Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
Autotainment

5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia

ZYBy ZY25/01/20197 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADAKAH anda minat cafe racer seperti Triumph Twin Speed, tetapi bajet pula tidak mengizinkan?

Berita baik kerana tahun 2019 ini ada banyak pilihan buat anda yang gemarkan motosikal gaya retro ini, terutama dengan bajet sekitar RM15,000 sahaja. Walaupun tidak semua menepati definisi gaya cafe racer sepenuhnya, tetapi sedikit sebanyak masih mengekalkan ciri retro yang membezakan motosikal dalam senarai ini dengan motosikal moden lain yang bergaya ranggi ala jet pejuang

BACA >>> #RetroAuto: Apakah Itu Motosikal 'Cafe Racer'?

Makluman: Artikel ini sekadar pengenalan sahaja. Kami tidak mencadangkan setiap satu motosikal di bawah ini untuk anda beli. Seeloknya buatlah kajian dan selidik terlebih dahulu dengan melawat pusat jualan dan dapatkan respons pemilik di media sosial seperti Facebook.

1. KTNS GP 125 [RM5,950]

Paling kecil dalam senarai, GP 125 menawarkan gaya retro ikonik ini pada harga sangat mampu milik. Jika anda benar-benar mahu ride santai saja, tiada masalah kerana kelajuan maksimum GP 125 ini cuma 90kmj. Cukup laju kalau sekadar mahu ke masjid atau sertai mesyuarat PIBG anak di sekolah.

2. KTNS GP 250 [RM11,700]

Jika GP 125 di atas tidak cukup berkuasa, KTNS turut menawarkan versi 250cc, GP 250  dengan gaya hampir serupa seperti model 125cc menerusi tambahan fairing pada bahagian lampu depan. Output kuasa maksimum 15.4hp, manakala tork maksimum 19.5Nm @ 6,000rpm, cukup pantas utnuk memecut hingga 110kmj.

3. KEEWAY CAFE RACER 152 [RM6,521]


Cafe Racer 152 dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 149cc yang agak ringkas. Selain penyejukan cuma melalui udara, saluran bahan api masih menggunakan karburetor, tidak seperti jenama lain yang sudah mempelbagaikan model dengan teknologi suntikan bahan api aka FI. Dipadankan kotak gear klac manual 5-kelajuan, keupayaan jentera ini ialah 11.3hp @ 8,500rpm dna tork 11.1Nm @ 6,000rpm.

4. BRIXTON BX150R [RM9,588]


Jenama Brixton dari Austria ini dibawa masuk MForce Bike Holdings Sdn Bhd yang juga pengedar rasmi jenama SYM dan Benelli. Masih menggunakan enjin silinder tunggal 149cc penyejukan udara, tetapi tidak seperti cafe racer Keeway, BX150R disokong sistem suntikan bahan api yang lebih efisien.

Menariknya, BX150R menawarkan tiga varian gaya yang boleh dipilih. Selain cafe racer menerusi BX150R, ada juga BX150 dengan gaya retro biasa dan scrambler BX150X pada harga lebih murah.

5. ITALJET BUCCANEER [RM14,990]

Menariknya tentang cafe racer 250cc edaran CMC Motors ini ialah nadi 2-silinder SOHC V-Twin 60º, penyejukan udara dengan suntikan bahan api, iaitu konfigurasi tidak dijangka dalam segmen cafe racer bajet ini. Abaikan output kuasa  Buccaneer (Bukkanier?) yang cuma 17.4hp kerana deruman padat nadi V-Twin pasti mampu membuatkan jantung anda berderap kencang.

Tambahan lagi jika diberikan sentukan ekzos kustom seperti video di bawah:

brixton bx150 Cafe racer cafe racer malaysia cmc buccaneer keeway cafe racer ktns gp125 ktns gp250
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

29/04/2026
Roda2

Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

27/04/2026
Roda2

TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

28/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

23/04/2026

7 Comments

  1. Rosidi on 27/08/2019 19:43

    Saya ada sebuah motorsikal Yamaha YB100. Di mana saya boleh modified motorsikal saya untuk jadikan cafe racer style?

    Reply
    • Hanis Salleh on 17/12/2019 09:10

      Cuba anda hubungi tuan punya hungryghost customs en junaidi. Boleh Google.

      Reply
  2. md zabani on 17/12/2019 09:28

    Katros Garage Di Indonesia..

    Reply
  3. Donald Jo on 22/12/2019 16:32

    Agak² bila masok Kawasaki W175 & Yamaha XSR155 akan masuk pasaran Malaysia?

    Reply
  4. dk azmi on 04/06/2020 20:46

    Terbaik bos artikel. Harap boleh buat artikel konsep tiap tahun macam artikel smart phone.

    Senang compare 😄

    Reply
  5. Mr. Unknown on 30/04/2021 09:15

    Tumpang Tanya, keeway cafe racer sesuai x buat ulang alik keje pegi 50km + balik 50km?

    Reply
  6. Mr. Unknown on 30/04/2021 09:24

    Tumpang Tanya, klu keeway cafe racer buat ulang alik keje okay ke 50km pegi + 50km balik?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
MV Agusta F3 R 2026
Roda2

MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

By Abang Hirata22/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.