• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 122 Kawasan Sering Berlaku Kemalangan Ketika Musim Perayaan

122 Kawasan Sering Berlaku Kemalangan Ketika Musim Perayaan

April 4, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


Sebanyak 122 kawasan dikenalpasti sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan dengan 46 lokasi melibatkan lebuh raya dan 76 di jalan persekutuan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri berkata, kesemua lokasi ini merupakan antara laluan tumpuan digunakan pengguna jalan raya.

Lokasi kemalangan di lebuh raya yang melibatkan 46 lokasi meliputi laluan kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

"Selain itu, sebanyak 76 lokasi dikesan antara kawasan sering berlaku kemalangan adalah melibatkan Jalan Persekutuan iaitu jalan menghubungkan pergerakan antara negeri ke negeri."

Menurutnya, kemalangan ini termasuk melibatkan kes maut, parah serta cedera ringan.

"Berdasarkan statistik kemalangan menunjukkan Jalan Bandaran (47.6 peratus) kemalangan, diikuti Jalan Negeri sebanyak (17.7 peratus), Jalan Persekutuan (12.9 peratus), lebuh raya 11.1 peratus dan lain-lain jalan sebanyak 10.7 peratus."

Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan sepanjang musim perayaan:

  • Semua Ketua Bahagian dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) menganalisis statistik kemalangan sewaktu perayaan tahun lepas.
  • Semua lokasi kemalangan akan dijalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala.
  • Anggota trafik akan ditempatkan di semua lokasi untuk meningkatkan keterlihatan pihak polis.
  • JSTP akan memastikan pematuhan peraturan jalan raya dan mengambil tindakan untuk sebarang pelanggaran peraturan.
  • Kerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) turut dijalin untuk menangguhkan kerja pembinaan dan penyenggaraan.
  • Semua lokasi yang mengalami kesesakan akan disalurkan secara terus kepada KBSPTD.

SUMBER: Sinar Harian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik, kemalangan jalan raya, musim perayaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev