Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»1.5 Juta Kenderaan Dijangka Penuhi Lebuhraya KL-Karak, LPT1 Sempena Aidiladha
Auto Terkini

1.5 Juta Kenderaan Dijangka Penuhi Lebuhraya KL-Karak, LPT1 Sempena Aidiladha

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize27/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIRA-kira 1.5 juta kenderaan akan memenuhi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha, menurut pengendali lebuh raya berkenaan, ANIH Berhad (ANIH).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ANIH, Imran Gulcharan Abdullah berkata, jangkaan peningkatan berdasarkan lonjakan trafik yang signifikan ketika musim perayaan ini dengan lebih sejuta kenderaan menggunakan KLK, meningkat 70 peratus.

Selain itu, kira-kira 430,000 kenderaan dijangka melalui LPT1 dengan anggaran peningkatan 60 peratus.

Cuti perayaan yang bersambung cuti hujung minggu adalah peluang berharga untuk bersama keluarga dalam tempoh lebih lama. Kami menggalakkan semua pengguna jalan raya mengikuti panduan Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selesa,” kata Imran Gulcharan.

TTA membabitkan tempoh 27 Jun (hari ini) hingga 2 Julai bertujuan membantu pengguna jalan raya mengetahui maklumat penting mengenai corak aliran trafik bagi pengguna yang merancang perjalanan pada musim cuti Aidiladha.

Imran Gulcharan berkata, trafik padat menuju ke Pantai Timur turut dijangka pada hari puncak seperti hari ini dan esok. Dalam usaha mengurangkan kesesakan musim perayaan, berikut apa dilakukan ANIH:

  • Menambah jumlah kakitangan sokongan hingga 20 peratus, iaitu petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC).
  • Menempatkan 170 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di kawasan strategik sepanjang lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik.
  • Membuat persediaan membuka lorong kontra di lokasi sesak dan bersesuaian, serta lorong tambahan tol bagi transaksi manual.

Kami menyarankan pengguna lebuh raya sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan dan amalkan pemanduan berhemah.

“Gunakan kawasan rehat dan rawat (R&R) atau hentian sebelah apabila perlu. Patuhi tanda jalan, had laju, dan arahan daripada pegawai lebuh raya untuk memastikan keselamatan dan keselesaan terjamin,” katanya.

BACA >>> KTMB Sedia 912 Tiket Khas Balik Pantai Timur Sempena Aidiladha
BACA >>> JPJ Menyamar Jadi Orang Biasa dalam 'Op Khas Hari Raya Aidiladha 2022'!

ANIH Berhad Auto Terkini Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) Hari Raya Aidiladha Lebuhraya KL-Karak (KLK) Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) TTA
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.