Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Young Machine Lakar Imej Bayangan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder
Roda2

Young Machine Lakar Imej Bayangan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JANGAN terkejut, ini cuma imej janaan komputer (CGI) sentuhan pereka portal automotif Jepun, Young Machine yang cuba melakarkan model sportbike 250cc sekiranya ia dibikin sebagai jentera 4-silinder.

Faktanya, buat peminat tempatan, Honda CBR250RR sekarang pun masih belum nampak kelibat, apatah lagi hendak mengharapkan versi lain. Jadi buat masa sekarang kenalah relaks dan teruskan membaca supaya tidak ketinggalan dengan perkembangan dunia motosikal hari ini yang sudah tentu tidak semestinya menjengah pasaran tempatan.

Tahun lalu dunia dikejutkan dengan debut CBR 1000RR-R Fireblade SP yang cukup seksi. Bagaimanakah pula jika Honda memperkenalkan CBR 250RR-R yang mengambil ilham rekabentuk abangnya itu?

Wow, sudah tentu power dan mantap beb! Honda tentu tidak akan berdiam diri melihat pesainganya Kawasaki yang kini mendapati perhatian melampau dengan sportbike suku liter 4-silinder Ninja ZX-25R. Walaupun RR sangat popular di Asia, model Honda itu pasti ditenggelami populariti ZX-25R apabila muncul di pasaran kelak, terutama di Indonesia yang memiliki pasaran besar untuk jentera suku liter dunia.

BACA >>> Perbandingan Rupa – Kawasaki Ninja 250 (2018) vs Honda CBR250RR vs Yamaha R25

Honda CBR250RR
Honda CBR1000RR-R

Berdasarkan imej lakaran ditunjukkan Young Machine, CBR250RR menggunakan asas rekabentuk CBR 250RR dan digabungkan dengan rekabentuk CBR1000RR-R yang ketika ini menjadi mesin taruhan Honda dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).

Bahagian depan mengekalkan ram udara pada panel fasia, manakala lampu depan sedikit ke dalam dan tersorok. Berbeza versi superbike, CBR250RR-R versi CGI itu menampilkan lampu depan dwi kluster yang tampak lebih segar.

Lakaran juga mendedahkan imej brek dwi-cakera di depan, tidak seperti ZX-25R yang masih menggunakan cakera tunggal. Ekzos juga mirip CBR10000RR-R dengan mufler besar. Selebihnya adalah campuran ciri model abang dan adik. Sudah namanya imej bayangan, apa-apa saja boleh dilakarkan.

Menurut Young Machine lagi, Honda pasti tidak akan membiarkan ZX-25R menguasai pasaran. Motosikal itu dijangka  menembusi angka 46hp. Ramalan ini dibuat berdasarkan sejarah lampau sekitar era 1980-1990 apabila banyak pengeluar saling bersaing melahirkan model suku liter dengan 4-silinder.

BACA >>> Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?

Iklan Honda CBR250R
Honda CBR250RR MC22
Honda CBR250R MC19

Dan Honda adalah antara pengeluar disegani atas kejayaan  melancarkan produk terpantas era itu. Malah, Honda pernah memiliki sportbike 250cc dengan enjin 4-silinder iaitu CBR250R (MC19) dan CBR250RR (MC22). Sebagai makluman, CBR250RR (MC22) dilancarkan sekitar 1990-1994 dengan kuasa 45hp dan tork 21.5Nm, manakala kelajuan maksimum mencecah 205kmj.

Jadi memang tidak mustahil, Honda memiliki keupayaan untuk memperkenalkan produk seumpamanya. Adakah Honda mampu merealisasikannya? Kita tunggu saja!

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp

SUMBER: YoungMachine

Honda Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Honda CBR250RR Honda CBR250RR MC19 Honda CBR250RR-R Kawasaki Kawasaki Ninja ZX-25R roda2 sportbike 250cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.