Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton Ertiga Selamat Dilancarkan, Ketahui 10 Fakta Menarik Perlu Anda Tahu + 75 Foto Eksklusif
Roda4

Proton Ertiga Selamat Dilancarkan, Ketahui 10 Fakta Menarik Perlu Anda Tahu + 75 Foto Eksklusif

Han OthmanBy Han Othman24/11/20163 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

proton-ertiga-debut-2016-bg
TIDAK cukup tiga, Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan model keempat dan terakhir tahun ini, Proton Ertiga di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam. Model itu ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketiga yang dikeluarkan Proton selepas Juara dan Exora.

Proton Ertiga ialah model pertama hasil kerjasama PROTON dan Suzuki Motor Corporation berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suzuki Motor Corporation, PROTON Holdings Berhad dan syarikat induk, DRB-HICOM pada 15 Jun tahun lalu. Dalam erti kata klain, Proton Ertiga ialah model penjenamaan semula atau rebadging.

Sebagai makluman, selain Ertiga, Proton sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama dengan Mitsubishi Motors untuk mengeluarkan MPV pertamanya, Juara yang dijenamakan semula daripada model Mitsubishi Town Box.

Jadi, apa yang menariknya tentang Proton Ertiga?

proton ertiga1. APA ITU PROTON ERTIGA?

Proton Ertiga ialah MPV mini 6 tempat duduk yang dijenamakan semula daripada model Suzuki Ertiga, juga popular di pasaran India, Indonesia, Filipina dan Afrika Selatan. Di pasaran Malaysia, lawan Ertiga ialah Perodua Alza, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina.

Proton Ertiga memiliki dimensi panjang-4265mm, lebar-1695mm, tinggi-1685mm dan jarak roda-2740mm. Jarak bumi 185mm membantu MPV ini meredah permukaan jalan tidak rata selain memberikan sudut pandangan yang tinggi bagi pemandu. Saiz tangki ialah 45 liter.

2. ADA 2 VARIAN

Terdapat dua varian Ertiga diperkenalkan Proton dalam transmisi manual (MT) dan automatik (AT).

  • Executive – MT dan AT
  • Executive Plus – AT

proton-ertiga-2016_pandulajudotcomdotmy-643. JENIS ENJIN DIGUNAKAN?

Proton Ertiga dikuasakan enjin 1.4 VVT yang dibuat daripada aluminium ringan dengan suntikan bahan api multipoin (MPI). Ertiga juga dilengkapi teknologi pacuan terotel elektronik, drive-by- wire yang membantu meningkatkan prestasi kereta supaya lebih responsif.

Hasilnya, kehalusan pemanduan dan kesenyapan enjin dapat dirasakan walaupun pada kelajuan 110kmj dan 2,900rpm. Malah, pujian patut diberikan kepada tahap NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran), di mana bunyi bising daripada golekan tayar atas permukaan jalan dan tamparan angin dapat diserap baik.

4. DAPAT STATUS EEV

Proton Ertiga ialah MPV pertama Malaysia yang mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) daripada Institut Automotif Malaysia (MAI). Data teknikal mencatatkan penjimatan penggunaan bahan api pada 5.71L/100km bagi varian MT dan 6.0L/100km, AT.

proton-ertiga-2016_pandulajudotcomdotmy-55

5. MATERIAL FABRIK BERKUALITI

Bagi menepati cita rasa dinamik dan gaya hidup keluarga moden masa kini, Proton Ertiga menampilkan ruang kabin yang luas dan selesa. Penggunaan warna cerah dan hangat mewujudkan suasana mewah dan luas dalam kabin. Malah, tempat duduk fabrik digunakan adalah bergred tinggi dan kalis air, di mana air yang tertumpah akan mengalir ke bawah tanpa meresap ke dalam kerusi.

proton-ertiga-2016_pandulajudotcomdotmy-596. NYAMAN SEPANJANG MASA

Masalah udara sejuk daripada penyaman udara yang tidak sampai kepada penumpang belakang ialah isu besar bagi sesebuah MPV. Jangan risau, Proton Ertiga ada ventilator penyaman udara di tempat duduk barisan kedua dengan fungsi kawalan penuh.

7. MUDAH AKSES DAN PRAKTIKAL

Tempat duduk barisan ketiga cukup luas dan selesa untuk menampung dua orang dewasa. Tuil akses pintar dengan satu sentuhan dan fungsi gelungsur di kerusi barisan kedua membolehkan penumpang masuk-keluar ke barisan ketiga dengan cepat dan mudah.

Bukan itu saja, kepelbagaian konfigurasi tempat duduk memberikan ekstra ruang kargo sehingga 735 liter dengan fungsi mudah lipat tempat duduk barisan kedua dan ketiga. Barisan kedua boleh dilipat secara 60:40 dan direbahkan 45 darjah, manakala barisan ketiga boleh dilipat 50:50.

8. CIRI MPV TERKINI

Berikut ialah ciri istimewa Proton Ertiga:

  • Perehat lengan di barisan kedua
  • Pengarasan lampu depan
  • 4 pembesar suara
  • Stereng elektrik boleh laras
  • Radio/CD/MP3 dan USB/jek iPod.
  • Executive Plus – cermin sisi boleh lipat automatik, suis audio di stereng, 2 twiter (tambahan kepada 4 pembesar suara) dan poket belakang kerusi (bahagian pemandu dan penumpang), signal belok di belakang cermin sisi (OSRVM) dan pelaras ketinggian kerusi pemandu, hendal pintu dalaman krom, cermin gelap, kemasan krom pada lampu kabus

proton-ertiga-2016_pandulajudotcomdotmy-229. KESELAMATAN TIDAK DILUPAKAN

Kedua-dua varian mendapat penarafan 4 bintang ASEAN NCAP dan dilengkapi:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektrik (EBD)
  • 2 beg udara depan
  • ISOFIX dan pautan atas (top tether)
  • Tingkap kuasa boleh naik automatik dengan ciri anti-jepit (bahagian pemandu)
  • Lampu kabus depan dan belakang
  • Sensor undur

proton-ertiga-2016_pandulajudotcomdotmy-210. HARGA

  • Proton Ertiga 1.4L Executive MT – RM58,800
  • Proton Ertiga 1.4L Executive AT – RM61,800
  • Proton Ertiga 1.4L Executive PLUS AT – RM64,800

GALERI

proton ertiga
proton ertiga

 

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Proton Proton Ertiga proton ertiga 2016 PROTON Holding Berhad Suzuki Ertiga
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

08/05/2026
Roda4

Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod di Nürburgring!

08/05/2026
Porsche Cayenne Coupé Electric 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

#AutoChina2026: Porsche Cayenne Coupé Electric 2027 Bawa DNA 911

07/05/2026
Roda4

Audi Q5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM352,990

08/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.