Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton R3 Juara Perlumbaan Enduran 1,000km di Sepang, Atasi 28 Pelumba Lain!
Auto Terkini

Proton R3 Juara Perlumbaan Enduran 1,000km di Sepang, Atasi 28 Pelumba Lain!

Han OthmanBy Han Othman12/11/20171 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON R3 Motorsports membuktikan keunggulan apabila menamatkan cabaran perlumbaan Sepang 1,000km Endurance Race (S1K) 2017 sebagai juara keseluruhan di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Admi Shahrul Ahmad dan rakannya James Veerapen yang memandu jentera Suprima S nombor #82 mengetepikan 28 pelumba lain dalam saingan 181 pusingan  dengan mencatatkan masa 8 jam 48 minit dan 29.268 saat, sekali gus merekodkan kemenangan ketiga Proton R3. Terdahulu, pasukan itu pernah menjuarai perlumaan kelas premier Malaysia Touring Car (MTC) itu pada 2012 dan 2014.

Admi, 46, dipetik Berita Harian mengganggap kejayaan dikecapinya itu begitu bermakna selepas kali terakhir menaiki podium di Sepang pada 2001 dalam perlumbaan 12-jam sempena Merdeka Millenium Endurance Race (MMER), yakni lebih 16 tahun lalu.

“Siapa sangka saya mampu memang sekali lagi di sini. Apapun kejayaan ini milik pasukan selepas bekerja keras untuknya biarpun sedikit bergelut pada awal perlumbaan,” katanya.

KETEPIKAN JUARA BERTAHAN

Menariknya, kemenangan Admi dan Veerapen itu langsung memadamkan hasrat juara bertahan tahun lalu, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel untuk merangkul gelaran ketiga S1K. Djan dan rakan gandingan, Keifli Othman dan Patrick Tam yang memandu jentera Honda Jazz (Maxx Mayhem Nanoplus) sekadar berpuas hati di tempat kedua.

Sementara itu, tempat ketiga dimiliki pasukan Tedco Racing, terdiri daripada Nick Mah, Chris O’Shannessy dan Fitra Eri selepas jentera Suzuki Swift yang dipandu mengalami masalah ketika tujuh pusingan terakhir yang memaksa berhenti di pit. Satu lagi lagi pasukan Proton R3 Motorsports dianggotai Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali menamatkan saingan di tempat kelima menerusi jentera Proton Iriz nombor #81.

Kelas VIOS pula diungguli Desmond Soh, Tan Chye Heng dan Teh Kian Boon yang bergabung untuk pasukan ST Wangan Racing dari Singapura dengan muncul juara.

GALERI

000km Endurance Race (S1K) enduran perlumbaan enduran Proton Iriz Proton Motorsports Proton R3 Proton Suprima S Sepang 1
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.