Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Fakta Tentang BMW F 850 GS (2019) yang Perlu Anda Tahu
Roda2

5 Fakta Tentang BMW F 850 GS (2019) yang Perlu Anda Tahu

Abang GYLBy Abang GYL07/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KHAS kepada mereka yang inginkan motosikal kembara! BMW Motorrad Malaysia mempertontonkan BMW F 850 GS (2019) sempena acara Nightfuel edisi ke-5 di Johor Bahru.

Dengan menjanjikan pengalaman tunggangan off-road luar biasa, F 850 GS (2019) tampil dengan rekabentuk sporty selain enjin diperbaharui. Ia juga direka untuk mengharungi pelbagai permukaan jalan seperti laluan berliku, berkerikil dan lain-lain.

Berikut 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai BMW F 850 GS (2019);

harga BMW F 850 GS (2019)

1. REKABENTUK MASKULIN & DINAMIK

Aspek rekabentuk, F 850 GS (2019) tampil dengan ciri ikonik seperti lampu depan asimetrik dan ‘flyline’ yang sinonim dengan jentera GS. Bahagian flyline itu menampilkan karakter tersendiri dan paruh depan (pengadang atas roda, bawah lampu utama) yang menyerlahkan lagi rupa paras model itu.

Malah, visor angin standard yang dilengkapkan pada F 850 GS (2019) boleh ditukar mudah, yang memudahkan pemilik menyesuaikan profil jentera mengikut kegunaan sama ada untuk tujuan off-road atau  tunggangan biasa.

2. ENJIN 2-SILINDER IN-LINE BAHARU

F 850 GS (2019) dipadankan enjin sebaris (in-line) 2-silinder 853cc berkuasa 95hp @ 8,250rpm dan 92Nm @ 6,250rpm dengan bantuan transmisi 6-kelajuan.

Bagi pengalaman lebih menyeronokkan, F 850 GS (2019) menawarkan 5 mod tunggangan: Dynamic, Rain, Road, Enduro dan Enduro Pro. Kombinasi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) menawarkan tahap keselamatan tinggi kepada penunggang.

3. SERONOK DITUNGGANG

Bagi respon lebih sensitif, roda depan dan belakang F 850 GS (2019) menonjolkan keperluan ciri tunggangan off-road dan penjelajahan. Roda depan disokong serampang teleskopik, manakala roda belakang dibantu swingarm aluminium  dengan monoshock.

F 850 GS (2019) juga dilengkapi set rim ‘cross-spoke’ aluminium dengan tayar tiubles 21-inci di depan. Ini secara tidak langsung memberikan kestabilan tunggangan selain mengoptimumkan keupayaan jentera untuk pengembaraan off-road sebenar.

F 850 GS (2019) turut menampilkan ruang kelegaan tanah lebih luas. Namun, bukan penunggang tinggi saja dapat menunggang jentera ini dengan selesa. Keupayaan tersebut dapat dicapai dengan panjang lengkungan peg kaki bahagian dalam yang dioptimumkan, termasuk ciri segi tiga ergonomik dipertingkat sekitar bar hendal dan pelana.

BACA >>> Benarkah BMW Sedang Siapkan G310RR (2019)?

harga BMW F 580 GS (2019)4. LENGKAP CIRI TERKINI

Walaupun dicipta untuk menghadapi laluan off-road, tetapi jentera ini tidak kurang dengan pelbagai ciri dan teknologi motosikal moden. F 850 GS (2019) didatangkan kluster instrumen digital, dipanggil Connectivity. Pelbagai maklumat dipaparkan pada skrin TFT berwarna 6.5-inci tanpa menjejaskan fokus penunggang.

5. ADA 3 WARNA PILIHAN

Lebih menarik, pemilik F 850 GS (2019) boleh memilih tiga gaya motosikal mengikut cita rasa tersendiri, iaitu:

  • Exclusive – Warna matte metalik ‘Pollux’ untuk gaya elegan.
  • Rallye – Warna putih (Light White), merah (Racing Red) dan biru (Lupin Blue) untuk gaya sporty.
  • Racing Red – Warna merah asas.

Bagaimanapun, jentera versi diimport sepenuhnya (CBU) dari Berlin itu akan berada di pasaran pada November depan. Harga pula masih lagi belum didedahkan. Apa yang pasti, kehadiran F 850 GS (2019) akan membuatkan peminat dua roda di Malaysia, terutama peminat motosikal advencer teruja mahu memilikinya.

BACA >>> BMW R1200GS Kini dengan Harga Mampu Milik dan Berkuasa Bateri

GALERI
meter BMW F 850 GS (2019)
harga BMW F 850 GS (2019)
The BMW F 850 GS (2019)
BMW F 850 GS (2019)
Advencer adventure touring BMW F 580 GS (2019) BMW F 580 GS (2019) malaysia BMW F 580 GS baru BMW Motorrad BMW Motorrad Malaysia enjin BMW F 580 GS (2019) harga BMW F 580 GS (2019) roda2 top speed BMW F 580 GS (2019) touring
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.