Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»300 Unit MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Edisi Terhad Habis Dijual!
Auto Terkini

300 Unit MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Edisi Terhad Habis Dijual!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MUNGKIN jualan memberangsangkan ini sedikit sebanyak membantu MV Agusta mengatasi masalah kewangan yang dihadapi pengeluar itu.

Baru saja tempahan awal dibuka Jun lalu, MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro tidak perlu menunggu lama untuk menghabiskan 300 unit model edisi terhad itu.

MV Agusta dalam satu kenyataan memaklumkan semua unit sudahpun ada pemilik masing-masing, dengan tempahan dibuat secara atas talian dan media sosial sahaja. Malah, 300 unit Brutale 1000 Serie Oro juga habis dijual.

BACA >>> Tempahan MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Dibuka, Cuma 300 Unit Dikeluarkan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov berkata, perkembangan terbaharu itu menjadi bukti MV Agusta kini atas landasan betul dalam meneruskan tradisi jenama tersebut menerusi inovasi berterusan, prestasi mengagumkan dan rekabentuk hebat.

“Seramai 600 peminat motosikal sedunia menunjukkan penghargaan buat jenama ikonik dan motosikal unik ini. Kami akan lakukan apa saja untuk membuatkan mereka bangga memiliki karya seni ini,” katanya.

BACA >>> MV Agusta Dedah Harga Brutale 1000 Serie Oro Edisi Terhad, RM201,700

Superveloce Serie Oro yang bakal dilancarkan tahun depan, dijual pada harga €27,990 (RM131,300) seunit. Superbike ini dibina berasaskan model F3 800 dengan sentuhan klasik  jentera Grand Prix (GP).

Model yang dipamerkan  pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 itu, dijana enjin 3-silinder 798cc berkuasa 148hp @ 13,000rpm  dan tork 88Nm @ 10,600rpm.

Pembangunan superbike tersebut dimulakan dengan asas casis, enjin dan brek F3 800. Namun, untuk Superveloce, MV Agusta melakukan pemetaan semula ke atas enjin untuk mendapatkan julat pertengahan lebih baik.  MV Agusta turut bekerjasama dengan SC-Project untuk menghasilkan ekzos asimetri 3-1-3  sebagai tribut kepada sejarah perlumbaan MV Agusta.

BACA >>> MV Agusta Bakal Perkenal Superveloce Versi Pengeluaran Massa yang Lebih Murah

SUMBER: Visordown

jualan MV Agusta MV Agusta Superveloce 800 MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro roda2 sold out superbike tempahan Tempahan dibuka Timur Sardarov
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
    Auto Terkini

    Tonto Bakal Berdepan Penjara 5 Tahun, Denda Sehingga RM50,000!

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Lumba Haram Bakal Ada Hukuman Baharu, Apa Anda Perlu Tahu Tentang Seksyen 42A?

    24/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    24/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.