Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018MotoGP: Red Bull KTM Pula Dedah Seragam Baharu RC16, Sasar 6 Terbaik
Auto Terkini

#2018MotoGP: Red Bull KTM Pula Dedah Seragam Baharu RC16, Sasar 6 Terbaik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASANGAN duo pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Bradley Smith (38) dan Pol Espargaro (44) mendedahkan jentera baharu masing-masing yang tidak banyak perubahan ketara, terutama dari segi luaran, menjelang pusingan pertama Kejuaraan MotoGP 2018 di Qatar hujung minggu ini. KTM RC16 dilancarkan di hangar milik Red Bull di Lapangan Terbang Salzburg, Austria.

Jentera digunakan kelihatan tampil sama seperti model tahun lalu, tetapi sebenarnya hampir keseluruhan seragam motosikal itu ialah baru. Tahun ini ialah tahun kedua perlumbaan kelas premier bagi pasukan Red Bull KTM.

BACA >>> #2018MotoGP: Alma Pramac Racing Perkenal Seragam Baharu Ducati

Musim ini, KTM masih meneruskan barisan pelumba sama tanpa perubahan. Espargaro menjadi penanda aras pantas bagi KTM pada ujian pertama di Litar Antarabangsa Sepang, tetapi pelumba Sepanyol itu terlepas ujian Buriram selepas terbabit kemalangan di Malaysia.

Espargaro kembali menunggang pada hari kedua di Qatar, tetapi Smith lebih pantas dalam sesi ujian pramusim akhir MotoGP dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14 pada hari ketiga, juga terakhir.

TIADA LAGI MODIFIKASI FAIRING

Musim ini KTM tidak lagi dibenarkan mengubah fairing tanpa had sepanjang musim berbanding tahun lalu kerana masih berstatus pasukan lumba baharu.

“Apa yang bagus menunggang KTM ialah anda tidak tahu di mana akan tamat.

“Tiada siapa akan cakap, permulaan tahun lalu kami bermula di petak kedua terakhir dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan 10 teratas.

“Kami mahu bermula di mana kami tamatkan tahun lalu, berjuang untuk 10 terbaik, tetapi di mana kami berakhir, kami pun tidak tahu. Kami mahu tamatkan perlumbaan dalam 6 teratas, kami mahukan keputusan terbaik,” kata Espargaro.

GALERI
2018 MotoGP Bradley Smith KTM MotoGP 2018 Pol Espargaro Red Bull Red Bull KTM Red Bull KTM Factory Racing
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    By Abang Hirata23/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.