• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Kuat Toyota, Akio dan IIda Masuk Lumba Enduran Sepang 1,000KM!

Orang Kuat Toyota, Akio dan IIda Masuk Lumba Enduran Sepang 1,000KM!

November 22, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WING Hin Motorsports yang tidak asing dalam sukan permotoran Malaysia akan menyediakan dua unit Toyota Vios untuk saingan Sepang 1,000KM (S1K), hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Salah satu Vios itu pula akan dipandu Akio Takeyama, yang juga Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran TGR.  Ini juga aksi pertama beliau dalam S1K bersama pasukan Toyota GAZOO Racing Malaysia dengan jentera nombor 39.

Akio, yang juga pernah berlumba dalam Toyota Vios Challenge, akan bersaing bersama pelumba legenda touring Jepun, Akira Iida dalam kategori kelas MTC untuk kereta pengeluaran ubah suai dengan kapasiti bawah 1,600cc. Akira pun bukan calang-calang individu kerana beliau ialah nama penting di sebalik pembangunan Toyota GAZOO Racing, terutama untuk siri Japan Super GT.

Ketua Wing Hin Motorsports, Simon Loh sangat yakin dengan keupayaan jentera kali ini dan turut merekrut William Ho dan Boy Wong sebagai pemandu kedua pasukan.

"S1K bukan hanya tentang kepantasan, apa yang lebih penting adalah keserasian kerjasama sebagai satu pasukan dalam merencana strategik dengan berkesan dan mengekalkan fokus pemanduan sepanjang perlumbaan," kata Simon.

Saingan membabitkan nama-nama besar dalam TGR Vios Challenge itu bakal menyasikan pertembungan sengit sesama pelumba. Bagi Akio, penyertaannya dalam S1K adalah cara beliau mendapatkan lebih perbatuan dalam litar dalam usaha memperhalusi lagi skil berlumba.

GALERI

 

 

 

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 000KM, 000KM (S1K), Akio Takeyama, Akira Iida, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), perlumbaan enduran, S1K, Sepang 1, Sepang 1000KM 2019, Simon Loh, sukan permotoran, Toyota Vios, Win Hin Motorsports

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev