Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»YART-Yamaha Juara 8 Hours of Sepang 2019!
Auto Terkini

YART-Yamaha Juara 8 Hours of Sepang 2019!

AryonBy Aryon15/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASUKAN YART-Yamaha menjadi juara kategori EWC dalam Kejuaraan Dunia Enduran (EWC) FIM Sepang 8 Hours di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

YART-Yamaha, yang diwakili  pelumba Broc Parkes, Karel Hanika dan Niccolo Canepa, yang menunggang jentera Yamaha YZF-R1 melintasi garis penamat selepas menamatkan 80 pusingan dengan catatan masa 5 jam 50 minit 03.837 saat.

BACA >>> Orang Kuat Toyota, Akio dan IIda Masuk Lumba Enduran Sepang 1,000KM!

Pasukan dari Austria itu berada 1:49.622s di hadapan pasukan Honda Asia-Dream with SHOWA, bersama tiga pelumba Asia terbaik terdiri daripada pelumba Mohd Zaqhwan Zaidi (Malaysia), Andi Farid Izdihar (Indonesia) dan Somkiat Chantra (Thailand), yang mencatatkan kemenangan podium buat kali pertama.

Pasukan BMW Motorrad Endurance Team yang hanya menghantar dua pelumba, Illya Mykhalchyk dan Markus Reiterberger berada di tempat ketiga, ketinggalan satu pusingan di belakang.

“Saya amat gembira dengan prestasi, sebab keadaan motosikal juga cukup baik, semua nampak mudah, perasaan saya bercampur-baur. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pasukan, rakan sepasukan dan amat gembira dengan kerjasama minggu ini,” kata Canepa.

BACA >>> Proton R3 Juara Perlumbaan Enduran 1,000km di Sepang, Atasi 28 Pelumba Lain!

Pelumba Malaysia, Zaqhwan menganggap perlumbaan itu sebagai hari yang hebat buat pasukannya kerana berjaya meraih podium di tempat sendiri.

“Kami cukup teruja di peringkat awal, tapi hujan lebat dan keadaan trek sebegitu, agak sukar untuk mengawal kelajuan. Terima kasih kepada rakan sepasukan saya Chantra dan Andi yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pasukan tempatan Yamaha Sepang Racing menduduki tempat ketujuh selepas mencatatkan 5’51:11.394s. Edisi pertama EWC Sepang 8 Hours digantung disebabkan hujan lebat di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Asalnya, perlumbaan dijadualkan bermula pada jam 1 petang, tetapi terlewat kira-kira dua jam, sebelum bermula di belakang kereta trek selepas jam 3 petang. Bagaimanapun, perlumbaan terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat.

Perlumbaan dimulakan semula pada jam 6 petang dengan pelumba pertama, Michael van der Mark (Yamaha Sepang Racing) dan Mike di Meglio (F.C.C. TSR Honda France) saling berentap sengit. Bagaimanapun aksi kedua-dua pelumba itu terhenti apabila masing-masing berlanggar sesama sendiri. Meglio pantas kembali ke trek, sebaliknya Van der Mark terpaksa kembali ke pit untuk membetulkan brek.

BACA >>> Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

GALERI
BMW Motorrad Endurance Team EWC Sepang 8 Hours Honda Asia-Dream with SHOWA perlumbaan enduran sukan permotoran YART-Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.