Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?
Auto Terkini

5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?

Han OthmanBy Han Othman18/02/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Hiace (2019) serba baharu dilancarkan secara rasmi semalam di Filipina dan debut global di luar Jepun bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan negara jiran itu ialah destinasi eksport tertinggi model tersebut sejak 2014. Malah, Hiace tahun lalu menguasai 54 peratus pasaran dalam segmen van penumpang dan komersial di negara tersebut

1. VARIAN DAN HARGA

Berikut ialah varian dan harga Hiace (2019):

  • GL Grand Tourer (AT), 14 penumpang – ₱2,220,000 (RM172,960)
  • GL Grand Tourer (MT), 14 penumpang – ₱2,145,000 (RM167,117)
  • GL Grandia (AT), 12 penumpang – ₱2,048,000 (RM159,559)
  • GL Grandia (MT), 12 penumpang – ₱1,973,000 (RM153,716)
  • Commuter Deluxe (MT), 15 penumpang – ₱1,590,000 (RM123,877)

Hiace Commuter Deluxe dan GL Grandia akan berada di pasaran seawal 5 Mac nanti, manakala GL Grandia Tourer (semua varian baharu) dijadualkan di pasaran awal April ini.

2. ENJIN 2.8L TURBODIESEL, TRASMISI MANUAL DAN AUTOMATIK

Hiace (2019) serba baharu dijana enjin 4 sebaris 2.8L turbodiesel, tetapi kuasa dan tork ditala berbeza mengikut varian seperti berikut:

  • GL Grand Tourer (AT) – 161hp @ 3,600rpm, 420Nm
  • GL Grand Tourer (MT) – 161hp @ 3,600rpm, 420Nm
  • GL Grandia (AT) – 174hp @ 3,400rpm, 450Nm
  • GL Grandia (MT) – 174hp @ 3,400rpm, 420Nm
  • Commuter Deluxe (MT) – 174hp @ 3,400rpm, 420Nm

GL Grand Tourer (AT/MT) menawarkan kuasa 161hp, manakala varian lain, GL Grandia (AT/MT) dan Commuter Deluxe berkuasa 174hp. Mengenai tork pula, semua varian memiliki daya kilas 42oNm, kecuali GL Grandia (AT) 450Nm. Masing-masing transmisi ialah 6-kelajuan untuk manual dan automatik. Tiada opsyen automatik untuk varian Commuter Deluxe.

3. CIRI STANDARD

Ciri standard diberikan untuk semua varian ialah tingkap kuasa, pengunci pintu, dan sensor pintu. 

Semua varian GL mendapat ciri kawalan stereng, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), dan Bantuan Mula Daki (HSA), termasuk paparan infotainment dengan 6 pembesar suara, manakala material kerusi ialah fabrik dan kulit vinil. Sebaliknya, varian Commuter Deluxe diberikan sistem audio 2-DIN (gambar atas kanan) dengan 4 pembesar suara, dengan material kerusi cuma fabrik.

BACA >>> Toyota Hiace (2019) Serba Baharu, Ada Bonet Lancar Tahun Ini?

Varian GL Grandia Tourer mendapat barisan tempat duduk tambahan. Tiga barisan pertama ialah kerusi jenis bangku @ bench dengan penyandar boleh laras individu. Kerusi paling belakang menggunakan kerusi jenis bangku 50:50. Ciri unik lain ialah paparan TFT 4.2 inci (untuk AT), cermin pandang belakang (RVM) elektrokromatik, lampu siang, brek cakera belakang, 19 pemegang cawan, dan monitor belakang yang disepadukan ke dalam RVM.

4. MUAT 12-15 PENUMPANG

Varian Commuter Deluxe  mampu memuatkan 15 penumpang, termasuk pemandu pada satu-satu masa, manakala GL Grand Tourer (14 penumpang) dan GL Grandia (12 penumpang).

5. RIM ALOI, BREK CAKERA BELAKANG UNTUK VARIAN ATAS

Rupa luaran Grand Tourer dan Grandia ialah rim aloi, manakala Commuter Deluxe diberikan rim besi (gambar atas kanan) berpenutup penuh, juga tiada lampu siang (DRL) LED. Brek belakang  pula menggunakan jenis dram, berbanding Grand Tourer dan Grandia yang dipasangkan brek cakera pada keempat-empat roda.

GALERI

HIACE GL GRANDIA/GRAND TOURER
Kredit: TopGearPhilippines

HIACE COMMUTER DELUXE
Kredit: TopGearPhilippines

Hiace Roda4 Toyota Toyota Filipina Toyota Hiace (2019) UMW Toyota Motor Van Van Komersial Van Penumpang
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026

2 Comments

  1. Agus Hanifianto Bin Rusman on 26/08/2020 12:48

    Bila masuk Malaysia??

    Reply
  2. Rin on 14/09/2020 22:24

    Lama dah tunggu

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.