Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Alasan Ini Mungkin Buat Anda Tidak Jadi Beli Kawasaki Ninja 250 (2018) Baharu
Autotainment

5 Alasan Ini Mungkin Buat Anda Tidak Jadi Beli Kawasaki Ninja 250 (2018) Baharu

ZYBy ZY15/10/20189 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Ninja 250 (2018) baharu atau Ninja 250 STD mendapat respons positif pembaca berdasarkan artikel tunggang uji kami beberapa hari lalu. Dengan kuasa tertinggi dalam kelas, tidak sukar meramalkan kemampuan jentera itu menarik minat ramai bakal pembeli.

Namun, tidak semua pembeli membuat penilaian pada kuasa semata-mata.

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) – Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

Berikut antara masalah, kekangan atau alasan ditemui yang mungkin membatalkan hasrat anda memiliki Ninja 250 terbaharu ini.

1. TANGKI MINYAK LEBIH KECIL

Perubahan frem dan posisi kotak angin (kini di bawah tangki) antara punca tangki minyak Ninja 250 baharu dikecilkan

Sudah berniat memiliki Ninja 250 sejak sekian lama, dan salah satu ciri utama yang anda mahukan ialah tangki minyak besar, iaitu 17 liter?

Sayang sekali kerana anda perlu tahu tangki minyak model baharu ini lebih kecil, 14 liter sahaja (sama dengan pesaing, Yamaha R25).

Perbezaan sebanyak 3 liter mungkin kecil atas kertas, tetapi dengan kemampuan jentera mencapai tahap ekonomi bahan api 40km/liter (dengan kelajuan santai 100kmj), membawa kepada perbezaan jarak kira-kira 120km. Bagi anda yang kerap berulang-alik jarak jauh, fakta ini mungkin membuatkan anda lebih tertarik untuk beralih kepada sportbike 250cc lain yang menawarkan tangki minyak lebih besar (setakat ini cuma Naza Blade 250 dan Kawasaki Ninja 250 lama sahaja).

2. TIADA ABS DAN BELUM ADA VERSI ABS

Jangan salah faham. Ini cuma RS200 yang disumpah menjadi Kawasaki H2

Memandangkan Ninja 250 dipasarkan kepada mereka yang masih berjinak-jinak menunggang ‘motor besar’, ketiadaan ABS agak mengecewakan memandangkan ciri itu sudah ada pesaing, Modenas Pulsar RS200.

Mungkin ada memandang remeh, tetapi jika ditanya kepada pemilik Pulsar, rata-rata penunggang model itu (yang baru naik taraf) berterima kasih dengan ciri ABS dimiliki jentera tersebut kerana memang terbukti berkesan mengelak kemalangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

Buat masa ini kami difahamkan Ninja 250 versi ABS bakal menemui pasaran tempatan sekitar penghujung tahun ini. Jadi jika ciri itu sangat penting, anda mungkin perlu menunggu lebih lama lagi.

3. TIADA WARNA HIJAU KAWASAKI

Ninja 250 versi Hijau yang ditawarkan Kawasaki Indonesia. Simple dan hensem!

Bagi peminat Kawasaki, tidak lengkap jika jentera pilihan mereka tidak diserikan dengan warna ikonik jenama itu. Ninja 250 STD cuma ditawarkan dalam warna kuning-kelabu dan merah-kelabu. Ini mungkin mengecewakan anda.

BACA >>> #RetroAuto: Asal Usul Hijau yang Kini Jadi Warna ‘Trademark’ Kawasaki

Kami jangka versi istimewa Ninja 250 SE mungkin ditawarkan pada masa akan datang dalam warna hijau itu. Cuma buat masa ini, tiada lagi perkhabaran diterima. Jika benar terdesak, Kawasaki Indonesia ada menawarkan Ninja 250 (2018) dalam warna hijau dan hitam, mungkin boleh cuba import sendiri?

4. HARGA PALING MAHAL DALAM KELAS BEGINNER

Dah beli motor baru takkan nak lepak bawah jambatan lama-lama lagi?

Dengan tanda harga sekitar RM23,000 (tidak termasuk cukai dan insurans), Ninja 250 (2018) ketara lebih mahal berbanding pesaing dalam kelas 250cc seperti Yamaha YZF-R25 dan KTM RC250 yang rata-rata berharga sekitar RM20,000. Malah, Ninja 250 sebelum ini masih lagi ditawarkan dengan harga sekitar RM19,000 sahaja.

Memandangkan perbezaan kuasa dalam segmen sama tidak begitu ketara, terutama untuk kegunaan harian, jadi perbezaan sekitar RM3,000 hingga RM4,000 boleh dimanfaatkan untuk membeli aksesori menunggang seperti helmet dan jaket baru ataupun baju hujan yang lebih berkualiti.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan

5. TIDAK CUKUP SPORTY

Hendal clip-on rendah, brek cakera kembar dan paip ‘mesin basuh’ – barulah sporty!

Walaupun paling berkuasa dalam kelas, antara rungutan dan komen yang kami terima daripada peminat sportbike – Ninja 250 tidak rasa seperti sebuah sportbike! Kepada anda yang baru hendak menaik taraf segmen motosikal, Ninja 250 (2018) mungkin sudah cukup sporty dengan gaya fairing dan ukuran dimensi besar.

Namun, jika sudah berpengalaman menunggang sportbike yang lebih berkuasa seperti Yamaha YZF-R1, Aprilia RSV4 (atau sama spesies dengannya) dan mahukan sportbike lebih kecil untuk mainan harian, atau juga mungkin sudah bosan menunggang naked bike, anda pasti merasakan Ninja 250 (2018) mengalami kecelaruan identiti.

Persamaan jelas Ninja 250 dan Ninja H2 boleh dilihat pada gaya winglet depan dan ekor

Ini kerana walaupun mempunyai rupa diilhamkan daripada Kawasaki H2, ergonomik Ninja 250 ini masih mengekalkan ciri-ciri motosikal touring; hendal clip-on tinggi, pelana mendatar dan aras peg kaki lebih ke depan.

Tidak dinafikan ergonomik Ninja 250 (2018) lebih diminati pembeli baharu. Namun tidak bagi mereka yang mahukan sebuah motosikal fairing 250cc dan inginkan gaya tunggangan sporty yang hampir kepada jentera lumba. Jika anda kurang berkenan dengan Ninja 250, ada alternatif lain yang lebih memenuhi cita rasa itu seperti KTM RC 250 atau RC 390 yang lebih berkuasa dan boleh didapati pada harga bawah RM25,000.

Mungkin Kawasaki boleh perkenalkan semula versi supersport, ZX2R yang lebih berorientasikan perlumbaan pada masa akan datang? Kami cuma boleh berharap.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZXR250 – Legenda Superbike Mini, 4-Silinder 250cc!

kawasaki ninja kawasaki ninja 250 2018 kawasaki ninja 250 2018 hijau kawasaki ninja 250 abs kawasaki ninja 250 hijau Kawasaki Ninja 250 STD kawasaki zx2r masalah ninja 250 2018 ninja 250 2018 se ninja 250 se ninja 250 special edition roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Morbidelli T502X 2026
Roda2

Morbidelli T502X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

20/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

20/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

20/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

20/04/2026

9 Comments

  1. Azriel on 05/10/2018 12:24

    Bos, ada tambahan lagi.

    Sekiranya Tuan perasan, tulang sport rim pada Ninja 250 yang baru ni agak kecil dan nipis. Saya ada maklumkan kepada staff Kawasaki juga tentang isu tersebut semasa AOS 2018 di Serdang, baru-baru ini.

    Sekian.

    Reply
    • Azhari Baharuddin on 14/10/2018 18:42

      Design tulang sport rim lebih ringan tak sama macam dulu ikut model abg nyer. Bro design dia terbalik kerana impact kuat ditengah.. Design sebegini bukan cikai org suka buat, kawasaki mempunyai kualiti terbaik dari pesaing nyer. TQ

      Reply
    • ZY on 15/10/2018 14:16

      1. Bab design, kami akui rekaan baru ini lebih ringkas… ada yang suka, tapi ramai yang tak.
      2. Dari segi ketahanan, kami percaya rim Enkei yang dibekalkan memadai untuk kegunaan Ninja 250 ini.

      Reply
  2. Jonathan rea on 14/10/2018 15:03

    Biar betol 40km/l..?? Mana boleh sport touring nak disamakan dengan sportbike..walaupun tangki 14 liter, dengan teknologi kecekapan minyak, ia sudah memadai hanya 14 liter…Penulis Tak test ride lagi r tu….

    Reply
    • ZY on 15/10/2018 13:36

      1. 40km/liter dengan kelajuan santai 100kmj. Sekali lagi diulang – dengan kelajuan santai. Cuba tunggang uji sendiri, bawa dengan kelajuan tu di highway. Tengok bacaan fuel ekonomi dekat meter Ninja 250 sendiri ada dapat tak angka 35-40km/liter.

      2. Kami tak kata pun tangki 14 liter tu tak cukup. Yang kami nak bagitahu, kalau ada pembaca memang dah lama aim Ninja 250 sebab tangki dia besar untuk jalan jauh, model baru ni tangki lebih kecil. So dekat sini ada dua pilihan yang jelas, nak tangki besar ambil model lama. Tak kisah tangki kecil sedikit, ambil model baru. Fuel economy lebih kurang je antara dua model Ninja 250 ni.

      Reply
  3. Paul on 14/10/2018 15:42

    Page bodoh . Information pun bodoh . Macam tak buat research langsung . Aku dah tengok depan mata dan dah test ride . Aku compare R25, RC 250, Ninja 250 . Pada aku Ninja 250 paling sedap riding position sport touring. Top speed pun 183-190kmh . Even 14L tank tapi minyak save gila kot . Full tank boleh pergi 430km+- . Review paling bodoh pernah aku baca . Boooo tutup je page ni

    Reply
    • ZY on 15/10/2018 14:03

      1. Memang lah paling sedap, sebab bukan ergonomik sportbike (*tepuk dahi baca komen ni). Tak ada pun kami kata Ninja 250 ni riding tak sedap, yang pasti tak rasa sporty. Banyakkan lagi test ride ataupun cuba bergaul dengan orang-orang yang dah lama menunggang sportbike/superbike.

      2. Ada smartphone kan? Cuba buat test top speed guna app GPS Speedometer. Jangan kecewa pula nanti tengok kelajuan sebenar.

      3. Bab tangki ni kami dah terangkan kat komen sebelum ni, boleh rujuk di atas.

      Reply
  4. Azhari on 14/10/2018 18:49

    Minta review bagi yg sudah pakai Bro, kalau ikut personal taste anda bukak blog sendiri. Komen ABS saya akui ada kekurangan kerana keperluan ABS sangat penting. Yang lain kelaut Bro punya komen.

    Reply
    • ZY on 15/10/2018 14:09

      Review tunggang uji kami dah post sebelum ini. Artikel ini sebagai komentari tambahan dan faktanya, perkara-perkara yang kami sentuh ini adalah feedback peminat dan pemilik sendiri, bukan ditaip ikut sesedap hati penulis sahaja. Harap maklum.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.