Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Model Naked Bike Middleweight Terbaik 2020
Autotainment

10 Model Naked Bike Middleweight Terbaik 2020

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/10/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL naked bike di bawah 650cc mempunyai kelebihan penampilan ringkas, operasi fleksibel dan harga yang berpatutan. Selain itu, ia juga sesuai untuk mereka baru mendapat lesen penuh atau mencari model yang cukup efisien untuk digunakan sebelum menaiktaraf kepada jentera lebih berkuasa dan besar.

Ini 10 jentera naked terbaik 2020:

1. HONDA CB500F – AS$7,296 (RM30,260)

Honda CB500F merupakan model naked pertengahan yang menampilkan reka bentuk bersudut sporty. Model ini juga popular kerana mudah dikendalikan dan harganya jauh lebih murah daripada pesaingnya. Di Eropah, Honda CB500F juga diimport dari Thailand seperti pasaran Vietnam.

Honda CB500F berkongsi enjin dengan Rebel 500 dan CB500X iaitu 471cc DOHC, suntikan bahan bakar elektronik, penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 47hp @ 8,500rpm dan tork 43Nm @ 7,000rpm. Ini adalah pilihan yang sesuai untuk grup nakedbike di bawah 650cc.

2. CCM SPITFIRE SIX – AS$13,024 (RM54,017)

CCM Spitfire Six merupakan model nakedbike klasik yang berasal dari Bolton, UK. Model ini digemari kerana gaya retro seperti motosikal tahun 1960-an, prestasi yang kukuh dan prestasi jalan yang fleksibel.

Janakuasa CCM Spitfire Six dibangunkan oleh BMW. Blok enjin silinder tunggal 600cc menghasilkan kuasa 55hp dan tork 58Nm bersama transmisi 6-kelajuan manual. Kerana pengeluaran terhad harga jualannya sedikit tinggi iaitu AS13,024 di Eropah.

3. YAMAHA MT-03 – AS$6,773 (RM28,091)

Yamaha MT-03 dilancarkan pada 2016. Kelebihan model nakedbike ini adalah keupayaan pengendalian yang mudah, reka bentuk ringkas dan badan yang langsing. Generasi kemas kini diperkenalkan pada 2019 menerusi penambahbaikan sistem suspensi dan paparan LCD baharu.

Yamaha MT-03 berkongsi enjin dengan Yamaha R3 bersesaran 321cc DOHC 2-silinder yang menghasilkan kuasa 41.4hp @ 10,750rpm dan tork 29.6Nm @ 9,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan manual.

4. KAWASAKI Z400 – AS$6,644 (RM27,555)

Kawasaki Z400 dilancarkan bagi menggantikan model Z300. Masih lagi mempertahankan penggayaan Sugomi, Z400 menggunakan rekaan casis dari superbike H2 sekaligus menawarkan berat lebih ringan iaitu 167kg.

Z400 dilengkapi dengan enjin 399cc 2-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa 44.8hp dan tork 38Nm. Kotak gear 6-kelajuan digabungkan dengan klac Assist & Slipper roda belakang dan klac anti-slip.

5. KTM 390 DUKE – AS$5,602 (RM23,234)

Generasi baharu mempunyai reka bentuk yang lebih agresif dan banyak mewarisi aura abang besar 1290 Duke R. Peralatan terkenal pada nakedbike ini antaranya skrin TFT 5.2-inci, fork depan terbalik (USD), brek WP dan sistem ABS dari Bosch.

KTM 390 Duke didatangkan dengan enjin 373cc penyejukan cecair silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 43hp dan tork 37Nm bersama transmisi 6-kelajuan manual.

6. HUSQVARNA 401 SVARTPILEN – AS$5,602 (RM23,234)

Svartpilen dalam bahasa Sweden bermaksud anak panah hitam. Husqvarna 401 Svartpilen digambarkan sebagai versi retro KTM 390 Duke. Model ini menggunakan enjin yang sama dengan motor naked dari Austria itu. Peralatan terkenal pada Husqvarna 401 Svartpilen merangkumi frem paip keluli mesh, brek ABS Bosch dan klac anti slip.

Husqvarna 401 Svartpilen menggunakan enjin satu silinder 373cc yang menghasilkan kuasa 43hp dan tork 37Nm. Tidak hanya memiliki enjin yang sama, harga model ini juga sama dengan KTM 390 Duke.

7. HUSQVARNA 401 VITPILEN – AS$5,602 (RM23,234)

Husqvarna 401 Vitpilen dinilai oleh Visordown sebagai salah satu daripada 10 model terbaik tahun 2020 yang sesuai untuk pemegang lesen A2 baharu di samping reka bentuknya yang cantik gabungan klasik dan moden serta kawalan mudah. Untuk membezakannya dengan Svartpilen, motor ini diberikan padanan warna putih.

Model ini juga menggunakan enjin KTM 390 Duke. Bagaimanapun, tangki minyak bersaiz 9.5 liter mengehadkan tunggangan jauh.

8. HONDA REBEL 500 – AS$7,556 (RM31,338)

Rebel 500 masih lagi tergolong dalam senarai nakedbike terbaik bawah 650cc kerana rekaan enjinnya yang terdedah walaupun ia dikategorikan sebagai kruiser. Generasi naiktaraf diperkenalkan pada Pameran Motor Mila 2019. Secara keseluruhan Rebel (2020) tidak banyak berubah.

Masih lagi mengekalkan rekaan hibrid antara cruiser dan chopper. Sistem pencahayaan menggunakan versi LED. Janakuasa menggunakan enjin 471cc 2-silinder yang menghasilkan kuasa 45.6hp @ 8,500rpm dan tork 43.3Nm @ 6,000rpm. Transmisi 6-kelajuan dipadankan dengan klac anti-slip.

9. HONDA CB300R – AS$6,032 (RM25,017)

Honda CB300R merupakan pilihan bagi lesen A2 di Eropah kerana ia menawarkan karakteristik tunggangan seperti abang besarnya CB650R atau CB1000R. Naked bike ini menggunakan suspensi terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. bersama saiz tangki minyak 10.1 liter.

Enjin 286cc silinder tunggal menawarkan kuasa 30hp @ 8,500rpm dan tork 27.5Nm @ 6,500rpm bersama transmisi 6-kelajuan.

10. BMW G 310 R – AS$6,085 (RM25,237)

BMW G 310 R mewarisi bahasa rekaan BMW S1000R. Ia dilengkapi dengan fork terbalik 41mm (depan) dan monoshock (belakang) yang boleh dikustom dengan 10-mod. Ketinggian pelana 785mm dan berat 158.5kg sesuai untuk rider Asian.

Nakedbike Jerman ini dilengkapi dengan enjin 313cc silinder tunggal penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 34hp @ 9,500rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm. Kelajuan maksimum sekitar 145kmj.

BACA >>> Jika 3 Sportbike Ini Ada di Malaysia, Mana Satu Pilihan Anda?
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal

autotainment naked bike Naked Bike Middleweight roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Triumph Trident 660, dan Tiger Sport 660 terima perubahan besar 2026
Roda2

Triumph Trident 660, Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar 2026

07/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.