Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Zulfahmi Sah Berentap dalam Moto2, Nasib Hafizh ‘Pescao’ Masih Misteri
Auto Terkini

Zulfahmi Sah Berentap dalam Moto2, Nasib Hafizh ‘Pescao’ Masih Misteri

AryonBy Aryon04/02/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEKAS pelumba Moto3, Zulfahmi Khairuddin disahkan akan kembali memanaskan trek Kejuaraan Dunia MotoGP, dan kali ini dalam kelas Moto2 selepas dua musim berentap dalam Kejuaraan Supersport Dunia (WorldSSP). Zulfahmi bakal bernaung di bawah SIC Racing Team, yang juga pasukan sama disertai pelumba hangat, Hafizh Syahrin.

Zulfahmi akan menguji jentera 600cc pertamanya dalam Moto2 bersama SIC Racing Team dalam ujian rasmi di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol pada 6 Februari ini.

Walaupun notis makluman rekrut ke MotoGP itu agak tergesa-gesa, Zulfahmi menyatakan dia sudah bersedia dengan sebarang cabaran dan perubahan, serta akan menggunakan sepenuhnya pengalaman yang diraih pada kejuaraan terdahulu untuk cabaran baru akan datang.

HAFIZH KE MANA?

Rekrut Zulfahmi sebagai pelumba SIC Racing Team dalam Moto2 turut menimbulkan tanda tanya tentang situasi terkini pelumba sensasi, Hafizh @ Pescao yang diuar-uarkan bakal dilamar pasukan Monster Tech 3 Yamaha.

Apakah itu isyarat awal bahawa Hafizh sudah hampir pasti menjadi pelumba kedua pasukan yang berpangkalan di Perancis itu? Sebenarnya ada beberapa sumber portal berita, termasuk status Twitter beberapa individu yang mendakwa Hafizh sudah pun sah menjadi pelumba Tech 3 Yamaha.

Namun, kami tetap berpandukan sumber paling rasmi dan sahih, iaitu daripada portal rasmi Tech 3 Yamaha sendiri sama ada Twitter, Facebook atau laman web. Setakat ini memang masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Tech 3 Yamaha bahawa Hafizh adalah pelumba kedua pasukan itu bagi menggantikan Jonas Folger yang mengalami masalah kesihatan.

Jadi harap semua bertenang. Jangan teruja sangat, dan jangan pula down sangat.

Auto Terkini Hafizh Syahrin Monster Tech 3 Yamaha Moto2 MotoGP pescao roda2 SIC Racing Team sukan permotoran Zulfahmi Khairuddin
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.