Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»14 Fakta Pantas: Ferrari Roma Kini di Malaysia, Harga Mula RM968k
Roda4

14 Fakta Pantas: Ferrari Roma Kini di Malaysia, Harga Mula RM968k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi jenama Ferrari di Malaysia, Naza Italia memperkenalkan supercar Ferrari Roma ke pasaran Malaysia selepas tujuh bulan melakukan debut perdana peringkat global.

Walaupun previu di Malaysia adalah versi pemanduan kiri (LHD), tetapi fastback coupe V8 2+2 baharu itu akan mula dihantar kepada pelanggan tempatan bermula suku pertama 2021 dalam versi pemanduan kanan (RHD).

Kehadiran Roma menawarkan model segmen baharu untuk pengeluar itu menerusi gaya garis badan GT tradisional. Apa yang menarik tentang supercar ini?

BACA >>> #BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius

1. Menggunakan konsep Nuova Dolce Vita (kehidupan baharu lebih indah), Roma adalah simbol keabadian kemewahan dan elegan. Gaya signatur Itali menyajikan tafsiran semula kontemporari gaya hidup pertengahan Rom abad ke-20. Dari situlah nama Roma diambil.

2. Enjin tengah (mid-engine) baharu 3,855cc V8 90° Turbo menghasilkan kuasa  456kW (611hp) @ 5,750 – 7,500rpm dan tork  760Nm @ 3,000 – 5,750rpm dengan transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan (6kg lebih ringan daripada kotak gear 7-kelajuan terdahulu), manakala kelajuan maksimum 320kmj. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 3,4 saat.

3. Transmisi baharu Roma bukan saja menawarkan kecekapan bahan api dan mengurangkan pembebasan emisi tetapi menjadikan tukaran gear lebih pantas dan lancar. Ini dicapai menerusi penggunaan minyak kelikatan rendah dan konfigurasi jumlah kering untuk mengurangkan pembaziran kecekapan dinamik bendalir yang menjadikan kereta lebih responsif di lebuh raya, selesa di bandar dan situasi henti-mula.

4. Pemenang Enjin Tahunan Antarabangsa selama empat tahun berturut-turut itu didatangkan dengan profil aci (cam) baharu, dan sensor kelajuan untuk mengukur revolusi turbin yang membolehkan rev maksimum seminit dipertingkat hingga 5,000rpm.  Pengenalan Penapis Zarah Petrol (GPF) mematuhi standard antipencemaran 6D Euro yang ketat.

BACA >>> Lamborghini Catat Prestasi Terbaik Sepanjang 56 Tahun, SUV Urus Paling Laris!

5. Modifikasi utama dilakukan pada kotak gear Roma adalah nisbah gear lebih panjang dan pengenalan gear undur menggunakan motor elektrik. Modul klac baharu itu lebih kecil 20 peratus, tetapi memberikan 35 peratus lebih hantaran tork. Perisian transmisi juga dikemas kini dengan unit komputer elektronik (ECU) lebih berkuasa dan integrasi lebih baik dengan perisian pengurusan enjin.

6. Rekaan Roma masih mengekalkan imej minimalis dengan membuang ventilator dan hiasan berlebihan. Contohnya, penyejukan enjin dijamin permukaan berlubang pada tempat diperlukan yang mewujudkan tafsiran baru mengenai konsep gril. Selain itu, supercar dibangunkan tanpa pelindung sisi Ferrari Scuderia ilham kereta jalan raya 1950-an.

7. Dua lampu utama linear LED penuh dipadankan dengan strip lampu mendatar. Bahagian belakang lebih moden dengan spoiler aktif yang dipasang pada cermin. Lampu belakang kembar minimalis dilengkapkan dengan difuser kompak bersama ekzos.

8. Ferrari memperkenalkan Dual Kokpit pada kabin yang memberikan ruang persendirian buat penumpang. Kawalan F1 Ferrari Roma diletakkan pada konsol tengah menerusi kemasan plat logam moden yang memudahkan capaian pemandu. Kluster instrumen jenis digital penuh pada skrin HD 6 inci. Apabila kereta tidak dihidupkan, paparan adalah gelap sepenuhnya. Namun apabila butang enjin disentuh pada stereng semua komponen digital menyala dan bersinar.

BACA >>> Ferrari 1488 Spider Concept – Superbike yang Cuma Ada Satu Unit di Dunia Mahu Dijual

9. Stereng baharu dilengkapi dengan kawalan multisentuh seperti 5 mod pemanduan, lampu depan, pengelap cermin depan dan indikator. Alat kawalan haptik baru terdiri daripada pad sentuh yang sangat praktikal diletakkan di sebelah kanan stereng untuk pemandu menavigasi skrin kluster tengah, manakala arahan suara dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) sebelah kiri.

10. Paparan skrin HD 8.4 inci baharu sangat intuitif dan mudah digunakan, terletak antara dua kokpit yang menggabungkan fungsi hiburan, navigasi satelit (sat-nav) dan kawalan suhu lain.

Pengalaman penumpang mencapai tahap baru dengan skrin sentuh HD 8.8 inci warna penuh yang tidak hanya memaparkan angka dan status prestasi kereta, tetapi digunakan untuk berinteraksi dengan sistem kereta seperti pemilihan muzik, maklumat sat-nav dan menguruskan fungsi penyaman udara. Bersama Roma penumpang juga menjadi sebahagian pemandu.

11. Roma didatangkan dengan beberapa ciri baharu seperti pengenalan Kawalan Gelicir Sisi (SSC) 6.0 terkini, rekabentuk semula frem badan dan casis, dan nisbah berat-kuasa enjin pertengahan depan terbaik. SSC 6.0 menggabungkan sistem seperti E-Diff, F1-Trac, SCM-E Frs dan Ferrari Dynamic Enhancer.

12. Ada lima mod pemanduan ditawarkan: Wet, Comfort, Sport, Race, dan ESC-Off. Padanan Ferrari Dynamic Enhancer (FDE) melaraskan tekanan brek pada kaliper pada satu atau lebih roda mengikut  situasi. Bagi Roma hanya tersedia pada tetapan Race.

13. Ferrari turut memperkenalkan sistem pilihan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), SAE Level 1:

  • Kawalan Jejalah Adaptif (ACC)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Tukar Lorong (LCW) dengan Pengecaman Tanda Trafik (TCR)
  • Pengesanan Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Paparan Kamera Keliling (SVC)

14. Roma didatangkan dengan servis tujuh tahun dan servis biasa (selang 20,000km atau setahun sekali) tanpa had perbatuan. Supercar ini boleh dimiliki pada harga mula RM968,000. Jika berminat, Naza Italia membuka janji temu untuk sesi previu khas hingga 29 Jun (hari ini).

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu
BACA >>> #BikinKereta: Tuner Jepun Perkenal Pakej Kit Badan Ferrari FF untuk Toyota Prius

GALERI
Ferrari Ferrari Roma Ferrari Roma (2021) Naza Italia Roda4 Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.