• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ferrari 1488 Spider Concept – Superbike yang Cuma Ada Satu Unit di Dunia Mahu Dijual

Ferrari 1488 Spider Concept - Superbike yang Cuma Ada Satu Unit di Dunia Mahu Dijual

January 30, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG individu di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menaikkan iklan untuk menjual motosikal istimewa edisi khas, 1488 Spider Concept 01/01 yang menurutnya cuma ada satu unit di dunia.

Superbike terpakai berwarna merah itu, dengan rekabentuk mirip Honda CBR1000RR Fireblade (lihat perbezaan di bawah), ditawarkan pada harga 249,000 dirham (RM275,610) dengan meter perbatuan baru 750km berserta plat pengeluaran dan nombor casis (VIN) sebagai pengesahan itu ialah model tulen buatan Itali keluaran 2018.

BACA >>> #RetroAuto: Ferrari Pernah Hasilkan Superbike Sebagai Tribut untuk Pengasasnya

Motor Ferrari Honda 8
honda-cbr1000rr-fireblade-2012

Badan motosikal konsep itu diberikan kemasan merah Rosso, dengan kaliper brek Brembo kuning Giallo, juga warna kuning untuk kluster instrumen berserta lencana ikonik Ferrari, Prancing Horse.

Pelana hitam memaparkan jahitan dan sulaman logo Ferrari merah, manakala bahagian pelana pembonceng ditutup dengan penutup khas Ferrari. Sistem ekzos menggunakan aksesori aftermarket dengan mufler gentian karbon, sama seperti gad rantai.

Motor Ferrari Honda 9
Motor Ferrari Honda 7
Motor Ferrari Honda 1

Spesifikasi enjin tidak diperincikan, sekadar mendedahkan menggunakan trenkuasa 4-silinder sebaris dengan ledakan kuasa 400hp-500hp!

BACA >>> Ferrari F8 Tributo (710hp, 770Nm) Berlabuh di Malaysia, Harga RM1.068 Juta Sahaja!

Pembeli juga akan menerima buku rekod servis penuh, dua pasang kunci motosikal dan nombor plat DUBAI 1488. Pemilik motosikal ini mengalu-alukan pembelian secara tunai, dan cek tidak diterima.

Persoalan sekarang, jurutera di kilang Maranello, Itali nampaknya cukup pandai menyimpan rahsia tentang motosikal konsep tersebut kerana baru sekarang model itu diketahui umum? Ada yang berminat?

BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

GALERI
Motor Ferrari Honda 9
Motor Ferrari Honda 3
Motor Ferrari Honda 6
Motor Ferrari Honda 1
Motor Ferrari Honda 2
Motor Ferrari Honda 5
Motor Ferrari Honda 8
Motor Ferrari Honda 4
Motor Ferrari Honda
Motor Ferrari Honda 10
Motor Ferrari Honda 7

SUMBER: DubaiDubizzle

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ferrari, Ferrari 1488 Spider Concept, Honda CBR1000RR Fireblade, roda2, superbike, Superbike Ferrari

Comments

  1. yet says

    January 31, 2020 at 8:04 AM

    Xkan sampai 400-500hp agak2 la… ni dah macam page kpop dia punya sembang

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my