• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha XSR 155 Bakal Lancar di Filipina, Harga RM13.3k

Yamaha XSR 155 Bakal Lancar di Filipina, Harga RM13.3k

March 5, 2020 By Aryon Leave a Comment

694
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Thailand dan Indonesia, giliran Filipina pula bakal melancarkan model sportbike retro moden Yamaha XSR 155 yang dijual pada harga 162,000 peso (RM13,333).

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat Yamaha Motor Philippines, portal permotoran MotoPinas.com mendakwa menerima imej e-mel daripada pembaca mengenai ketibaan XSR 155 ke pengedar Yamaha seluruh negara. Ini termasuk maklumat daripada sumber rahsia Yamaha yang turut mengesahkan berita tersebut.

Di pasaran Asean, XSR 155 mula dilancarkan di Thailand pada Ogos 2019, manakala Indonesia menyusul empat bulan kemudian.

BACA >>> Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k

Bagi edisi Filipina, XSR 155 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna: Garage Metal (perak/hitam) dan Tech Black (hitam kusam). Trenkuasa dijana enjin 155.1cc penyejukan cecair dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. Tangki minyak memiliki kapasiti 10 liter, manakala sistem brek dipasangkan brek cakera di depan dan belakang.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Antara ciri spesial XSR 155 ialah frem delta yang biasanya digunakan untuk jentera prestasi.

Pencahayaan menggunakan teknologi LED penuh untuk semua lampu. Bagaimanapun, tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) diberikan supaya harga kekal kompetitif dengan pesaing lain.

BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Sportbike Retro Moden XSR 155, RM10.7k

SUMBER: MotoPinas.com

Related

694
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: retro klasik, retro-moden, roda2, sportbike, Yamaha, Yamaha Motor Philippines, Yamaha XSR 155

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev