Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»3 Vespa Edisi Terhad Kini di Malaysia – Harga Bermula RM17k
Roda2

3 Vespa Edisi Terhad Kini di Malaysia – Harga Bermula RM17k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA PREMIRA SDN BHD, pengedar jenama Vespa di Malaysia rasmi memperkenalkan tiga skuter edisi terhad: Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon dan Vespa Sei Giorni. Kehadiran tiga model tersebut dijangka dapat memenuhi kehendak gaya hidup peminat skuter premium yang berbeza.

VESPA 946 (RED)


Skuter edisi khas berselimut warna merah Ferrari ini menampilkan rekabentuk futuristik tanpa menghilangkan imej retro khas yang sebati dengan jenama ikonik itu. Nama 946 itu sendiri diambil daripada tahun kelahiran jenama tersebut pada 1946. Model berkenaan didatangkan dengan komponen aluminium pada madgad dan pelindung sisi yang berfungsi menampung enjin, transmisi dan komponen mekanikal lain.

BACA>>>Vespa 946 Red Edition – Model Khas Sempena Perangi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria

Bagi memastikan keselamatan maksimum, sistem brek menggunakan cakera berkembar dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan Anti-Slip inovatif, termasuk dipasang ciri Kawalan Traksi ASR. Dijana oleh enjin 150cc silinder tunggal, Vespa 946 (RED) dijual pada harga RM66,000 seunit.

VESPA SPRINT CARBON


Vespa Sprint Carbon ini begitu sesuai buat pelanggan yang aktif. Ia dibina untuk meningkatkan keseronokan menunggang dan keselamatan melalui rangkuman warisan dan tradisi keremajaan vespino. Saiz kecil dan badan ringan menawarkan pengendalian lincah di bandar.

Material badan keluli dipadankan dengan lampu depan segi empat tepat dan rim aloi aluminium 12 inci. Skuter Itali ini masih mengekalkan enjin silinder tunggal 4-lejang dan tiga injap i-Get bersesaran 150cc berkuasa 12.7hp dan tork 12.8Nm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan kotak gear automatik CVT.

BACA>>>#BIMS2018: Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition Versi Thailand, ฿129,000 (RM15.9k)

Sebagai tambahan, Vespa Sprint Carbon didatangkan dengan rangkaian peralatan soket USB yang terletak dalam plat ruang simpanan depan dan ciri peralatan standard Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Tersedia dalam warna hitam, Vespa Sprint Carbon berharga RM17,400 seunit.

VESPA SEI GIORNI


Mengimbau kembali ciri klasik Vespa, Vespa Sei Giorni adalah pewaris kepada Vespa Sport Sei Giorni asli yang dibangunkan khas untuk pertandingan “Sei Giorni Internazionale di Varese” 1951 dengan kemenangan sembilan emas. Tidak perlu dipertikaikan lagi, Sei Giorni adalah versi khas yang didatangkan dengan plat edisi nombor dan Edisi Khas pada ruang simpanan depan.

Elemen karakter Vespa Sei Giorni diserlahkan menerusi lampu depan rendah pada bahagian fender dan bar hendal seperti Vespa Sei Giorni asli serta paip logam terdedah. Di samping itu, penampilannya ditingkatkan dengan grafik nombor hitam/putih dari livery Vespa serta aksesori semburan cat hitam bersama perincian merah.

BACA>>>Mat Motor Ini Jual 7 Vespa untuk Selamatkan Penyu

Skuter itu juga dipadankan dengan pelana acah tunggal bagi memberikan imej sporty.  Vespa Sei Giorrni menggunakan enjin 300cc silinder tunggal 4-injap yang menghasilkan kuasa 21.2hp dan tork 22Nm. Tidak ketinggalan turut tersedia port USB dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Tersedia dengan warna hijau, Vespa Sei Giorni berharga RM38,000 seunit.

GALERI
VESPA 946 (RED)
VESPA SPRINT CARBON
VESPA SEI GIORNI
NAZA Premira Sdn Bhd roda2 skuter Vespa Vespa 946 (RED) Vespa 946 RED Edition Vespa Sei Giorni Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition Vespa Sprint Carbon
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.