Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»47moto Mosquito – Jelmaan Semula SYM T2 dengan Gaya Streetfighter Amerika!
Roda2

47moto Mosquito – Jelmaan Semula SYM T2 dengan Gaya Streetfighter Amerika!

ZYBy ZY21/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA bukan Safee Sali dan Syamsul Yusof saja, Samarzja juga suka menunggang SYM hingga dia pun turut menjadikan model streetbike dari Taiwan sebagai asas motosikal terbarunya, 47moto Mosquito.

SIAPAKAH SAMARZJA?

Bukan calang-calang orang, beliau ialah bekas pengurus rekaan untuk jenama pengeluar motosikal Amerika Syarikat (AS) – Buell selama 17 tahun. Kini Mike Samarzja melalui jenama motosikal sendiri, 47moto mahu menghasilkan jentera bersesaran rendah yang sesuai untuk tunggangan urban Amerika, iaitu sebuah jentera yang kecil, mesra penunggang, ekonomi dan ada gaya.

Jadi, Samarzja memutuskan memilih model SYM T2 250i sebagai motosikal asas untuk pembinaan streetfighter sulung mereka, 47moto Mosquito. Diimport terus secara CBU ke AS, motosikal Taiwan itu kemudian dileraikan hingga tinggal enjin SOHC 250cc silinder tunggal, transmisi 6-kelajuan, rim 17-inci dan brek depan boleh laras dengan kabel keluli sirat.


BACA >>> SYM Super Moped 175i Sah Masuk Malaysia Tahun Depan – Harga Sekitar RM8,000?

Pertama sekali, badan asal T2 250i diganti dengan kerangka yang cukup unik dalam kelas 250cc yang mana menampilkan rekaan frem modular, membenarkan alas pemijak, hendal dan ketinggian pelana boleh dilaras tanpa mengubah tetapan suspensi motosikal tersebut.

Jelas sekali ciri tersebut memudahkan penunggang baru, apatah lagi berpengalaman untuk mendapatkan prestasi dan kualiti tunggangan yang menepati cita rasa masing-masing tanpa perlu berbelanja lebih melakukan modifikasi tambahan.

BAK ADIK DUCATI

SYM T2 250i
47MOTO MOSQUITO

Akhir sekali, penampilan streetfighter itu disudahkan dengan semburan warna merah terang pada fairing dan pelana tunggal rekaan 47moto sendiri bersama padanan warna emas pada frem modular tersebut, membuatkan si Mosquito ini tampak seperti ‘adik’ Ducati Streetfighter jika dipandang dari jauh.

Walaupun rupanya garang, Mosquito masih mengekalkan spesifikasi asal T2 250i dengan enjin silinder tunggal 250cc berkuasa 25hp dan kelajuan maksimum 145kmj.

Ada peminat di Malaysia yang sudah tertarik? Maaf, 47moto Mosquito cuma dijual di pasaran AS sahaja. Namun, pada harga setinggi AS$4,995 (RM21,000) untuk streetfighter 250cc yang sekadar mampu memecut 145kmj, rasanya tidak dibawa masuk ke Malaysia pun tidak apa, betulkan? 😛

GALERI

47MOTO MOSQUITO
SYM T2 250i
47moto 47moto mosquito buell buell motorcycle mike samarzja Roda roda2 SYM sym t2 SYM T2 250i
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.