Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition
Roda2

Yamaha Umum 4 Model Sportbike World GP 60th Anniversary Edition

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA secara rasminya memperkenalkan empat model istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-60 pembabitan jenama itu dalam sukan lumba Grand Prix.

Empat model itu tergolong dalam segmen sport iaitu siri YZF-R1, R7, R3 dan R125. Setiap unit motosikal itu hadir dengan seragam legenda merah putih iaitu warna klasik Yamaha yang mula digunakan dalam perlumbaan pada 1964.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M

Setiap model istimewa itu berwarna putih dan mempunyai jalur merah berkotak, dipamer secara melintang pada panel sisi dan madgad depan berwarna merah. Ada beberapa model menerima liveri merah pada bahagian atas tangki minyak dan ekor belakang beserta lencana khas.

Warna kuning dikenakan pada bahagian tengah panel depan iaitu di bawah visor angin jenis smoked manakala rim dan fork depan disaluti warna emas.

Berikut ialah perinciannya:

YAMAHA YZF-R1

  • Harga mula AS$18,099 (RM75,796). Jualan bermula November 2021
  • Trenkuasa 4-silinder sebaris 4-injap setiap silinder, 998cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api dengan YCC-T dan YCC-I.
  • Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat, dilengkapi ciri Sistem Klac Anti-Gelincir (A&S) dan QuickShift dwi-hala.
  • Sistem suspensi fork terbalik 43mm dan penyerap hentak tunggal, kedua-dua jenama KYB dengan fungsi boleh laras.
  • Sistem henti cakera berkembar 320mm (depan) dan cakera tunggal 220mm (belakang) beserta Sistem Kawalan Brek (BCS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Tayar jenis Bridgestone Battlax Racing Street RS11 berukuran 120/70 ZR 17 (depan) dan 190/55 ZR 17 (belakang).
  • Ketinggian pelana 855mm, tangki minyak 17 liter dengan berat motosikal 203kg.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 Tekno dengan Penghidup Biometrik, Guna Pengimbas Cap Jari

YAMAHA YZF-R7

  • Harga AS$9,299 (RM38,943). Jualan bermula Januari 2022
  • Trenkuasa 2-silinder sebaris 4-injap setiap silinder, 689cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair.
  • Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat, dilengkapi ciri Sistem Klac Anti-Gelincir (A&S) dan ada opsyen tambahan QuickShift.

BACA >>> Siri R yang Paling Ramping, Yamaha YZF-R7 (2022) Diperkenal!

  • Sistem suspensi fork terbalik 41mm KYB dan penyerap hentak tunggal dengan fungsi boleh laras prabeban serta redaman.
  • Sistem henti cakera berkembar 298mm (depan) dan cakera tungggal 245mm (belakang).
  • Tayar jenis Bridgestone Battlax Hypersport S22 berukuran 120/70 ZR 17 (depan) dan 180/55 ZR 17 (belakang).
  • Ketinggian pelana 835mm dengan berat 187kg.

YAMAHA YZF-R3

  • Harga AS$5,499 (RM23,029). Jualan bermula Februari 2022.
  • Trenkuasa 2-silinder sebaris 4-injap 321cc DOHC penyejukan cecair.
  • Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat.

BACA >>> Yamaha Jepun Lancar R3, R25 (2021) dengan Warna Baharu, Harga Mula RM25.5k

  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm KYB dan monoshock boleh laras prabeban cengan damper.
  • Sistem brek cakera kembar 298mm (depan) dan cakera tungggal 220mm (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Tayar jenis Dunlop Sportmax GPR-300 berukuran 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).
  • Ketinggian pelana 780mm dengan berat 170kg.

YAMAHA YZF-R125

  • Model ini tidak ditawarkan di Amerika Syarikat. Di Eropah, belum ada harga dan tarikh jualan.
  • Trenkuasa silinder tunggal 4-injap, 124.7cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair.
  • Kotak gear jenis klac manual 6-kelajuan dengan klac basah multiplat.

BACA >>> Yamaha Perkenal Warna Baharu R6, R3 dan R125 (2020) untuk Tahun Akhir Euro4

  • Sistem suspensi fork terbalik 41mm dan penyerap hentak tunggal.
  • Sistem henti cakera 292mm (depan) dan cakera tungggal 220mm (belakang).
  • Tiada maklumat jenis tayar dan berukuran diberi ialah 100/80-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).
  • Tinggi pelana 825mm dengan berat 144kg.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R
BACA >>> Perbandingan Ringkas: Spesifikasi Kawasaki Z250 (2019) vs Yamaha R25 (2019)
BACA >>> Yamaha 135LC Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2018

SUMBER: YamahaMotorsport|Yamaha Motor EU

roda2 Yamaha Amerika Syarikat Yamaha Eropah Yamaha World GP 60th Anniversary Edition Yamaha YZF - R3 Yamaha YZF-R1 Yamaha YZF-R125 Yamaha YZF-R7
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.