Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»122 Kawasan Sering Berlaku Kemalangan Ketika Musim Perayaan
Auto Terkini

122 Kawasan Sering Berlaku Kemalangan Ketika Musim Perayaan

FikriBy Fikri04/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Sebanyak 122 kawasan dikenalpasti sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan dengan 46 lokasi melibatkan lebuh raya dan 76 di jalan persekutuan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri berkata, kesemua lokasi ini merupakan antara laluan tumpuan digunakan pengguna jalan raya.

Lokasi kemalangan di lebuh raya yang melibatkan 46 lokasi meliputi laluan kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

“Selain itu, sebanyak 76 lokasi dikesan antara kawasan sering berlaku kemalangan adalah melibatkan Jalan Persekutuan iaitu jalan menghubungkan pergerakan antara negeri ke negeri.”

Menurutnya, kemalangan ini termasuk melibatkan kes maut, parah serta cedera ringan.

“Berdasarkan statistik kemalangan menunjukkan Jalan Bandaran (47.6 peratus) kemalangan, diikuti Jalan Negeri sebanyak (17.7 peratus), Jalan Persekutuan (12.9 peratus), lebuh raya 11.1 peratus dan lain-lain jalan sebanyak 10.7 peratus.”

Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan sepanjang musim perayaan:

  • Semua Ketua Bahagian dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) menganalisis statistik kemalangan sewaktu perayaan tahun lepas.
  • Semua lokasi kemalangan akan dijalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala.
  • Anggota trafik akan ditempatkan di semua lokasi untuk meningkatkan keterlihatan pihak polis.
  • JSTP akan memastikan pematuhan peraturan jalan raya dan mengambil tindakan untuk sebarang pelanggaran peraturan.
  • Kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) turut dijalin untuk menangguhkan kerja pembinaan dan penyenggaraan.
  • Semua lokasi yang mengalami kesesakan akan disalurkan secara terus kepada KBSPTD.

SUMBER: Sinar Harian

Auto Terkini Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik kemalangan jalan raya musim perayaan
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.