupee (RM4,000).

4. YAMAHA FZ25

Yamaha FZ25 ialah model naked 250cc dengan kluster instrumen digital penuh, dan lampu depan LED.  Harga jualan ialah 135,350 rupee (RM7,772).

5. YAMAHA FAZER 25

Yamaha Fazer 25 ialah FZ 25 versi fairing. Namun, model ini tiada daya penarik dengan rekabentuk nampak pelik yang menjadi punca ia gagal di pasaran. Harga jualan 145,350 rupee (RM8,350).

6. YAMAHA R3

Dikenali sebagai produk dengan enjin lancar dan tunggangan selesa, Yamaha R3 ialah salah satu model dwi-silinder terbaik dalam segmen. Ia juga popular dalam kalangan pengguna menerusi rekabentuk garang dan prestasi mantap. Harga jualan 3,49,850 rupee (RM20,090).

Terpaksa ditamatkan pengeluaran kerana enjin sedia ada tidak memenuhi syarat BS6. Yamaha India khabarnya bakal melancarkan R3 baharu tahun ini.

BACA >>> Yamaha Japan Perkenal Warna Baharu untuk YZF-R25, R3 (2020)

SUMBER: IndianAutosBlog

roda2 Yamaha Yamaha Fazer 25 Yamaha FZ 25 yamaha india Yamaha Motor Yamaha Motor India Yamaha R3 Yamaha Saluto 125 Yamaha Saluto RX Yamaha SZ-RR Ver 2.0
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.