Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Motosikal Buatan Jepun Yang Berjaya Takluki Industri Permotoran
Auto Terkini

10 Motosikal Buatan Jepun Yang Berjaya Takluki Industri Permotoran

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize29/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

EMPAT pengeluar motosikal gergasi di Jepun, Kawasaki, Yamaha, Honda dan Suzuki telah menakluki industri motosikal setelah berjaya menguasai trek, jalan dan off-road dengan motosikal dengan enjin berprestasi tinggi, inovasi teknologi dan kebolehpercayaan mereka.

Walaupun jenama ini menghasilkan berjuta-juta motosikal untuk kegunaan serata dunia setiap tahun, namun jalan menuju kejayaan ini bukanlah perjalanan yang mudah. Dengan dedikasi yang tinggi, empat kuasa besar motosikal ini berjaya menempuh halangan melalui pelbagai percubaan dan kesilapan.

Dalam rangkaian motosikal yang dikeluarkan oleh jenama Jepun di dunia, ada yang menonjol daripada yang lain dan telah datang untuk mentakrifkan motosikal Jepun. Berikut merupakan 10 motosikal Jepun ini menetapkan penanda aras baharu pada sesebuah motosikal yang menaikkan jenama sambil memacu industri ke hadapan.

Honda Cub

Setelah terjual lebih 1000 juta unit di serata dunia, Honda Cub terkenal sebagai sebuah motosikal yang ekonomik dan lasak selain membantu Honda (dan pengeluar Jepun lain) menembusi pasaran Amerika. Enjin 50cc pada model awal Honda Cub sememangnya murah dan boleh dipercayai manakala bahagian badan sintetiknya kukuh, menjimatkan dan boleh diakses oleh semua orang.

Honda CB750

Dikenali sebagai superbike pertama di dunia, Honda CB750 yang dilancarkan pada 1969 ini adalah motosikal pertama yang menggunakan enjin empat silinder sebaris yang dipasang melintang yang memberikan prestasi yang lancar, tidak seperti sebelumnya. Terjual hampir 400,000 unit dari 1969 hingga 1989, CB750 ini juga menjadi debut bagi komponen yang lain seperti brek cakera yang dipasang di hadapan, pemula elektrik, aci sesondol atas dan suis matikan enjin yang membantu Honda menjadi gergasi seperti hari ini.

Suzuki GSX-R750

Dihasilkan di antara tahun 1985 dan 1987, GSX-R750 ialah sportbike empat sebaris yang menampilkan rangka aluminium, bahagian badan yang diinspirasikan  daripada perlumbaan dengan tayar besar dan berat yang lebih ringan. Suzuki GSX-R750 ialah motosikal pertama seumpamanya yang menjadi penanda araas untuk apa yang kini kita kenali sebagai sportbike pada waktu ini. Walaupun sportbike zaman kini semakin maju, tapi ia tetap menggunakan formula yang sama seperti yang dimulakan oleh GSX-R750.

Honda NR-750

Honda NR750 adalah motosikal yang mencabar sempadan yang ditetapkan oleh GSX-R750. Visual pada sportbike ini menarik untuk dilihat, sehinggakan telah memberi inspirasi kepada reka bentuk Ducati 916. Enjin V4 747cc dengan omboh bujur telah membawa spesifikasi enjin bertaraf perlumbaan kepada penunggang jalanan. Ditambah dengan suntikan bahan api pertama, fork terbalik, ekzos bawah tempat duduk dan rangka badan gentian karbon, ia merupakan sportbike yang tidak pernah dilihat dunia sebelum ini, kecuali di litar lumba.

Kawasaki KLR650

Kawasaki KLR650 muncul sebagai sebuah motosikal yang menggugat kedudukan motosikal ADV yang lebih besar dan mewah yang terkenal dengan keupayaan off-road, enjin berkuasa serta lebih selesa. Walaupun Kawasaki KLR650 ini tidak memberikan perasaan yang sama ketika menunggang motosikal ADV besar yang lebih mahal, namun kemampuannya motosikal ini tidak jauh beza. Enjin yang tidak berubah sejak 3 dekat lalu membolehkan KLR650 ini dibawa menjelajah, off-road atau penggunaan harian yang menawarkan tork yang mencukupi. Prestasinya ibarat seperti motosikal yang berharga dua kali ganda berbanding harganya. Motosikal ini menunjukkan kepada dunia bahawa Jepun tahu satu atau dua perkara tentang mencipta motosikal yang sangat boleh dipercayai dan berkebolehan.

Honda Afrika Twin

Pertama kali diperkenalkan sebagai penghormatan kepada pemenang Paris-Dakar, NXR-750, Honda Africa Twin menawarkan pendekatan seimbang kepada motosikal pengembaraan. Honda Afrika Twin tidak mendakwa mereka sebagai yang paling eksotik, terpantas atau terbesar, namun ia hanya alat yang boleh membawa anda ke seluruh dunia tanpa kehilangan satu skru yang membuatkan anda tersenyum. Jika KLR650 menjadikan motosikal pengembaraan Eropah tidak selesa, Africa Twin pula memusnahkan mereka sepenuhnya.

Suzuki SV650

SV650 ialah motosikal naked dengan reka bentuk yang tak ditelan zaman. Menampilkan enjin v-twin jarak pertengahan dan reka bentuk yang minimal, SV650 ini boleh dipercayai dengan prestasi serba boleh, mampu milik dan ciri mesra penunggang. Ia menarik perhatian ramai penunggang sambil mempamerkan keupayaan Jepun untuk menghasilkan motosikal yang serba lengkap dan mudah diakses. Jika motosikal seperti Yamaha MT-07, Kawasaki Z400, Kawasaki Z900 lain menguasai jalan raya sekarang, mereka semua perlu berterima kasih pada SV65. Kejayaan motosikal ini membantu mengukuhkan kehadiran pasaran Jepun dan menyumbang kepada pengambilalihan industri keseluruhannya.

Yamaha YZF-R1

R1 menampilkan kotak gear bersusun menegak pertama di dunia dan enjin cross-plane empat sebaris yang memberikan tork twin, serta kuasa seperti enjin high-revving empat silinder. Sejak 2009, asasnya kekal sama, namun R1 ketika ini tidak seperti mana-mana motosikal lain dalam segmen itu. Yamaha R1 membawa prestasi yang mendahului kelasnya apabila ia dilancarkan, mengubah secara kekal maksud sportbike yang merupakan evolusi formula GSX-R750.

Suzuki Hayabusa

Hayabusa bermaksud peregrine falcon dalam bahasa Jepun, iaitu burung yang terbang pada kelajuan 321km/j untuk memburu mangsanya. Sama seperti apa yang dilakukan Hayabusa terhadap motosikal lain apabila ia dilancarkan pada tahun 1999, ia memecahkan rekod kelajuan untuk menjadi motosikal terpantas yang dihasilkan secara besar-besaran selama hampir dua dekad. Direka bentuk dalam terowong angin dengan enjin 1300cc yang besar di tengah-tengahnya, Hayabusa masih boleh mengatasi kebanyakan motosikal di jalan raya. Walaupun Hayabusa ini berat, ia masih berkebolehan untuk dibawa mengembara. Ia adalah bukti kehebatan kejuruteraan Jepun yang menetapkan piawaian baharu untuk kelajuan dan prestasi.

Kawasaki H2 & H2R

Tak cukup dengan Hayabusa, datang pula Kawasaki H2 dan H2R. Kedua-dua motosikal ini merupakan motosikal pengeluaran terpantas untuk jalanan dan trek. Kedua-dua motosikal ini menampilkan enjin empat baris sebaris 998cc yang dipadankan dengan pengecas super, yang mampu menghantar motosikal itu pergi ke bulan pada setiap pusingan pendikit. Di sebalik peraturan yang ketat, Kawasaki berjaya mengeluarkan motosikal yang mampu memotong setiap motosikal lain di jalan raya, kecuali beberapa motosikal berkuasa turbin.

BACA >>> Tidak Lepas Piawai Emisi, 4 Gergasi Motosikal Jepun Bakal Hentikan 20 Model Popular
BACA >>> Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki Gabung Bangunkan Enjin Hidrogen

SUMBER: Top Speed

Afrika twin Honda CB750 honda cub Honda NR 750 honda nr750 Kawasaki H2 kawasaki h2r Kawasaki KLR650 suzuki gsx-r750 Suzuki Hayabusa Suzuki SV650 Yamaha YZF-R1
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.