• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 10 Fakta Minyak 2T dan Motosikal 2-Lejang yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: 10 Fakta Minyak 2T dan Motosikal 2-Lejang yang Perlu Anda Tahu

August 9, 2017 By ZY 33 Comments

10.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda tertanya, kenapakah motosikal 2-lejang @ 2-stroke asyik kena tambah semula minyak 2T? Kenapa pula dipanggil 2T? Apdakah sebab berbau seperti Tutti Frutti?

1. Abjad T di belakang 2T ialah Takt Time, berasal daripada perkataan Jerman, iaitu Taktzeit, bermaksud berapa banyak kerja dilakukan pada satu-satu masa, dan dalam kes ini, 2-lejang dalam satu kitaran kuasa enjin. Maksudnya hampir sama dengan 'stroke' (lejang) cuma istilah Takt Time lebih tepat.

2. Enjin 2-lejang ialah ciptaan pereka England, Joseph Day pada 1889, iaitu 13 tahun selepas pereka Jerman, Nikolaus Otto mencipta enjin 4-lejang. Mungkin sebab itu singkatan bahasa Jerman seperti 4T, dan seterusnya 2T digunakan meluas tanpa mengira bahasa dan negara.

BACA >>> Kenali Mereka yang Pertama dalam Automotif


3. Aturan enjin 2-lejang tidak memerlukan penggunaan sistem pelinciran takung basah atau wet sump seperti enjin 4-lejang, iaitu terdapat takungan minyak hitam di bawah kotak engkol (crankcase).

Sebaliknya, enjin 2-lejang menggunakan sistem 'terus hilang' atau total loss, iaitu minyak pelincir 2T dicampurkan sekali dengan petrol sebelum dibakar dalam lejang kuasa, dan menghasilkan wap yang akan melincirkan aci engkol (crankshaft), rod dan dinding silinder.

Pelinciran total loss tidak terhad kepada enjin 2-lejang sahaja, tetapi turut digunakan kenderaan berenjin Wankel atau rotari seperti kereta sport Mazda sekitar era 1990-an.

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 5]: Enjin Rotari - Pakej Enjin Kecil Kuasa Besar


4. Punca kenapa anda perlu kerap menambah semula atau top-up minyak 2T ialah kerana sistem pelinciran dibakar bersama bahan api. Ini berbeza dengan enjin 4-lejang yang hanya perlu menukar minyak enjin dalam sela masa tertentu, misalnya tiga bulan sekali.

5. Asap tebal yang terhasil dek pembakaran enjin 2-lejang membuatkan pengeluar pelincir menambah bahan pewangi dalam minyak 2T supaya lebih mesra bau selain dijadikan alasan meletakkan harga lebih premium. Antara minyak 2T wangi di pasaran ialah Shell VSX dan Hi Rev.

Kebiasaannya, minyak 2T wangi berwarna hijau, manakala minyak 2T biasa berwarna merah. Namun, pasaran minyak 2T wangi kini mula berkurangan disebabkan pengeluaran motosikal 2-lejang yang sudah dihentikan.

Rindukan wangian asap 2T? Apa kata dapatkan lilin wangian 2T seperti di bawah!

6. Hampir semua motosikal 2-lejang menggunakan sistem transmisi klac basah, sama saja seperti motosikal 4 lejang. Jadi, janganlah pelik kalau ternampak pemilik motor 2-lejang mengisi minyak 4T ke dalam enjin mereka. Minyak 4T itu sebenarnya hanya digunakan sebagai pelincir transmisi supaya sela masa penukaran dapat dijarakkan lebih lama hingga boleh mencecah setahun sekali. Ya, lebih lama daripada motosikal 4-lejang!

7. Bunyi ekzos motosikal 2-lejang lebih bingit berbanding motosikal 4-lejang kerana pembakaran enjin dalam lejang kuasa berlaku pada setiap putaran enjin. Secara mudah, setiap 3,000rpm (putaran enjin per minit), enjin 2-lejang melakukan pembakaran 3,000 kali dalam lejang kuasa berbanding 1,500 kali untuk motosikal 4-lejang yang cuma berlaku setiap dua putaran enjin.

8. Ekzos motosikal 2-lejang ada bahagian berbonjol dinamakan kebuk pengembangan (expansion chamber) untuk meningkatkan prestasi enjin pada tahap rpm tertentu. Paip panjang dengan kebuk pengembangan besar dan stinger (kebuk resonator) kecil memberikan kuasa pada rpm tinggi jika ditala rapi. Ini penting buat mereka yang mementingkan kelajuan tinggi.

9. Lejang kuasa yang berlaku pada setiap putaran enjin juga adalah sebab kenapa kuasa motosikal 2-lejang setanding motosikal 4-lejang yang bersesaran dua kali ganda lebih besar.

Contohnya, Kawasaki RR150 (2-lejang 150cc) mempunyai kuasa 24hp yang hampir sama dengan Kawasaki Ninja 250R (4-lejang 250cc), iaitu 25hp. Namun, nisbah kuasa kepada berat dimiliki RR150 lebih tinggi kerana berat jentera cuma 134kg, berbanding Ninja 250R (170kg).

Related

10.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: 2 lejang, 2 stroke, 2 takt, autotainment, fakta minyak 2T, joseph day, kawasaki ninja rr, minyak 2T, motosikal 2-lejang, roda2, takt, total loss, wankel's rotary

Comments

  1. Fadhli says

    August 9, 2017 at 9:16 AM

    Sistem yg mana lebih mesra alam...2 atau 4 lejang.

    Reply
    • ZY says

      August 9, 2017 at 9:34 AM

      Enjin 4 lejang semestinya.
      Walaupun enjin 2 lejang turut boleh dijadikan lebih mesra alam, perlukan kos pula untuk R&D teknologi mesra alam terkini.

      Salah satu motor 2 lejang yang melepasi piawaian emisi ketat ialah Cagiva Mito SP525 yang pernah kami jelaskan di artikel ini.

      Reply
  2. Khairul says

    September 5, 2017 at 3:40 PM

    Ekzos yamaha rxs (contoh) tiada kebuk pengembangan. Jadi bolehkah dimodifikasi dgn ekzos yamaha 125zr atau yamaha rxz? Adakah ekzos jenis yg ada kebuk pengambang wujud bermula zaman 125 atau rxz? Atau ada sbb tertentu kenapa ekzos rxs tiada kebuk pengambangan? Sejauh mana perbezaan ekzos yg ada kebuk pengembangan dgn ekzos yg tiada kebuk pengembangan.

    Reply
  3. MUHAMMAD YASIN says

    January 29, 2018 at 11:48 PM

    adakah moto (2T) memerlukan cooler untuk perjalanan jauh..seprti LC,Y15,dan lain²

    Reply
    • rom says

      June 14, 2018 at 10:41 AM

      MUHAMMAD YASIN, ya ada banyak model 2 lejang yang mempunyai coolent, contohnya seperti TZM 150, kawasaki KIPS, honda NSR, yamaha TZR,Aprilia RS, Cagiva Mito dan banyak lagi model.

      Reply
  4. sawi says

    July 15, 2018 at 10:04 PM

    saya tak pernah ada moto, baru2 ni terpaksa pakai moto, moto saya yamaha 100 sport, lps baca artikel ni, nak tahu lebih lanjut :
    - ruang minyak hitam kat enjin tu kena isi myk 2T jugak yer, selain campur dalam minyak petrol?
    - lampu amaran merah yg di bawahnya ada simbol myk pelincir menyala, kenapa? kena tambah 2T dlm tangki myk pelincir dkt kick starter @ 2T dlm myk petrol?

    t.kasih

    Reply
    • Pepejal says

      July 21, 2018 at 6:56 PM

      sawi..bukan ke yamaha 100 sports ada tangki untuk 2t. Tangki 2t related dengan simbol lampu merah..kalau awak letak dalam tangki petrol pon lampu merah tetap menyala. 2t tak perlu diletak ditempat minyak hitam sebab tiada kene mengena.

      Reply
      • Azamrastaa says

        December 13, 2019 at 8:17 AM

        Hahaha..

        Reply
  5. naz says

    August 23, 2018 at 3:59 PM

    knp asap motosikal txr150 sy bau hangit...kerana 2t atau ad msalah lain..sy pkai 2t shell advance w

    Reply
    • Zikry says

      November 8, 2018 at 9:34 AM

      Kemungkinan block tuan calar ataupun lubang 2t terpaksa besarkan sedikit.

      Reply
  6. Addar says

    August 30, 2018 at 1:54 PM

    Skali isi minyak 2T berapa jauh boleh jalan ??

    Reply
  7. Jan says

    September 15, 2018 at 11:32 AM

    Kalau isi minyak 2T dalam motor 4 lejang ada problem ke?

    Reply
    • Amin says

      October 31, 2019 at 5:27 PM

      Tuti 2stroke 1 litter boleh pergi brape km?

      Minyak full tank 125zr boleh pergi brape km?

      Reply
  8. wan says

    November 8, 2018 at 6:35 AM

    saya pakai kawasaki kips. baru baru telah rebore block. tp bila nk start je plug jadi basah. nak tanyalah. dkt tmpt rod pusing tu patut ke ade air? ke patut dipastikan kosong? setahu saya kalau taksilap ade minyak je kat situ.. mohon pencerahan jika boleh . terimakasih

    Reply
    • moka says

      April 8, 2019 at 5:55 PM

      yang ni sebab lubang 2t bukak besar sangat. suruh pomen kecilkan sikit

      Reply
  9. Iyezul says

    December 27, 2018 at 6:02 PM

    Baru² ni saya pakai yamaha ss110 dan lampu enjin menyala, kenapa ye? Perlu tambah 2T ke?

    Reply
  10. Wahid Osman says

    January 14, 2019 at 10:48 AM

    Minta penceraian, 2T motif saya ee110 Yanaha masuk didalam frankfurt case 4T. Sebab apa ?

    Reply
  11. Wahid Osman says

    January 14, 2019 at 11:04 AM

    Inginkan pencerahan ingin Y110ss motor saya 2T masuk dalam crank case campur 4T. Sebab apa ?

    Reply
    • Blitzkrieg Bump says

      August 28, 2019 at 10:59 AM

      2t pump stopper bemasaalah. 2t pump x dapat control 2t.

      Reply
  12. Fauzi says

    January 1, 2020 at 9:05 PM

    Minyak 2T ada tarikh luput tak?

    Reply
  13. Dkenny says

    January 6, 2020 at 6:42 PM

    Bos, mau tanya, kenapa mtr saya, y125zr, kalau lps parking baru start jalan banyak betul asap sekitar 1 minit baru, apa masalah itu ya bos, tq

    Reply
  14. Dkenny says

    January 6, 2020 at 6:44 PM

    Sekitar 1 minit baru hilang itu asap

    Reply
  15. Tokwan says

    April 11, 2020 at 8:11 PM

    Saya ada motorsikal yamaha 100cdi. Saya rasa banyak makan 2T. Motor ni ada tangki Khas untuk 2T. Soalan saya, Adakah boleh 2T ini dicampurkan terus ke tangki petrol. Jika ya, berapa kadarnya.

    Ada yang bagi tahu dibolehkan campur 2T terus ke tangki petrol Dan nisbahnya ialah, satu tangki penuh petrol dengan satu cap 2T.

    Boleh kah saya buat begitu. Terima kasih.

    Reply
  16. Tz dream says

    April 20, 2020 at 2:58 AM

    yamaha tzm selain block asal tzm boleh pakai boleh apa selain tu?kerana masalah alatganti baru tiada/kurang di pasaran

    Reply
  17. Dil says

    June 19, 2020 at 2:00 AM

    Boleh ke motor 2lejang pkai mnyk r40 mnggantikan mnyk 2t

    Reply
  18. Shahrul says

    June 24, 2020 at 9:06 AM

    R40 ni slalu bancuh sikit dlm tank petrol je ...buat jln jauh ok la

    Reply
  19. K R says

    July 3, 2021 at 7:43 PM

    klu intake ade 1 paip je boleh x 2t direct masuk carb je..

    Reply
  20. muzafir says

    July 8, 2021 at 1:39 AM

    sy mempunyai motosikal 2 stroke.. baru2 ini brake hadapan motor (disk) melekat dgn ketat tp perlahan2 dan makin mencengkam mnyebabkan hampir 3 km sy menggunakan gear 1 dan 2 dlm keadaan motosikal semakin memberat.. apekah kesan kepada enjin tuan? adakah berlakunya kerosakan dalam terutama pd bahagian gearbox/clutch/block atau lain2 komponen dalaman? disbabkan enjin semakin terteban ketika rpm keadaan tinggi..

    Reply
  21. shahrilliklau says

    October 23, 2021 at 2:39 PM

    saya guna y100 moto tu pun berusia 30 tahun
    minyak 2 t banyak pengaruhi kelancaran enjin..
    saya pakai 2t bajet murah..mcm xlanjar enjin..semput semput...selepas sebulan saya cuba tukar pulak yang lebih mahal gred tinggi..
    teryata beza ada ..xsemput dah..dan tingkatkan kelajuan..dari 85 ke 110 ..untuk moto y100 saya

    Reply
  22. Jai lenggeng says

    February 10, 2023 at 3:08 PM

    Saya nak bertanya sedikit soalan.Saya pakai motosikal RXS 115.Baru2 ni saya htr repair blok calar terok.htr kedai pomen rebore saiz 0.50.Lepas tu saya rembat..baru2 ni bunyi seakan blok ada kesan tercalar..mungkin pump 2t xleh pam balik?dan amat kuat bunyi ye?bolehkan sy htr polish balik,?dan apakah patut sy tukar?,,piston dan piston ring ke?mohon pencerahan tuan?

    Reply
    • Azhan O says

      March 2, 2023 at 7:39 PM

      Tanya mekanik. Mereka lebih tahu apa yang boleh atau tak boleh

      Reply
  23. Mat nol says

    December 1, 2023 at 11:53 PM

    Hai sye nk tanye,enjin 2strock pakai minyk enjin ape yng sesuai dh kualiti??sye pakai motor yamaha sport 100 saiz block 54mm..

    Reply
    • Azhan O says

      December 26, 2023 at 1:20 PM

      Semua ok asalkan ikut gred direkomen OEM

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev