Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Fakta Pantas | Menjelang GP Itali 2018 – Mampukah Marquez Kekal Momentum?
Auto Terkini

10 Fakta Pantas | Menjelang GP Itali 2018 – Mampukah Marquez Kekal Momentum?

AryonBy Aryon02/06/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS dua minggu berehat sejak Grand Prix (GP) Perancis di Le Mans, Kejuaraan MotoGP 2018 sekali lagi berlangsung dan kali ini bertempat di GP Itali, Mugello untuk pusingan ke-6 daripada 19 pusingan keseluruhan.

Setakat ini, mata dikumpul peserta kelompok teratas tidak banyak menunjukkan jurang berbeza dan masing-masing terbuka merebut kejuaraan.

Jadi, apakah 10 fakta pantas menjelang GP Itali 2018 di litar Gran Premio d’Italia Oakley ini:

1. Adinda Marc Marquez daripada Repsol Honda memulakan musim 2018 pada kedudukan kedua di Qatar dan ke-18 di Argentina selepas insiden kontroversi dengan kekanda Valentino Rossi. Namun, sejak itu, dia terus menunjukkan aksi konsisten dengan menaiki podium pertama tiga kali berturut-turut: Austin (Amerika), Jerez (Sepanyol) dan Le Mans (Perancis)

2. Adinda Marquez bakal memulakan saingan di GP Itali dengan 95 mata terkumpul:

  • 36 mata di depan Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP)
  • 37 mata di depan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech3)
  • 39 mata di depan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP)

3. Adinda Marquez juga cuma pernah sekali menang di Mugello dalam aksi kelas premier, iaitu pada 2014. Itu ialah tahun terakhir Honda menjadi juara di litar sepanjang 3.26 batu (5.24km) dengan 15 selekoh itu. Pada musim lalu, dia hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-6 di Mugello.

4. Saingan MotoGP di Mugello ini ialah musim perlumbaan ke-33 di litar itu. Pelumba British, Barry Sheene memenangi perlumbaan sulung pada 1976, manakala Honda memegang rekod paling banyak menang, iaitu 16 kali dan disusuli Yamaha (12 kali).

5. Tahun lalu, Andrea Dovizioso (Ducati Team) ialah juara MotoGP Mugello mengatasi Vinales dan Danilo Petrucci (Pramac Racing). Kemenangan 2017 ialah kemenangan kedua Ducati di trek tersebut, satu lagi adalah pada 2009 menerusi Casey Stoner yang menunggang jentera Ducati GP9.

6. Selepas permulaan meyakinkan musim ini – juara Qatar, Argentina (6) dan Amerika (5) – kedudukan Dovizioso merosot ke tempat ke-9 dengan 46 mata daripada kedudukan pertama selepas terbabit dalam dua insiden terjatuh.

7. Pelumba kelas premier teratas di Mugello:

  • Valentino Rossi, 7
  • Jorge Lorenzo, 5
  • Dani Pedrosa (Repsol Honda), 1
  • Casey Stoner (Ducati Team), 1
  • Marc Marquez, 1
  • Andrea Dovizioso, 1

8. Kecuali aksi di Argentina yang menyebabkan kekanda Rossi terpaksa menamatkan saingan di tempat ke-19, saingan selepas itu menyaksikan dia kekal konsisten dalam kelompok 5 pelumba terbaik dalam setiap pusingan. Ini termasuk ketiga di Qatar dan Perancis. Dia juga nampak selesa di Perancis dan peluang memenangi kejuaraan ke-10 pasti dapat dihidupkan jika dapat meraih momentum di Mugello dengan kehadiran ribuan fanatik pelumba berambut keriting itu.

9. Ancaman terbesar ialah Lorenzo. Walaupun pelumba Sepantol itu musim ini nampak bergelut dengan Ducati (dua kali terjatuh), dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 di Perancis. Malah, dia  juga antara pelumba yang cukup mahir dengan trek Mugello yang pastinya menjadi sasaran utama untuk mengumpul mata, sekali gus mendiamkan mulut pengkritik mengenai tahap prestasi bersama Ducati.

10. Latihan bebas di Mugello bermula semalam (Jumaat, 1 Jun 2018) ini dan disusuli aksi kelayakan hari ini sebelum aksi final sebanyak 23 pusingan bermula esok (Ahad).

SUMBER: UltimateMotorcycling

Auto Terkini fakta pantas GP Itali 2018 Litar Mugello Marc Marguez MotoGP 2018 Mugello roda2 sukan permotoran Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.