Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Ciri Istimewa Ducati Multistrada 1260 (2018) yang Lain daripada Lain
Roda2

5 Ciri Istimewa Ducati Multistrada 1260 (2018) yang Lain daripada Lain

AryonBy Aryon10/06/20188 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI Multistrada secara kasar mungkin nampak seakan tidak berubah berbanding model terdahulu, tetapi Multistrada 1260 (2018) baharu menampilkan naik taraf tersendiri sebagai tambahan kepada pakej versatil sedia ada untuk dinikmati peminat sport touring itu.

Semua kemas kini dan naik taraf Multistrada 1260 (2018) bolehlah dibahagikan kepada 5 ciri terbaik seperti dinyatakan di bawah ini:

1. ENJIN: 1262cc DESMO YANG SERBA MENDEBARKAN


Ducati Multistrada 1260 (2018) berkongsi enjin sama dengan XDiavel, tetapi diberikan talaan baharu. Sama seperti cruiser itu, enjin besar L-Twin DVT direka untuk menawarkan limpahan daya tork daripada rev rendah hingga pertengahan.

Menerusi Multistrada 1260, Ducati menala enjin 1262cc bagi mendapatkan ekstra tork dalam rpm rendah dengan tork maksimum 129Nm pada 7,500rpm. Malah, Ducati mendakwa 85 peratus henjutan tork itu dapat dicapai pada rev serendah 3,500rpm.

BACA >>> 5 Alasan Ini Mungkin Buatkan Anda Tidak Jadi Beli Superbike!

Istimewanya, walaupun tork ditingkatkan pada rev rendah dan pertengahan, semua itu dapat dicapai tanpa kehilangan banyak kuasa puncak. Ducati turut menempatkan semula pam air antara silinder ke sisi kiri enjin, termasuk membikin semula saluran ekzos supaya serasi dengan casis Multistrada.

Enjin sama yang turut digunakan barisan Ducati lain mungkin membuatkan Multistrada 1260 (2018) tiada perbezaan ketara. Tetapi talaan dilakukan mampu membuatkan si penunggang tersenyum di selekoh. Tiada simpang dan selekoh yang tidak mampu diatasi walaupun anda perlu bersabar dengan hirupan bahan api mendadak. Selain itu, memang tiada isu.

2. ANEKA PELARASAN: ‘MOTOSIKAL DENGAN PISAU SWISS ARMY’


Daripada Suspensi Skyhook Ducati (DSS) semi-aktif hingga opsyen mod tunggangan (yang akan mengubah profil prestasi), termasuk tiga posisi tinggi pelana, anda sebenarnya boleh menala Ducati Multistrada 1260 (2018) menjadi hampir apa saja jenis motosikal yang anda mahukan.

Ada 4 mod tunggangan boleh dipilih. Sekadar perbandingan, kebanyakan motosikal cuma boleh menukar output kuasa kuda (hp) dan sesetengah lagi pula mungkin setakat menetapkan Kawalan Traksi (TRC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Tetapi, tidak bagi Multistrada baharu ini kerana setiap kali anda menukar mod tunggangan, maka setiap kali itulah hidup anda berubah!

BACA >>> Ducati Multistrada 950 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM85,900

Mungkin nampak berlebih-lebihan. Bagaimanapun, motosikal ini memberikan anda pilihan mengubah tetapan ABS, TRC, kawalan wheelie, suspensi prabeban, dan pemetaan bahan api, manakala bagi varian S, DSS akan melaraskan semua ciri tersebut ketika sedang menunggang.

Sesetengah mendakwa pelarasan yang ada terlalu banyak dan tidaklah terlalu mengujakan. Tetapi kata-kata orang itu mungkin kerana dia belum lagi mencuba ciri tersebut yang mampu ditala sehalus mungkin agar menepati profil jentera yang menepati selera tunggangan anda pada satu-satu masa.

Apa yang pasti, Multistrada 1260 (2018) sememangnya sebuah sport-touring yang sangat versatil!

3. QUICKSHIFTER: SPORT TOURING DENGAN JIWA SPORT


Ducati Multistrada 1260 (2018) mungkin sport-touring paling sporty yang anda boleh miliki dengan kuasa 158hp pada 9,500rpm dan tork 129Nm (7,500rpm). Sudah tentu ada model jenama lain yang mampu mengatasi angka kuasa tersebut. Namun, semua itu pasti tidak dapat mengatasi fiil hantaran kuasa talaan Multistrada yang mampu memberikan keseronokan maksimum kepada si penunggang. Inilah keistimewaan warisan jentera touring Ducati turun-temurun.

Ciri baharu Multistrada S dan edisi Pikes Peak ialah DQS (Ducati Quickshift) atas-bawah. Walaupun perlu melenjan Multistrada 1260 ini dengan suspensi keras, DQS akan memastikan pengalaman tunggangan anda sentiasa menyeronokkan. Anjakan ditala lebih lancar dengan ngauman bunyi kuat terlontar dari enjin kembar setiap kali menukar gear.

4. JARAK RODA PANJANG?


Ducati Multistrada 1260 (2018) kini 2.2 inci lebih panjang berbanding model terdahulu membabitkan penambahan ketara jarak roda. Penambahan itu bukan hanya membabitkan lengan ayun yang kini 1.9 inci lebih panjang, tetapi juga dimensi rak dari 24° kepada 25°, dan trel dinaikkan 0.2 inci.

Bagi jentera sport, dimensi tersebut jarang dilakukan. Ini kerana kebiasaannya apabila ciri kestabilan ditambah (supaya sepadan dengan objektif Multistrada baharu), model itu terpaksa mengorbankan aspek pengendalian yang akan jadi sedikit perlahan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu ‘Quick Shifter’ untuk Motosikal?

Apapun, Multistrada 1260 masih tetap pantas dan tangkas dalam aspek pengendalian. Mereka yang pernah menunggang Multistrada versi terdahulu mungkin perasan perbezaan tersebut. Multistrada 1260 juga boleh dianggap jentera yang pantas jika mengambil kira faktor saiz.

Mungkin disebabkan ciri Suspensi Skyhook Ducati (DSS) atau rim lebih ringan 0.34kg, dan boleh jadi juga kombinasi kedua-dua pakej berkenaan.

5. TEMPOH SENGGARA DILANJUTKAN


Antara perkara menakjubkan dilakukan Ducati sejak beberapa tahun kebelakangan lalu ialah melanjutkan tempoh masa penyenggaraan yang sebelum ini menjadi sebab kenapa ramai pembeli berjauh hati dengan motosikal jenama Itali.

Apabila Multistrada mampu menawarkan tempoh penyenggaraan yang lebih panjang, Ducati perlahan-lahan mula membuka hati pembeli berpotensi. Penukaran minyak enjin dilanjutkan hingga 15,000km, manakala servis Desmo perlu dibuat setiap 30,000km. Manfaat tempoh servis ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada ramai pembeli baharu untuk mencuba jenama Ducati, manakala pemilik sedia dapat terus menikmati model-model baharu jenama Itali itu.

SUMBER: Motorcycle.com

Ducati Ducati Multistrada 1260 (2018) motosikal roda2 sport-touring
Aryon

Artikel Berkaitan

Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

03/02/2026
Hanway BOB250 bakal lancar hujung Februari 2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

31/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

30/01/2026
Roda2

Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu

28/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

By Syafie27/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.