Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»15 Fakta Pantas: Spesifikasi Mitsubishi Xpander Versi Indonesia + Foto Dalaman, Luaran
Roda4

15 Fakta Pantas: Spesifikasi Mitsubishi Xpander Versi Indonesia + Foto Dalaman, Luaran

Han OthmanBy Han Othman15/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) dijangka memperkenalkan Xpander ke pasaran tempatan susulan tular foto intip model kenderaan pelbagai guna itu, semalam.

Menariknya, model itu dikhabarkan dipasarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD), sekali gus memberi bayangan tentang harga MPV 7 kerusi itu yang pasti berada dalam julat mampu milik.

BACA >>> #Spyshot: Mitsubishi Xpander Dikesan di Malaysia, Siap Sedia Lancar Tahun Ini?
BACA >>> #PanduUji: Perodua Aruz atau Honda BR-V? Ini Jawapan Kami!

Di Indonesia, Xpander sudah dilancarkan sejak penghujung 2017 pada harga bermula Rp201,100,000 (RM58,126) hingga Rp255,900,000 (RM73,965). Pasaran pasti jadi cukup kompetitif jika MMM mengekalkan harga yang lebih kurang sama dengan versi Indonesia, atau mengikut jejak langkah Honda menerusi BR-V.

Apapun, kita baca dulu 15 fakta pantas dan menarik tentang Xpander versi Indonesia ini:

1. Gaya depan menampilkan rekabentuk falsafah Dynamic Shield, yang juga digunakan pada model baharu Mitsubishi lain seperti Outlander PHEV, Pajero Sport dan Eclipse Cross, serta Triton baharu.
2. Lampu depan dipadankan dengan lampu posisi LED, manakala belakang daripada jenis kombi LED.

3. Ada penyaman udara di tempat duduk barisan kedua untuk semua varian.
4. Kerusi barisan kedua boleh dilipat 60:40, manakala barisan ketiga 50:50.
5. Kerusi tengah di barisan kedua boleh diturunkan untuk dijadikan perehat lengan atau mengisi muatan panjang seperti gulungan karpet atau tangga.

6. Ada 16 pemegang botol.
7. Jarak kelegaan bumi tinggi 205mm.
8. Menggunakan sistem suspensi strut MacPherson di depan dan Torsion Beam (belakang).
9. Dikuasakan enjin 1.5L MIVEC DOHC 16-valve berkuasa 103hp @ 6,000rpm, tork 141Nm @ 4,000rpm.
10. Ditawarkan dalam transmisi manual (MT) 5-kelajuan atau automatik (AT) 4-kelajuan (versi Malaysia dijangka cuma transmisi automatik).

11. Menggunakan struktur badan monokok diperkuat, RISE MMC (Reinforced Impact Safety Evolution).
12. Ada 2 beg udara depan (versi Malaysia dijangka 4 beg udara).
13. Dilengkapi ciri keselamatan seperti Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Bantuan Daki Bukit (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
14. Berikut lima varian dan harga Xpander versi Indonesia:

  • GLX – MT Rp201,100,000 (RM58,126)
  • GLS – MT Rp217,600.000 (RM62,895); AT Rp228,600,000 (RM66,074)
  • Exceed – MT Rp224,600,000 (RM64,918); AT Rp235,000,000 (RM67,924)
  • Sport – MT Rp237,200,000 (RM68,560); AT Rp247,200,000 (RM71,451)
  • Ultimate – AT Rp255,900,000 (RM73,965)

15. Ada 6 warna ditawarkan: Quartz White Pearl (putih), Sterling Silver Metallic (perak), Titanium Gray Metallic (kelabu), Diamond Black Mica (hitam), Red Metallic (merah), dan Deep Bronze Metallic (gangsa). Berbeza mengikut varian.

GALERI
Dynamic Shield fakta pantas Indonesia Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi mitsubishi motor malaysia Mitsubishi Xpander Mitsubishi Xpander Indonesia MPV Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.