Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»10 Fakta Tentang Lotus Exige Sport 380 – Supercar Antitesis yang Luar Biasa
Roda4

10 Fakta Tentang Lotus Exige Sport 380 – Supercar Antitesis yang Luar Biasa

Han OthmanBy Han Othman27/01/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

lotus-exige-sport-380-2017-bgLOTUS Exige Sport 380 mendapat maklum balas positif daripada banyak media permotoran antarabangsa. Autocar, Car Magazine, Evo dan Motoring Research memberikan rating lima bintang ke atas jentera sport itu. Sesetengahnya menggelarkan ia sebagai ‘pembunuh supercar’!

Bukan sekadar prestasi, lebih membuka mata ialah Exige Sport 380 cuma berharga lima angka (dalam dolar dan pound). Malah menawarkan kualiti prestasi yang bukan saja setanding, tetapi juga mampu mengatasi jentera sport enam angka sedia ada!

Apa yang menarik tentang Lotus Exige Sport 380 yang perlu anda tahu? Mari kita baca 10 fakta di bawah:

1. ENJIN

  • 3.5L DOHC V6 VVT-i, 24-valve dengan Harrop supercharger
  • Enjin tengah, melintang
  • Pacuan roda belakang (RWD)

2. TRANSMISI

  • Manual 6-kelajuan dengan nisbah sport
  • Gear heliks sirat malar (constant mesh helical gears)
  • Diferensial terbuka
  • Kunci Diferensial Elektronik (EDL) Bosch

3. PRESTASI

  • Kuasa maksimum 375hp @ 6,700rpm
  • Tork maksimum 410Nm @ 5,000rpm
  • Kelajuan maksimum 286kmj (274kmj – auto)
  • 0-100kmj 3.5 saat (3.7 saat – auto)

Kelajuan maksimum roadster – 233kmj (manual dan auto)

4. CASIS

  • Struktur casis aluminium ekstrud terikat
  • Gegelang rol keluli T45
  • Panel badan komposit
  • Kapasiti tangki 48 liter

5. BREK, RODA DAN SUSPENSI

Brek

  • Brek cakera beralur prestasi tinggi berkembar AP Racing
  • Kaliper kuning
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) talaan Lotus
  • Bantuan Brek Hidraulik (HBA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Kawalan Brek Belok (CBC)
  • Mod ESP – Drive, Sport dan Race.

Roda

  • Rim aloi 17-inci (depan), 18-inci (belakang)
  • Warna rim hitam berkilat
  • Tayar depan – Pirelli P-Zero Corsa 205/45 R17; Tayar belakang – Pirelli P-Zero Corsa 265/35 R18.

Suspensi

  • Wishbone berganda independen penuh dengan bar anti-rol (depan & belakang)
  • Peredam prestasi tinggi AP (depan & belakang)
  • Spring Eibach (depan & belakang).

6. EKSTERIOR

Lampu siang (DRL) LED dengan indikator arah bersepadu; Lampu belakang LED dengan indikator arah bersepadu; Kaca cahaya latar polikarbonat; Panel sisip belakang hitam dan ringan; Sensor parkir belakang; Spliter depan gentian karbon;  Spoiler gentian karbon; Papan barj gentian karbon; Panel akses depan gentian karbon; Kanard gentian karbon depan hitam kusam (matt black); Pelekat apertur lampu depan; Cermin sisi, transom belakang dan pod sisi  hitam kusam; Bumbung lembut (soft-top) hitam (roadster sahaja)

Opsyen Pek Eksterior Karbon – Sisip belakang dan bumbung keras (hard-top) gentian karbon; Pod sisi gentian karbon

Opsyen Pek Warna Eksterior – kaliper brek merah; penutup cermin merah; Kemasan spliter depan merah; Palang spoiler merah; Panel akses depan; Panel barj (barge board); Pod sisi; Kemasan merah difuser (warna badan tertentu sahaja)

Roadster (sahaja) – bumbung keras

7. INTERIOR

Punat tekan mula; Roda stereng kulit hitam; Tombol gear aluminium gilap; Tuas brek tangan kulit; Kerusi sport gentian karbon Black Ancantara dengan sulaman kontras; Konsol tengah dengan gear terbuka; Beg udara pemandu dan penumpang

8. OPSYEN

Ekstra Opsyen – Transmisi automatik; Roda stereng Alcantara hitam penuh; Pelindung sil gentian karbon; Karpet penuh; Tikar lapik; Bumbung keras hitam kusam; Penyaman udara; Stereo dan dua pembesar udara depan; Penebat bunyi; Kawalan jelajah;  Roda aloi tempaan ringan (17″ – depan & 18″ – belakang); Ekzos titanium; Bateri standard

Pek Opsyen – Pek trim kulit; Pek trim Tartan; Pek warna dalaman; Pek Litar (peredam boleh laras dua-tetapan Nitron, bar antirol boleh laras Eibach di depan & belakang)

Opsyen Cat – Signatur dan Metalik

9. WARNA

Ditawarkan dalam 10 warna pilihan iaitu Solid Red (merah), Solid Yellow (kuning), Metallic White (putih), Metallic Blue (biru), Metallic Silver (perak), Racing Green (hijau), Metallic Grey (kelabu), Metallic Orange (oren), Metallic Black (hitam) dan Signature Orange (jingga).

10. HARGA

Harga bermula £67,900 (RM379,189)


GALERI

 

Lotus Lotus Exige Sport 380 Roda4 spesifikasi Lotus Exige Sport 380 Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

01/07/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

01/07/2026
Auto Terkini

Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

30/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

30/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.