Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k
Roda4

10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Corolla Cross (2020) baru saja melakukan debut global di Thailand sebelum menyusul untuk pasaran negara lain pada masa akan datang. Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini dibangunkan berasaskan konsep ‘Corolla meets SUV’ atas platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA-C).

Berikut 10 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Corolla Cross (2020):

1. Corolla Cross (2020) versi Thailand ditawarkan dalam empat varian, iaitu:

  • 1.8 Sport – 989,000 baht (RM132,255)
  • Hybrid Smart – 1.019 juta baht (RM139,295)
  • Hybrid Premium – 1.089 juta baht (RM148,945)
  • Hybrid Premium Safety – 1.199 juta baht (RM163,990)

2. Ada dua pilihan enjin:

  • Aspirasi natural (NA) 2ZR-FBE 1.8L – Kuasa 138hp @ 6,000rpm, tork 177Nm @ 4,000rpm dengan transmisi Super CVT-i
  • ZR-FXE THS II 1.8L Hybrid – Kuasa 96hp @ 5,200rpm, tork 142Nm @ 3,200rpm(enjin); Kuasa motor elektrik 70hp, tork 163Nm dengan transmisi e-CVT

3. Walaupun menggunakan nama Corolla, SUV ini cuma ada sedikit persamaan dengan model sedan. Corolla Cross (2020) lebih kepada RAV4 versi kecil yang dapat dilihat pada rekaan gril sedikit ke bawah dan lampu depan langsing. Apron  bawah juga memakai trim hitam RAV4 siap dengan skid plat dan lampu kabus.

4. Kemasan hitam boleh dilihat pada gerbang roda, frem tingkap dan rel bumbung selain bampar depan dan belakang. Bahagian belakang menampilkan rekabentuk ringkas dengan lampu tirus yang dilarik hingga sisi badan dan difuser krom.

5. Corolla Cross (2020) berkongsi saiz jarak roda sama seperti CH-R, iaitu 2,640mm. Bagaimanapun saiz badan lebih besar berbanding SUV segmen-B itu tersebut dengan panjang 4,460mm (+100mm), lebar 1,825mm (+30mm) dan tinggi 1,620mm (+ 55mm).

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid atau RS, Manakah Satu Saya Patut Beli?

6. Pesaing kepada Honda HR-V, Mazda CX-30 dan Subaru XV ini menggunakan suspensi depan jenis strut MacPherson dan torsion-beam di belakang.

7. Masuk ke kabin akan mengingatkan anda kepada sedan Corolla. Menurut Toyota, Corolla Cross (2020) menawarkan ruang lapang untuk lima penumpang dengan kapasiti but 487 liter termasuk kit tayar (440 liter dengan tayar simpanan sementara).

8. Corolla Cross (2020) menawarkan kluster instrumen multi-info, penyaman udara dual-zon dengan ventilator penumpang belakang, mod pemanduan, unit infotainment  skrin sentuh 9 inci, telematik T-Connect, but elektrik, akses bebas tangan dan kerusi belakang boleh lipat 6 darjah.

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Toyota C-HR Sangat Berbaloi Dimiliki

9. Corolla Cross (2020) didatangkan dengan pakej keselamatan lengkap seperti 7 beg udara sebagai standard, dan sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Pengesan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal (PCD), Bantuan Tukar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng (SA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

10. Adakah pasaran tempatan bakal menerima Corolla Cross (2020)? ini jawapan UMW Toyota Motor;

Kami sentiasa ingin memperkenalkan model Toyota baharu yang sesuai untuk pasaran Malaysia. Kami nampak minat yang mendalam terhadap model ini dan akan memperkenalkan kedua-dua varian tersebut ke Malaysia.

“Kami pasti akan berkongsi lebih banyak maklumat dengan anda dalam masa terdekat selepas kami ada maklumat lebih kukuh!”

BACA >>> Toyota Corolla (2020) Nightshade Edition – Edisi Khas Kemasan Hitam untuk Pasaran AS

VIDEO

GALERI
autoterkini Roda4 SUV SUV Segmen-C Toyota Toyota Corolla Toyota Corolla Cross Toyota Corolla Cross (2020) UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.