Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta
Autotainment

11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta

Han OthmanBy Han Othman28/07/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAIWAN sebagai nama kereta bukanlah perkara baru dalam dunia automobil. Malah, haiwan turut dijadikan konsep atau subjek pada awal proses merekabentuk sesebuah kereta, bersesuaian dengan ciri dan karakter haiwan tersebut.

Sesetengah model kereta berjenama haiwan menjadi ikonik dalam kelasnya seperti Ford Mustang dan Volkswagen Beetle. Lebih menarik, kedua-dua model tersebut tampil dengan ciri dan karakter seperti haiwan di dunia sebenar!

BACA >>> Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

1. CHEVROLET CHEETAH

Haiwan sebagai nama model kereta
Direka oleh pakar penala prestasi Chevrolet, Bill Thomas sebagai lawan kepada Shelby Cobra. Dibina pada 1963-66 dan kini menjadi antara barangan pengumpul (collector item) yang diburu peminat automotif Amerika Syarikat (AS).

2. NISSAN BLUEBIRD

Haiwan sebagai nama model kereta
Dilancarkan pada 1957, terkenal sebagai sedan yang lasak dan boleh diharap serta menjadi saingan kuat kepada Toyota Corona. Sangat popular sebagai kereta teksi. Ditamatkan pengeluaran pada 2001 dan digantikan dengan Nissan Teana, Maxima dan Altima.

3. FORD BRONCO

Haiwan sebagai nama model kereta
Mula mencetuskan budaya pop (pop culture) di AS apabila digunakan ahli sukan dan aktor AS, O J Simpson dan rakannya Al Cowlings (pemandu) pada 1994 sebagai kereta untuk melarikan diri daripada dikejar puluhan kereta polis. Ketika itu, Simpson dikehendaki polis atas kes pembunuhan bekas isteri dan rakan baik isterinya itu. Adegan kejar-mengejar itu mencatatkan rekod tersendiri dalam sejarah televisyen di AS apabila lebih 95 juta penduduk negara itu menontonnya.

4. VOLKSWAGEN BEETLE

volkswagen-beetle
Siapa tidak kenal Volkswagen Beetle? Tiada kereta lain di dunia ini yang serupa dengan si kumbang itu. Walaupun model generasi tertentu pernah digelar kereta gadis, Beetle tidak pernah gagal menawan hati peminat-peminatnya sama ada lelaki atau wanita. Mempunyai kelompok peminat setia antara teramai di dunia.

5. CHEVROLET BISON

chevrolet-bison
Sama seperti haiwan sebenar, Chevy Bison memang besar dan gagah. Dikeluarkan pada 1977 – 1980, dan berada di bawah kategori trak tugasan-berat kategori 8.

6. STUTZ BLACKHAWK

stutz-blackhawk
Model pertama Stutz Blackhawk dibeli Elvis Presley pada 9 Oktober 1970 dan berharga AS$26,500 (RM105,336), manakala antara legenda lain yang memiliki kereta ini ialah Frank Sinatra, Sammy Davis Jr, Dean Martin dan Johnny Cash. Dikeluarkan pada 1971 hingga 1987 dan setiap kereta mempunyai plak khas yang tertera nama pemilik asalnya.

BACA >>> Kereta Tesla Kini Ada Mod Anjing dengan Kawalan Penyaman Udara Aktif Automatik

7. PLYMOUTH BARRACUDA

plymouth-barracuda
Plymouth Barracuda mungkin tidak nampak seram seperti haiwan sebenar, tetapi segalanya berubah apabila anda membawanya atas trek. Kini menjadi antara barangan pengumpul paling digilai peminat automobil AS,  terutama model E-Body 1970-74 dengan versi prestasi tinggi dan konvertibel.

8. SHELBY COBRA

shelby-cobra
Antara kereta ikon orang Anglo-Amerika. Dikeluarkan sejak 1962 dan pemasangan dibuat di dua negara, Britain dan AS. Menjadi pencabar kepada Chevy Corvette pada zamannya.

9. AMC MARLIN

amc-marlin
Rupa ganjilnya tidak ubah seperti seekor marlin sebenar. Kereta dua pintu ini dihasilkan di AS oleh American Motors Corporation pada 1965-67 dan dipasarkan sebagai kereta mewah persendirian. Kini menjadi antara kereta klasik dicari pengumpul kerana tidak banyak model itu yang berada atas jalan.

10. FORD MUSTANG

ford-mustang
Tanpa Ford Mustang, mungkin dunia tidak akan mengenali apa itu kereta otot (muscle car). Memang gagah, laju dan buas seperti haiwan sebenar. Masih dihasilkan sehingga ke hari ini yang kini memasuki generasi ke-6.

11. PERODUA KANCIL, RUSA, KENARI &KELISA

Haiwan sebagai nama model kereta
Kereta Malaysia juga tidak ketinggalan menamakan model mereka dengan nama haiwan. Syarikat kereta nasional, Perodua pernah meletakkan nama haiwan sebagai model kereta pada awal pengeluaran kereta-kereta mereka dahulu. Sayangnya, semua nama haiwan tersebut tidak lagi digunakan. Ada model sudah ditamatkan pengeluaran dan model seperti Kancil diberikan nama baru menjadi Viva dan Axia.

BACA >>> #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia


Bukankah molek nama Kancil itu diteruskan sebagai model legasi atau ikonik Perodua? Kenapa tidak mencontohi Daihatsu yang mengekalkan nama Mira di bawah kereta kompak mini dan dipecahkan kepada subnama seperti AVY dan Gino. Jadi, Kancil boleh saja jadi Kancil Viva dan Kancil Axia. Barulah nama Kancil itu jadi ikonik dan ‘lejen’. Betul tak? 😉

autotainment haiwan sebagai nama kereta nama kereta haiwan Perodua Kancil Perodua Kelisa Perodua Kenari perodua rusa Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.