Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Zeekr 001 Lancar di China, Berkuasa 536hp, Sekali Cas Boleh Pandu 700km!
Roda4

Zeekr 001 Lancar di China, Berkuasa 536hp, Sekali Cas Boleh Pandu 700km!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ZEEKR memperkenalkan kereta elektrik shooting brake pasaran massa dinamakan Zeekr 001 yang akan diterima pelanggan China Oktober ini. Model ini dianggarkan  300,000 yuan (RM189,840). Pengeluar itu dijangka meneroka pasaran global menjelang 2022.

Zeeker ialah jenama kenderaan premium yang bernaung bawah gergasi automotif dari China, Geely, selain Volvo, Polestar dan Lotus. Berikut spesifikasi Zeeker 001 (2021):

  • Motor elektrik dipasang pada gandar depan dan belakang, menghasilkan kuasa 536hp dan tork lebih 700Nm serta mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.2 saat. Kelajuan maksimum pula lebih 200kmj. Model ini memerlukan jarak kira-kira 34 meter untuk berhenti sepenuhnya daripada pecutan sepantas 100kmj.
  • Dibangunkan menggunakan platform Geely dipanggil SEA, iaitu singkatan kepada Arkitektur Pengalaman Lestari (Sustainable Experience Architecture), sama bakal digunakan model kereta elektrik masa depan Volvo dan Polestar.
  • Dipasangkan teknologi pengecaman wajah untuk mengesan pemandu yang menghampiri. Juga boleh buka dan tutup pintu secara automatik selepas duduk dalam kabin.
  • Ada dua pilihan pek bateri iaitu 86kWh atau 100kWh dengan jarak pemanduan hingga 700km untuk sekali cas.
  • Memiliki dimensi panjang 4,970mm, lebar 1,999mm dan tinggi 1,560mm, manakala jarak roda 3,005mm. Kapasiti but menawarkan keluasan 2,144 liter.
  • Menggunakan sistem suspensi angin automatik yang boleh menambah jarak lega bumi daripada 117mm kepada 205mm.

FASILITI EV ZEEKR

  • Zeekr mahu membina rangkaian stesen pengecas, terdiri daripada 2,200 premis seluruh China menjelang akhir 2021, termasuk meningkatkan kapasiti mengecas hingga 360kW.
  • Pengecasan pantas membolehkan jarak perjalanan sejauh 120km ditambah hanya selepas selepas 5 minit kereta dicas.
  • Zeekr juga merancang membuka dua bilik pameran perdana dan 60 unit cawangan kecil di kawasan terbatas seperti pusat beli-belah China.
  • Pengguna boleh menggunakan aplikasi Zeekr untuk buat tempahan kereta.

BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China
BACA >>> Geely Labur RM18.9b Bina Kilang Bateri EV, Sasar Lawan Tesla

SUMBER: Autocar | Autoblog | MotorAuthority

EV Geely Zeekr Kenderaan Elektrik Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Proton Zeekr Roda4 Zeekr Zeekr 001 Zeekr 001 Elektrik (2021)
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.