Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»13 Fakta Pantas – Harley-Davidson FXDR 114 (2019) dengan Casis Ringan dan Enjin Berkuasa
Roda2

13 Fakta Pantas – Harley-Davidson FXDR 114 (2019) dengan Casis Ringan dan Enjin Berkuasa

AryonBy Aryon27/08/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI sebahagian daripada inisiatif 10 tahun, Harley-Davidson merancang melancarkan 100 model menjelang 2027 dengan menghasilkan motosikal untuk pelbagai jenis penunggang.

Pelancaran terbaharu ini ialah jentera khas buat penunggang yang mementingkan prestasi – Harley-Davidson FXDR 114, iaitu cruiser berkuasa dengan gabungan enjin Milwaukee-Eight 114 dan casis ringan untuk prestasi memberangsangkan.

Apa yang menarik tentang rupa pandang pertama FXDR 114?

1. Menurut Harley-Davidson, FXDR seperti pelumba drag yang meluncur dengan jet pejuang. Lihatlah pada pelana tunggal (tinggi 703mm) dengan tayar belakang 240mm, nampak cukup bersedia beraksi pantas di jalanan. Biasanya apabila menyebut tentang Harley, lawan yang selalu dibandingkan ialah Indian Motorcycle. Tetapi saingan utama FXDR ialah dari Eropah dan Jepun seperti Ducati XDiavel dan Suzuki M109R B.O.S.S.

2. FXDR 114 ialah model ke-10 dibina berasaskan platform Softail, diperkenalkan pada 2018 selepas Harley menamatkan Dyna, dimulakan dengan enjin Milwaukee-Eight 114 bersama tork 161Nm @ 3,500rpm. Enjin cagak rigid itu datang dengan rekabentuk kepala silinder 4 injap dan sensor dwi ketukan, nisbah mamparan 10.0:1 dan dual imbang lawan (counter-balancer) untuk mengurangkan getaran ketika lahu.

3. Membantu mewujudkan tork tinggi ialah ambilan udara depan dengan penapis udara sintetik baharu yang diilhamkan daropada jentera drag Vance & Hines dalam kejuaraan World Champion Screamin’ Eagle, dan ekzos 2-into-1 yang ditala untuk pecutan agresif dengan sudut miring dimaksimumkan.

4. Bagi mengekalkan karakter cruiser berkuasa, Harley melakukan banyak pengubahsuaian seperti mengurangkan berat FXDR 114 kepada 302kg (berat kerb), termasuk bendalir.

Harley meminimumkan berat dengan:

  • Swingarm aluminium dikurangkan sebanyak 4.6kg (6.25kg vs 10.8kg, atau 43 peratus pengurangan) daripada swingarm besi biasa Softail. Disebabkan berat unsprung terletak di bawah suspensi, jadi ada impak signifikan kepada prestasi suspensi belakang.
  • Rim aluminium ringan 18 inci di belakang dengan tayar lebar 240mm.
  • Rim aluminium tempa ringan Ace 19 inci dengan jejari tirus.
  • Seksyen belakang dan pelana disokong subfrem daripada tiub aluminium dikimpal bagi mengurangkan berat.
  • Komposit seksyen belakang, yang menggantikan subfrem keluli, fender belakang keluli dan sokongan fender yang digunakan pada model Softail lain, mengurangkankan berat kira-kira 3.1kg.
  • Fender depan dan belakang ringan daripada material komposit ringan.

5. Selain menumpukan kepada tambahan kuasa dan mengurangkan berat, casis FXDR 114 juga dirombak untuk menambah baik pengendalian sama ada untuk tunggangan atas jalan raya lengang atau dipenuhi trafik.

Ciri FXDR 114 terdiri daripada:

  • Suspensi belakang monoshock Softail dengan spring tunggal dan teknologi piston-bebas (free-piston) dalaman serta sudut optimum antara frem dan swingarm bagi meningkatkan respon dan jarak tunggangan.
  • Monoshock dilengkapkan dengan tombol laras prabeban hidraulik luaran yang membolehkan penunggang menukar prestasi suspensi secara mudah dan pantas mengikut kondisi dan beban tertentu.
  • Fork terbalik (USD) 43mm diperkuat bagi meningkatkan respon pada input stereng.
  • Teknologi kartrij-tunggal untuk fork dan spring tripel bagi meningkatkan prestasi membrek dan pengenalian.

6. Rekabentuk ekzos dan tetapan suspensi membolehkah FXDR 114 menawarkan lebih sudut miring berbanding model Softail lain – 32.6º ke kiri dan 32.8º ke kanan.

7. Tugas membrek dikendalikan dwi brek cakera depan 300mm dan cakera tunggal 292mm di belakang dengan ciri ABS sebagai standard.

8. FXDR 114 dipasangkan tayar Michelin Scorcher 11 bersaiz 120mm di depan dan 240mm di belakang. Menurut Harley, tayar ini membantu mengoptimumkan prestasi pembrekan dan pengendalian.

9. Ergonomik dibina khas untuk prestasi penunggang tunggal dengan pelana solo dan bar clip-on aluminium yang menempatkan posisi penunggang di atas tangki bagi posisi tunggangan lebih agresif.

10. Bagi keseluruhan gaya, Harley-Davidson berkata:

“Skrin laju memuatkan lampu LED dan membantu membelah angin, manakala tangki minyak 16.6 liter memberikan profil  eksklusif FXDR 114 supaya nampak memanjang. Kowl enjin (atau bajak) berasaskan ciri lumba bertindak melindungi penyejuk minyak.

Seksyen belakang pendek memberkan gaya jentera drag dengan tayar belakang 240mm. Pelana solo direka sepadan dengan bahagian belakang, manakala penutup atas boleh ditanggalkan untuk membuka kompartmen simpanan dalam subfrem.

Komposit acuan fender belakang direka mengikut bentuk tayar dan akan bergerak seiringan dengan redaman suspensi. Ini membuatkan ia nampak seakan tidak kelihatan apabila FXDR 114 bergerak.

Modul lampu belakang dan plat nombor dipaut kemas pada spar aluminium yang dipasangkan sebelah kiri swingarm, sekali gus mendedahkan rupa sebelah kanan roda belakang yang dramatik.

Rim depan dan belakang diberikan kemasan kontras Gloss Black (hitam kilat) dan Satin Black (hitam satin) dengan perincian ‘bolt head’ cerah dan grafik jingga larikan laser pada rim

11. Seperti mana model lain dalam barisan Harley moden, lampu LED menjadi ciri wajib motosikal ini dengan lampu utama Daymaker LED berserta cincin halo LED dan signal belok yang juga LED.

12. Perincian lain termasuk paparan digital kompak bersama sistem penghidup masukan tanpa kunci, Sistem Keselamatan Pintar Harley-Davidson dan palam pengecas USB.

13. FXDR 114 ditawarkan dalam 6 warna:

  • Vivid Black
  • Black Denim
  • Industrial Gray Denim
  • Wicked Red Denim
  • Bonneville Salt Denim
  • Rawhide Denim

Harga bermula pada AS$21,349 (RM87,531).

Pengurus Produk, David Latz berkata;

“Motosikal ini benar-benar sedia meledak untuk ditunggang. FXDR 114 dibekalkan casis Softail yang sangat berkeupayaan dengan enjin Milwaukee-Eight 114 berkuasa, suspensi depan dan belakang premium, berserta komponen dan material ringan baharu. Ini ialah cruiser berkuasa yang memberikan karakteristik tunggangan dan pengendalian hebat.”


SPESIFIKASI

HARLEY-DAVIDSON FXDR 114 (2019)

ENJIN

JENIS: Milwaukee-Eight 114 V-twin
SESARAN: 1868cc
GEREK x LEJANG: 102mm x 114mm
TORK MAKSIMUM: 161Nm @ 3500rpm
NISBAH MAMPATAN: 10.5:1
TREN INJAP: Cam tunggal; 4 injap per silinder
EKZOS: 2-into-1; pemangkin dalam header
PENYEJUKAN: Udara dan minyak
TRANSMISI: 6-kelajuan
PACUAN UTAMA: Rantai
PACUAN AKHIR: Tali sawat

CASIS

SUSPENSI DEPAN: Fork USD kartrij tunggal 43mm dengan apit fork aluminum; spring tripel
SUSPENSI BELAKANG: Hidden, piston bebas, monoshock; lejang 43mm; boleh laras prabeban tanpa alat
RIM: Aluminium tempa 5-jejari Ace
TAYAR DEPAN: 19 inci x 3 inci
TAYAR BELAKANG: 18 inci x 8 inci
BREK DEPAN: Dwi cakera 300mm, kaliper 4-piston tetap
BREK BELAKANG: Cakera 292mm, kaliper 2-piston apung
ABS: Standard

DIMENSI & KAPASITI

JARAK RODA: 1737mm
RAKE: 34º
TRAIL: 119mm
TINGGI PELANA: 703mm
KAPASITI BAHAN API: 16.6 liter
ANGGARAN BAHAN API: 19.5km/liter
BERAT KERB: 302kg

SUMBER: UltimateMotorcycling

cruiser Harley-Davidson Harley-Davidson FXDR 114 (2019) Milwaukee-Eight 114 roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

26/01/2026
Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang

21/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

20/01/2026
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

19/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.