Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
Autotainment

5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

ZYBy ZY30/11/201949 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAK puas hati betul, baru je nak merasa top speed laju sikit dah kena cut-off?

Memang sudah jadi kebiasaan mat motor Malaysia untuk mengubah suai jentera tempur mereka demi satu tujuan – mencapai kelajuan maksimum supaya dapat sentiasa berada dalam kelompok barisan depan dengan gaya bak seorang pelumba handalan.

Salah satu modifikasi yang sering jadi pilihan bagi meningkatkan prestasi adalah menukar sistem cucuh (CDI – capacitor discharge ignition) untuk motosikal jenis karburetor, atau unit kawalan elektronik (ECU – electronic control unit) untuk motosikal jenis suntikan bahan api (Fi).

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Perkara Tentang ‘ECU Tuning’ yang Perlu Anda Tahu

Unit CDI ata ECU aftermarket membolehkan had rev enjin (rpm) dinaikkan. Semakin tinggi enjin meligat atau rev, semakin tinggi kuasa yang mampu dijana. Jadi, keputusan menukar unit CDI atau ECU aftermarket diyakini dapat membantu meningkatkan lagi potensi enjin dengan mengatasi had rev enjin atau cut-off ditetapkan pengeluar.

Tetapi sebelum menyentuh topik ini lebih lanjut, kita perlu faham kenapa motosikal mesti ada cut-off atau had rev enjin?

1. KENAPA ENJIN ADA CUT-OFF?

Ada pelbagai komponen mekanikal yang bergerak dalam enjin seperti piston, rod, bering dan sebagainya. Sekiranya semua komponen tersebut dipaksa bekerja di luar kemampuan daya tahan, maka kerosakan enjin akan berlaku yang bukan saja membocorkan poket, tetapi boleh mengakibatkan kecelakaan jika kerosakan berlaku ketika sedang menunggang di jalanan.

BACA >>> #BikinMotorLaju [SIRI 1]: Ubah Sprocket – Mahu Pikap atau Laju?

Fungsi cut-off enjin mengikut tetapan pengeluar adalah bertujuan menjaga reliabiliti enjin supaya dapat bertahan lama sepanjang hayat. Caranya, menghentikan seketika proses pembakaran enjin apabila mencapai had rev tertentu.

Bagaimana pula had rev ditentukan? Bukan main agak-agak saja, tetapi ada pengiraan purata julat kelajuan piston seperti yang akan dijelaskan di bawah ini.

2. KIRA PURATA KELAJUAN PISTON

Enjin pembakaran menghasilkan kuasa daripada kelajuan gerakan piston (atas-bawah dan sebaliknya) dan kemudian memutarkan aci engkol sebelum kuasa yang terhasil dihantar kepada roda pacuan melalui sistem transmisi.

Kelajuan gerakan piston diukur dalam unit meter persaat (ms). Bagi motosikal, julat selamat bagi kelajuan piston adalah sekitar 20-25ms, bergantung keperluan motosikal, daripada kegunaan praktikal hingga prestasi tinggi atas trek. Semakin tinggi kelajuan piston, maka semakin rendah daya ketahanan atau reliabiliti piston dan komponen enjin lain yang berkaitan.

BACA >>> Bagaimanakah Kenali Karakter Motosikal Berasaskan Gerek (Bore) x Lejang (Stroke)?

Paparan animasi gerakan vertikal piston dan putaran engkol

Purata kelajuan piston sesebuah enjin  boleh ditentukan dengan menggunakan formula berikut:

Purata kelajuan piston (ms) = [2 x lejang (unit Meter) x RPM] / 60

* Penjelasan:
  • 2 = Nilai malar. Didapati daripada gerakan piston naik-turun
  • Lejang = Panjang piston. Kebiasaan spesifikasi menggunakan unit milimeter (mm), jadi harus ditukar kepada unit meter (bahagi 1,000 dari milimeter ke meter).
  • RPM = Takat rev yang ingin diperhatikan, seperti angka rev ketika cut-off dikenakan.
  • 60 = Nilai malar. Didapati daripada penukaran unit minit pada RPM kepada saat (s).

Bagaimanapun, bagi memudahkan lagi tujuan, anda boleh gunakan kalkulator khas online seperti DI SINI.

3. CARA KIRA TAKAT CUT-OFF / HAD REV ENJIN

Walaupun lebih elok ikut saja nasihat pomen atau tetapan default ECU aftermarket, pengetahuan mengenai cara menetapkan had rev dapat membantu anda memahami kenapa had rev ada takat rev tertentu. Jadi, tidaklah memandai-mandai menaikkan had rev sesuka hati.

Caranya, guna kalkulator online pada pautan disediakan tadi (atau klik SINI) dan ikut langkah di bawah:

  • Dapatkan dulu purata kelajuan piston bagi mana-mana enjin motosikal yang anda mahu.
  • Masukkan nilai ukuran lejang dan nilai RPM cut-off enjin asal.
  • Ukuran lejang boleh dilihat pada spesifikasi disediakan pengeluar.
  • RPM cut-off pula berdasarkan pengalaman sendiri menguji motosikal tersebut.
  • Boleh juga rujuk graf ujian dyno dalam Internet.

CONTOH:
Ukuran lejang Yamaha FZ150i = 58.7mm
RPM cut-off = 10,000 rpm (rujuk graf dyno di bawah)
Purata kelajuan piston = 19.57ms

Graf dyno FZ150i
Kelajuan enjin lebih mudah dikira dengan kalklulator online

Dengan mengambil kira julat purata kelajuan piston motosikal yang bermula sekitar 20ms, ini bermakna cut-off enjin FZ150i ditetapkan untuk mencapai tahap reliabiliti berpanjangan. Ini bermakna potensi kuasa streetbike itu boleh dipertingkat lagi apabila had rev dibuka lebih tinggi.

Jika mahu mengetahui seberapa tinggi enjin boleh dikerah, kita boleh teruskan pengiraan dengan menukar nilai RPM secara berperingkat dengan perbezaan 1,000rpm setiap satu hingga mencapai nilai maksimum julat kelajuan piston motosikal, iaitu sekitar 25ms.

11,000rpm, 21.5ms
12,000rpm, 23.5ms
13,000rpm, 25.4ms

Melihat contoh di atas, enjin FZ150i mampu mencapai purata kelajuan piston sekitar 25 ms pada 13,000rpm. Jadi mana-mana rev di bawah nilai itu, seperti 11,000rpm atau 12,000rpm adalah pilihan had rev selamat untuk tetapan ECU.

Tetapi, jangan pula kalau sudah tengok kawan lain dapat mengeset had tersebut yang hasilnya memberangsangkan, kita pun terburu-buru mahu ikut juga. Seperti dijelaskan awal tadi, seeloknya dapatkan nasihat mereka yang lebih pakar. Ini kerana setiap peningkatan rev akan menjejaskan reliabiliti enjin, lebih-lebih lagi apabila sudah diusik komponen-komponen prestasi tinggi lain.

4. APAKAH PULA CDI / ECU ‘LOBOS’?

Ada sesetengah CDI atau ECU aftermarket memang buatan asal kilang atau OEM, tetapi sudah diubah suai. Bagaimanapun keputusan membuang tetapan cut-off agak berisiko dan kurang bijak kerana enjin akan terbiar berputar laju tanpa had.

Digelar CDI atau ECU ‘lobos’, modifikasi jenis ini tetap jadi pilihan berikutan kos yang jauh lebih rendah berbanding menukar unit berjenama. Jadi sangat kritikal bagi pemilik mengetahui had rev enjin motosikal mereka supaya sentiasa dapat berjaga-jaga untuk tidak melampaui had reliabiliti enjin.

5. BUKAN PENINGKAT PRESTASI SEBENAR

ECU TuneBoss
Ingat, jika sekadar menukar CDI atau ECU aftermarket, ubah suai itu tidaklah memberikan peningkatkan prestasi signifikan ke atas enjin motosikal anda. Jika enjin masih standard dan sukar cut-off, menukar CDI atau ECU aftermarket tidak akan memberi impak yang setanding kos yang dibelanjakan. Kata orang, aci standard sudah.

Sebaliknya, menukar CDI atau ECU aftermarket sudah jadi satu kemestian sekiranya nadi jentera anda sudah mengalami modifikasi major. Ini bagi memastikan keupayaan komponen-komponen prestasi yang sudah dipasang dapat diserlahkan semaksimum mungkin.

BACA >>> Yamaha FZ150i Kurang Ranggi? Sila Bikin Jadi Sportbike, Streetfighter atau Cafe Racer Sekarang!

Namun, jika masih juga mahu menaik taraf ECU aftermarket walaupun enjin masih standard, terpulanglah. Sendiri punya duit, sendiri yang tentukan. Cuma kenalah tebalkan telinga tadah kecaman kawan-kawan. 😉

RUJUKAN: MeanPistonSpeed (Wikipedia | HpWizard)

aftermarket cdi aftermarket ecu apitech ecu bazzaz cdi brt cdi racing ecu fz150 ecu performance ecu r25 ecu racing ecu rs150r ecu y15zr enjin Yamaha FZ150i FSR Technology fz150i mean piston speed power commander top speed tukar ecu tuneboss tuneboss ecu
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

WMOTO Island 150, WMOTO Hawk 200i Rasmi Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM6,688, RM7,888

11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026
Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026

49 Comments

  1. Wak on 25/01/2018 16:31

    Fatigue lah besi tu kalau selalu dikerah.
    100CC tapi nak laju mcm 135CC
    modifikasi boleh menyebabkan pocket nipis, kena tolak moto, jatuh resale value, taklaju mane pun.
    Baik beli moto yg dah laju.

    Reply
    • millio on 28/05/2018 16:11

      minat org lain2 der

      Reply
      • Haffiyz on 01/05/2019 23:23

        SBK pon org modi la buh lagi laju boh turbo la apa lagi… Kakakaka, kelajuan mn pernah puas

        Reply
  2. Fazly on 12/09/2018 00:13

    Ecu aftermarket ada effect pada engine std tak,

    Reply
    • BOB Y on 16/11/2018 08:16

      enjin di kerah untuk bekerja lebih ..ketahanan tu tak lama ..kalau melampau sangat boleh merosakkan enjin..

      Reply
      • JAZZ MUGEN on 28/11/2019 02:48

        Tu laaa kelebihan orang melayu Kita jepun pun dah pening

        Reply
  3. Kesh on 20/12/2018 21:28

    Hi, y15 aq top boleh sampai 125km/h +- 5kmh… Dan minyak makan kuat. Kalau tukar ECU aftermarket ada Bantu tak?

    Reply
    • aziz on 12/02/2019 18:57

      ko tuka air filter espada, tuka plug iridium, tuka exhaust yg selain standard, tuka ecu, tuka set spoket then dyno. ko akan dapat tambah 3 hp maximum

      Reply
      • Muhamad Afiq Arsyad on 24/08/2019 05:09

        kalau 115z fi standard resepi untuk laju sesuai dengan engine macam mana boss? ilmu kosong kosong boss

        Reply
        • Qaidir Qaidir97 on 28/12/2019 23:07

          Saya nk tanye kalau modi masuk gear box racing 1,2,4 boleh pecah enjin tak lc 4s

          Reply
          • Jamal absillah on 15/02/2020 06:26

            Pakai standard je lagi tahan.klu takat gear je racing x laju manepon asik berganti sproket jela nanti sebab serbe x kene

  4. masdol on 16/02/2019 01:40

    kalau y15 masih standard… kita perlu start dgn modifikasi apa dulu kalau nak jadikan motor lebih laju?

    Reply
    • jaiho on 01/05/2019 19:54

      turun 3 mata sprocket belakang
      tukar ecu
      tukar camshaft dan spring valve racing
      tukar throttle body racing
      tukar plug coil uma racing
      =180+km/h (confirmed)

      Reply
      • Pak cik on 18/06/2019 23:06

        Anggaran kos hangus brp boss

        Reply
      • sub on 18/08/2019 14:30

        ekzos stndart ke ap.?

        Reply
      • AKMAL on 19/11/2019 23:52

        DASYAT KAU PUNYA SPEC,TUKAR BENDA2 TU PON BOLEH DAPAT 180KM/H EH.HAHAHA
        AKU TUKAR SMUA UP SIZE NAK DAPAT 180KM/H PON SUSAH.

        Reply
        • jakjak on 02/12/2019 10:44

          tuka moto pakai 125,

          Reply
  5. mohd saad on 24/02/2019 22:23

    salam
    saya punya y15 enjin standard
    cuma tukar ecu kozi 8 mode
    mode berapa yg sesuai boss
    stakat ni guna mode no.5 sbb enjin standard

    Reply
  6. mohd joker on 26/02/2019 21:26

    slm..
    lau mto std,tp pkai ecu tunes boss tnpa setting(ecu)..
    bole mndtgkn mslh x..

    Reply
  7. Wan on 30/04/2019 08:59

    Membazir je tukar ECU. Kalau enjin standard. Pakai yg ECU asal.. Lagi sedap bawak. Klau nak. Laju. Krna full modified.. Abis 3-4 ribu lah bos..

    Reply
  8. putra on 02/05/2019 08:23

    kenapa aku tuko side miror ysuku aku kelajuan meningkat. 1st gear je dpt 199kmh. pastu pelik ysuku aku tibe2 jadi 6gear. bile pasang side miror jd 5gear blk. pelik ni.

    Reply
    • Cumylara on 11/05/2019 06:22

      Hahaha well comment. Boleh terbang naik bulan dah ni

      Reply
      • Jay on 02/11/2019 12:00

        R15 standart klu nk kasi top speed lebih tukar ecu je cukup x?? Or nk tambah yang lain..

        Reply
    • Pak cik on 18/06/2019 23:08

      Sembang biawak boleh terbang smp bulan woo

      Reply
  9. Koko mualaf on 18/05/2019 04:23

    Hi nak tanya, apa sebab cdi rosak? Saya pakai honda dash, dah tukar yg baru, tak sampai seminggu rosak balik. Dah 3 cdi dah tukar tak sampai sebulan. tolong terangkan please. Mahal kot. Haha thankyou in advance!

    Reply
  10. Khus on 18/05/2019 18:39

    Kalau skuter bos apa kene tukar kalau nak up speed ini adalah brang yg akan dipasang
    -Block racing
    -Ecu racing
    -Coil racing
    -Pulley racing
    …ok tak bos bole bagi komen tak?

    Reply
  11. NurFaiz Azizol on 06/06/2019 19:54

    Tukar enjos kena tukar ecu dak rs150

    Reply
  12. SkY on 01/07/2019 19:42

    Boss nak tanya saya pakai honda dash 125 fi
    Boleh saya buat asas utk upgrade
    1.hight cam
    2.eksoz
    3.ecu atau cdi
    Sesuai x boss

    Reply
  13. Aiman on 03/07/2019 00:08

    Yamaha lc135 standard tukar cdi apa yg perlu disetting lgi? Untuk mengelakkan kerosakan engine

    Reply
  14. Budakbaik on 06/07/2019 19:34

    Boss aku masih remaja tetapi aku suka main dengan cut off moto aku(Ysuku) semua masih standard ok ker? Biaselah aku minat dengar cut off. Aku buat sampai 5 saat. Tak rosak ke enjin?

    Reply
  15. Adeebnazir on 14/07/2019 16:00

    R15?

    Reply
  16. Fadzli on 31/07/2019 11:15

    Kenapa bila nak berhenti atau slow moto tu rasa nak mati injin…semput dan sangkut sangkut akhir injin pun mati….dan start semula susah ni hidup…adakah ini ada kene mengena dgn CDI…LC135v5

    Reply
  17. wan on 23/08/2019 22:41

    klaw sym 125i sport rider boleh tune ecu kh bos

    Reply
  18. En. Amat on 24/09/2019 15:59

    Salam bos, aku tau pakai je. Pasal enjin memang jahil. Ini soalan nya…moto dh tukar ecu, cam, hyperclutch dan exzos (ejaan betul / salah janji paham) jadi moto topspeed 164kmh. Belum superman lagi ni…dh tua mmg x berani. Moto pakai ulang alik kerja dekat je pergi balik 50km. Dh konvoi sampai thailand 3,4 kali. Soalannya apakah penjagaan trbaik utk motoku ini. Risau pulak lepas baca artikel ini. Lagi 1 cdangan utk tambah kelajuan lagi tanpa tikar blok dan head. T.kasih boskurrr

    Reply
  19. Cipot on 24/10/2019 22:39

    Cc 150 ..Sbb ada cut off tu yg jadi berat dan kurang laju bossku… Kelajuan optimum x mungkin rosakkan ingine..yg sebabkan kerosakan ingine minyak ingine beli murah dan tidak berkualiti..tu yg jadi masalah..pada ingine jentera…

    Reply
  20. Farid on 15/11/2019 11:28

    kalau Wave-125 masih standard… kita perlu start dgn modifikasi apa dulu kalau nak jadikan motor lebih laju?

    Reply
    • akmal on 19/11/2019 23:53

      tukar je block besar sikit,tukar carb dengan cdi plus porting head sikit cukup dah.

      Reply
  21. Black on 27/11/2019 15:34

    Masalahnya lc135 saya ni 120 pun menggigil nak sampai kejadah apa nya tu

    Reply
  22. afif on 12/12/2019 19:13

    kalau semua standard tapi tukar cdi ade apape kesan tak pada enjin?

    Reply
  23. acai on 30/12/2019 18:50

    aku open side mirror .
    papan plat pakai allen key …
    lampu dpn tukar smoke…

    insyaAllah
    dapat 199kmh

    Reply
  24. Loqz on 22/01/2020 22:51

    Korg tukar la ape barang skalipun TETAP TAYAR BELAKANG XBOLE POTONG TAYAR DEPAN….sembang mcm peehancing bole terbang…

    Reply
  25. Ijal on 26/01/2020 17:12

    Kalau untuk motor Honda Future 125, apa perlu ditukar untuk mendapat kelajuan maksima?

    Reply
  26. Toygar Işıklı on 04/03/2020 04:45

    Buang duit jer… bayar hutang motor lagi bagus dan simpan duit utk buat benda berfaedah

    Reply
  27. Faiz on 07/04/2020 19:51

    Kalo ex5 da tukar block 53, high cam, carb wave 125 nk kne tukar cdi ngn coil plug ke?

    Reply
  28. Burung Antu on 04/08/2020 11:41

    aku ade tips untuk motor korang jadi laju..
    1. kene tukar gaya perbelanjaan bulanan
    2. gaya saving tiap bulan pun kene tukar
    3. untuk kelajuan maksima, jangan boros
    4. beli ikut kemampuan bukan kepuasan..
    5. dah cukup bajet tu, angkat terus superbike kompom puas hati dan laju…. buaiku laju…
    #jangankecam

    Reply
  29. iqwan on 17/04/2022 02:31

    kalau tukar ecu kena dyno ke?

    Reply
    • Abang GYL on 18/04/2022 11:29

      sebaiknya

      Reply
  30. Senah on 26/09/2022 13:10

    tukar tayar pon boleh tambahkan kelajuan

    Reply
  31. Kamal on 27/05/2023 09:50

    Nak tahu, adakah Racing CDI dengan Racing Ignition Coil plug mengalami kesan sampingan yang sama?

    Apakah kelemahan Racing Ignition Coil Plug?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.