Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 11 Aksesori Wajib Ada dalam Kereta yang Mesti Anda Beli
Autotainment

#TahukahAnda: 11 Aksesori Wajib Ada dalam Kereta yang Mesti Anda Beli

Han OthmanBy Han Othman15/05/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH aksesori wajib ada dalam kereta anda? Di bawah ini bukan aksesori ‘suka-suka’ seperti yang anda bayangkan, tetapi 11 jenis barangan yang sangat berguna apabila berlaku situasi mencemaskan di jalan raya. Dengan adanya semua aksesori tersebut, anda bukan saja dapat membantu diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya lain yang memerlukan.

BACA >>> Aksesori Dalaman Kereta Paling Dicari Sebaik Saja Dapat Kunci

Jangan terhantuk baru terngadah. Keluarkanlah sedikit bajet untuk melengkapkan aksesori di bawah.

1. LAMPU SULUH

lampu-suluh-kereta
Anda silap besar jika menganggap lampu suluh sudah tidak relevan dengan alasan fungsi tersebut sudah sedia ada dalam telefon bimbit. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, setiap peratus hayat bateri anda adalah sangat bernilai. Jangan bazirkan begitu saja. Tambahan lagi, lampu suluh masa kini dipakejkan dengan pelbagai fungsi lain seperti lampu amaran, tukul cermin dan set perkakas serbaguna. Tidak perlu lampu suluh yang besar, cukup saja bersaiz kecil atau sederhana.

2. TUKUL CERMIN

tukul-cermin
Tukul cermin memang direka khas untuk memecahkan cermin dengan pantas, iaitu cuma sekali hentakan saja dan amat berguna ketika berdepan situasi bahaya seperti kemalangan yang menyebabkan pintu kereta tidak dapat dibuka atau kenderaan terhumban ke dalam sungai.

Bahagian cermin sama ada depan, tepi atau belakang adalah ruang paling munasabah untuk meloloskan diri dan mesti dipecahkan. Jangan terpengaruh dengan hero filem aksi yang mampu memecahkan cermin kereta menggunakan cincin, duit syiling atau objek keras lain yang ditemui dalam kereta. Ya, cermin mungkin dapat dipecahkan, tetapi realitinya tidaklah semudah dan sepantas yang anda sangkakan. Jadi, beli dan simpan tukul cermin dalam kereta. Malah, ada sesetengah tukul cermin didatangkan dengan ciri lampu suluh dan set perkakas serbaguna.

3. PEMADAM API

pemadam-api
Anda tentu membayangkan pemadam api besi yang berat seperti dilekatkan di dinding premis pejabat dan bangunan tertentu. Sebenarnya, sudah ada banyak pemadam api mudah alih yang dijual di pasaran dengan berat di bawah 1kg dan bersaiz kompak. Aksesori ini bukan sahaja berguna ketika kereta anda terbakar, tetapi boleh juga digunakan untuk membantu pengguna jalan raya lain yang terbabit kebakaran. Harga boleh dibeli serendah RM50-RM100.

4. KIT PERTOLONGAN CEMAS

kit-pertolongan-cemas
Kit ini sudah tentu berguna ketika berlaku kecederaan yang bukan hanya melibatkan kemalangan jalan raya, tetapi juga kecederaan lain. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana harus dituju apabila berlaku kecemasan.

Ada pelbagai jenis kelengakapan dimuatkan dalam kit pertolongan cemas, bergantung kepada saiz. Antara kelengkapan asas ialah pembalut bergulung, kain pengelap, kapas, ubat luka, plaster luka dan gunting. Apabila merancang perjalanan jauh atau bercuti lama, anda boleh masukkan ubatan dan kelengkapan tambahan ke dalam kit ini. Harga bermula serendah RM30 hingga RM200 bergantung kepada kualiti dan jenama tertentu. Pastikan beli bersaiz kompak supaya senang disimpan di dalam kereta.

BACA >>> 10 Alat Ganti Kereta Paling Kerap Ditukar, dan Bilakah Perlu Menggantikannya

5. TROLI DAN BEG BELI-BELAH

troli-beli-belah
Sekarang sudah ada pelbagai jenis troli dan beg khas untuk membeli-belah. Ketika negara semakin meningkat maju, kenapa masih terus menggunakan beg plastik? Sayangilah alam sekitar kita untuk generasi akan datang. Anda boleh dapatkan troli beli-belah mudah alih yang ada dijual di kompleks beli-belah dan kedai perkakasan. Selain boleh dilipat dan bersaiz kompak, troli itu juga mempunyai roda. Jadi, anda tidak perlu lagi menyusahkan diri membimbit beg plastik.

Jangan lupa sediakan juga beg bimbit khas bersaiz besar dam sederhana (seperti beg IKEA) dalam kereta. Beg-beg ini boleh diselit dalam troli dan digunakan ketika membeli barangan kecil atau barang basah di pasar. Harga troli boleh dibeli semurah RM40 hingga RM150, manakala beg bimbit serendah RM1!

6. JAKET KESELAMATAN

jaket-keselamatan
Jangan ingat jaket keselamatan penting untuk penunggang motosikal sahaja. Pemandu kereta juga perlu memakainya, terutama ketika berlaku kecemasan ketika gelap yang memerlukan mereka berada di luar kereta seperti menukar tayar pancit. Harga bermula RM35. Belilah yang ringan dan mudah disimpan.

7. KON KESELAMATAN

kon-keselamatan
Boleh dibeli sebagai tambahan kepada segitiga reflektor yang dibekalkan pengeluar dalam but kereta. Jika tiada, anda wajib membeli aksesori ini. Sangat berguna ketika kereta terkandas di jalan raya atau berhenti di lorong kecemasan. Ada pelbagai jenis kon kesemasan dijual, tetapi belilah bersaiz kecil dan mudah pasang bagi menjimatkan ruang but.

8. PELOMPAT (JUMPER)

pelompat-jumper
Antara aksesori wajib ada dalam kereta masing-masing. Kegunaan alat ini ialah untuk melompatkan (jumping) kereta yang tidak dapat dihidupkan akibat masalah bateri. Boleh dibeli di kedai aksesori kereta dan stesen minyak berdekatan anda pada harga kira-kira RM50. Ada juga pelompat jenis mudah alih di pasaran, di mana anda boleh melompatkan kereta anda hanya menggunakan bank kuasa (power bank) khas tanpa memerlukan bantuan kereta lain. Harga dijual kira-kira RM140 ke atas.

9. PELINDUNG MATAHARI

aksesori wajib ada dalam kereta
Walaupun cermin belakang kereta boleh digelapkan sepenuhnya, boleh juga dapatkan satu untuk kegunaan privasi penumpang depan sama ada untuk menyusukan bayi (ketika kereta berhenti) atau berhenti tidur sekejap dalam kereta. Ada bermacam-macam jenis pelindung matahari dijual serendah RM10 per unit. Terpulang kepada anda mahu beli satu atau empat unit. Tetapi ingat, jangan lakukannya untuk hal jenayah dan maksiat! Berdosa tau!

10. AIR MINUMAN 1.5L

air-minuman-1.5L
Air minuman ini bukanlah khas untuk diminum, tetapi disimpan dalam but kereta untuk digunakan ketika kecemasan. Berharga semurah RM1 dan sangat berguna untuk pelbagai hal kecemasan seperti menambah air dalam radiator yang bocor, membasuh kotoran dalam kereta seperti muntah atau najis bayi, mencuci tangan atau muka, diminum (jika terlalu haus) dan lain-lain. Banyak kegunaan bukan?

11. KERUSI KERETA BAYI/KANAK-KANAK

kerusi-kereta
Ini ialah aksesori wajib beli buat pemandu berkeluarga yang memiliki anak kecil. Harga bermula RM300 hingga mencecah ribuan ringgit bergantung kepada ciri, jenama dan kualiti. Terpulanglah kepada bajet anda untuk beli yang mana satu. Apa yang pasti, anda mesti dapatkannya buat si kecil tersayang.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Karpet Kereta yang Sesuai?

air minuman aksesori kereta autotainment jaket keselamatan jumper kit pertolongan kecemasan kon keselamatan lampu suluh pelindung matahari pelompat pemadam api tip automobil troli beli-belah tukul cermin
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

18/03/2026
Lepas Malaysia buat baju raya khas
Auto Terkini

Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

19/03/2026

1 Comment

  1. Faizah on 20/06/2019 10:53

    boleh saya dapatkan info berkenaan item no. 5

    ( TROLI DAN BEG BELI-BELAH )

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.