Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Kapcai Bajet Gaya Sporty (Harga +- RM4K Sahaja)
Autotainment

5 Kapcai Bajet Gaya Sporty (Harga +- RM4K Sahaja)

ZYBy ZY27/05/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA kata kena bayar mahal untuk dapat memiliki motosikal yang segak bergaya?

Menampilkan garis lekuk badan tajam dan strip grafik agresif, semua kapcai di bawah ini datang dengan imej serba ranggi dan sporty walaupun pada harga mampu milik, iaitu sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sahaja.

Jika berborak hal kuasa mungkin mengecewakan, apatah lagi kalau anda sudah terbiasa dengan kapcai premium yang lebih gah dan gagah. Namun, sebagai motosikal pertama yang mungkin mahu dihadiahkan kepada si anak remaja, atau sekadar mahu ke kebun dan pasar (motor belasahan katakan), pasti model-model dalam senarai ini sudah dapat memuaskan keperluan dan bajet anda.

1. DEMAK DVS 110

Macam pernah ku lihat, tapi di mana ya?”

Kapcai Demak mungkin menduduki tempat tercorot dalam pertandingan rekabentuk paling asli. Namun, sebab kenapa kapcai gaya sporty jenama tempatan ini menduduki senarai awal adalah kerana harga ditawarkan. Pada harga sekitar RM2,900 selepas rebat, dan rekabentuk agresif diilhamkan superbike Jepun, DVS 110 pasti pilihan terbaik untuk memuaskan hati anak remaja anda yang sedang merengek mahukan kapcai baru seperti rakan-rakan sekolah lain tanpa anda perlu pening kepala fikirkan hal pinjaman. Cukup saja keluarkan buku ASB.

Pesanan, jangan lupa pula tukar strip grafik sebelum bawa pulang ke rumah 😉

2. CMC ARIO 110

CMC ARIO 110 Malaysia
Chear Motor mungkin lebih dikenali sebagai pengedar motosikal berkuasa tinggi, tetapi jauh di sudut hati, pengedar dari Klang ini sebenarnya teringin mempunyai tempat di pasaran jentera dua roda kategori bajet dengan memperkenal CMC Ario 110, September tahun lalu.

BACA >>> CMC ARIO 110 Sedia Cabar Segmen Moped Di Malaysia – Harga RM3,988

Keseluruhannya, Ario 110 ialah kapcai 110cc dengan rekaan agresif. Walaupun sekali imbas ada persamaan dengan kapcai lain yang lebih berkuasa, tetapi tetap masih mengekalkan identiti dan ciri rekabentuk tersendiri.

Ario 110 menawarkan ciri tipikal motosikal masa kini seperti sistem kunci anti-kecurian, dan ruang simpanan bawah pelana yang cukup besar. Namun, pada harga sekitar RM3,988, Ario 110 perlu bersaing dengan kapcai jenama lain yang menawarkan ciri yang lebih mewah dan berkuasa.

3. SYM BONUS 110 SR


Dari segi rekabentuk, SYM Bonus 110SR versi facelift yang diperkenalkan dua tahun lalu ini mungkin tidak dapat menandingi model lain dalam kategori kapcai bajet, termasuk tewas dari segi rekabentuk. Tetapi Bonus 110SR menawarkan ciri bonus yang tiada pada pesaingnya, iaitu peg kaki boleh lipat (sesuai untuk ‘layan corner’)!

Selain itu, Bonus 110R turut dilengkapi cermin sisi dengan rekaan trendy seperti kapcai mahal. Tampak remeh, tetapi jika mengambil kira trend anak muda (terutama kalau mahu beri hadiah kepada si anak), cermin sisi sebegini sedikit sebanyak dapat menggalakkan anak anda menunggang dengan cermin sisi. Tidaklah mereka sampai hati sanggup membahayakan nyawa sendiri dengan menunggang tanpa cermin sisi yang katanya nampak hodoh dipandang. 😉

Harga ditawarkan sekitar RM3,800, seperti CMC Ario 110 yang bersaing bersama kapcai sekelas lain. Jika anda rasa peg kaki boleh lipat dan cermin sisi gaya sporty adalah penting, Bonus 110SR mungkin boleh dipertimbangkan.

4. SM SPORT 110R

brosur SM Sport 110R
Dilancarkan MForce Bike Holdings, ramai tersalah anggap kapcai ini berjenama SYM yang turut diedarkan pengeluar itu. Faktanya, jentera ini lebih hampir kepada kapcai Benelli RFS150i jika dilihat pada rekabentuk sebelah depan. Sebabnya, kedua-dua kapcai tersebut dibina pengilang motosikal dari China yang sama, iaitu Qian Jiang Motorcycle. Walaupun berharga tidak lebih RM4,000, ciri ditawarkan agak mewah juga dalam kelas kapcai bajet, seperti lampu siang dan signal LED, brek cakera depan dengan kaliper dwi piston dan suspensi belakang Kayaba.

BACA >>> SM Sport 110R Buatan Malaysia – Harga RM3,788 Seunit

5. MODENAS KRISS MR2


Modenas Kriss versi terbaharu yang dilancarkan pertengahan tahun lalu mungkin tidak cukup sporty dan dilengkapi ciri-ciri lebih mewah seperti abangnya, CT 115S. Namun, rekabentuk lebih agresif berbanding versi awal dan enjin silinder tunggal 110cc paling berkuasa dalam kelas (8.5hp pada 7,500rpm), serta ditawarkan pula pada harga menarik, sekitar RM3,890 saja, Kriss MR2 nyata antara pilihan terbaik jika anda cuma mahukan sebuah kapcai ringkas yang murah, berkuasa dan sedap mata memandang.

Baca >>> Inilah Motosikal Rakyat, Modenas Kriss MR2 – Harga RM3,890

5 kapcai bajet cmc CMC ARIO 110 Demak Demak DVS 110 Kapcai kapcai bajet Modenas modenas kriss modenas kriss mr2 Moped sm sport SM Sport 110R SYM SYM Bonus 110 SR underbone
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

21/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

18/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026

2 Comments

  1. Rahman Shukari on 11/02/2019 22:24

    Outlet mna ada jual modenas kris mr2 tu ya? Minat nk beli

    Reply
  2. Azzu on 27/04/2019 12:32

    Kat Mana no neli DSV 110.. item no. 1

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.