Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»12 Fakta Pantas – Triumph Speed Twin (2019) dengan Gaya Kasual dan Prestasi Sporty
Auto Terkini

12 Fakta Pantas – Triumph Speed Twin (2019) dengan Gaya Kasual dan Prestasi Sporty

AryonBy Aryon10/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH baru saja mengumumkan kemunculan semula model paling banyak diraikan dan diceritakan – Speed Twin, yang kali pertama diperkenalkan pada 1938. Triumph Speed Twin (2019), juga sebahagian barisan Bonneville akan menjadi produk sasaran pengeluar British itu tahun depan.

BACA >>> Triumph Dedah Kuasa Kuda Dihasilkan Enjin Jentera Lumba Moto2 – 138hp!

Model ini dibangunkan dengan menggabungkan prestasi siri Thruxton bersama kemampuan pengendalian Bonneville T120. Berikut  fakta pantas mengenai Speed Twin (2019):

1. Enjin parallel-twin ikonik diambil daripada Thruxton dengan diberikan beberapa perubahan. Menampilkan profil talaan sama seperti siri Thruxton, trenkuasa Speed Twin memiliki beberapa perubahan unik untuk model ini seperti aci engkol inersia-rendah dan kepala silinder mampatan tinggi.

Hasilnya ialah ledakan kuasa 96hp @ 6750rpm dan tork 112Nm @ 4950, lebih tinggi berbanding T120.

2. Speed Twin (2019) lebih ringan 10kg daripada Thruxton, dengan 2.5kg dikurangkan daripada enjin.  Pengurangan itu diperoleh menerusi penggunaan komponen penutup aci magnesium baharu, penutup enjin, dan pemasangan klac baharu. Ini membolehkan model ini mendapat berat badan hampir 27kg lebih ringan berbanding Bonneville T120.

3. Menggunakan swingarm aluminium anod baharu yang juga dipasangkan kkhas untuk mengurangkan berat jentera.

4. Dwi ekzos jenis rentang atas menjadi sebahagian daripada pakej. Enjin parallel-twin engkol 270º sentiasa mampu menderum kuat walaupun sistem ekzos sudah ditala supaya patuh Euro4. Mufler hitam yang merentang ke belakang memberikan personaliti tersendiri untuk model ini.

5. Terotel Ride-by-Wire memberikan penunggang memilih 3 mod tungganga: Rain, Road, dan Sport. Setiap mod akan melaraskan respon terotel dan kawalan traksi. Sebagai tambahan, ciri kawalan traksi boleh laras ialah pakej standard.

BACA >>> Triumph Bonneville T120 Diamond Edition (2019) Rai Ulang Tahun ke-60, 200 Unit Sahaja!

6. Menerima beberapa pembaharuan teknologi suspensi yang dibangunkan daripada Thruxton R. Ia dipasangkan fork KYB 41mm tidak boleh laras dengan kartrij damper dalaman, sesuatu yang baru diperkenalkan untuk model ini. Suspensi belakang masih mengekalkan motif vintaj menerusi absorber KYB kembar dengan ciri spring prabeban boleh laras.

7. Casis diambil daripada Thruxton R dan ditala mengikut spesifikasi jentera. Ia ditala mengikut karakter antara Thruxton R yang agresif dan Bonneville T120 yang kasual. Walaupun ergonomik tegak, posisi menunggang ialah sporty. Kredit patut diberikan kepada klamp tripel atas baharu yang memberi ruang kepada riser dan bar hendal tirus. Tinggi pelana slik ialah lebih rendah berbanding Thruxton R, cuma 813mm. Casis ramping dengan tingga pelana purata pasti membantu penunggang yang memiliki fizikal rendah.

8. Tugas membrek diberikan kepada Brembo dan Nissin. Roda depan menggunakan kaliper brek Brembo 4-piston dengan cakera 305mm, manakala kaliper apung tunggal Nissin bertugas mengapit cakera 220mm di belakang. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) ialah standard.

9. Berat jentera dikurangkan menerusi penggunaan rim aluminium tempah 7 jejari 17 inci, bersama tayar Prelli Rosso Corsa III sebagai standard bagi menggantikan rim jejari kawat (wire-spoke). Pemilik juga boleh memilih pelbagai tayar prestasi di pasaran.

10. Direka untuk menyerlahkan prestasi jentera yang elegan, dan penampilan yang tidak lapuk dek masa. Ini dapat dilihat menerusi madgad aluminium gilap, penutup badan terotel, kemasan panel sisi, dan gad tumit. Rekabentuk tangki 30 liter direka unik sebagai daya penarik utama model ini tanpa mengetepikan DNA Triumph. Perincian kecil lain ialah seperti cermin sisi di hujung grip hendal dan seksyen ekor ringkas yang memberikan sentuhan akhir elegan.

11. Banyak aksesori Triumph boleh dibeli untuk menyerlahkan lagi imej model ini. Triumph menawarkan hampir 100 item untuk Speed Twin (2019) daripada silenser Vance & Hines hingga pelana bersulam.

12. Akan berada di pasaran pada Februari tahun depan, manakala harga akan didedahkan bulan depan (2019). Edisi Jet Black dijangka berharga lebih mahal berbanding versi dua-tona.

SPESIFIKASI

TRIUMPH SPEED TWIN (2019)

ENJIN

Jenis: Parallel twin
Sesaran: 1200cc
Gerek x Lejang: 97.6 x 80mm
Kuasa Maksimum: 96hp @ 6,750rpm
Tork Maksimum: 112Nm @ 4,950rpm
Nisbah Mampatan: 11.0:1
Tren Injap: SOHC, 8 injap
Penyejukan: Liquid
Transmisi: 6-kelajuan
Klac: Basah, bantuan multiplat Wet multiplate assist
Pacuan Akhir: Rantai

CASIS

Frem: Keluli tubular dengan penyangga aluminum
Suspensi Depan; Travel: Fork kartrij KYB 41mm tidak boleh laras; 119mm
Suspensi Belakang; Travel: Absorber KYB boleh laras spring prabeban; 119mm
Rim: Aloi aluminium tempa 7-jejari 3.50 x 18 (depan), 5.00 x 17 (belakang)
Tayar: 120/70 x 17 (depan); 160/60 x 17 (belakang)
Brek: Cakera 305mm dengan kaliper Brembo 4-piston (depan); cakera 220mm dengan kaliper apung Nissin 2-piston
ABS: Standard

DIMENSI DAN KAPASITI

Jarak Roda: 1430mm
Rake: 22.8º
Trail: 93.9mm
Tinggi Pelana: 807mm
Kapasiti Minyak: 30 liter
Anggaran EPA Penggunaan Bahan Api: 59mpg @ 25kml

WARNA

  • Silver Ice/Storm Grey
  • Korosi Red/Storm Grey
  • Jet Black

HARGA:

Belum didedahkan

GALERI

 

Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.